Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 14 October 2014

JANGAN BUAT MACAM INI KALAU NAK KERJA

Assalamualaikum

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku nak buat entry ni tapi tidak kesampaian

Macam2 karenah orang dan juga latar belakang yang dijumpai sepanjang menguruskan pengambilan staff nie... ni baru peringkat awal (iklan di akhabar).. belum lagi peringkat panggil interview... Macam2 perasaan timbul, nak marah pun ada, kelakar pun ada, annoying pun ada, sakit hati memang banyaklah... 

Antara perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh calon-calon yang sedang mencari kerja adalah; 

1 MEMBIARKAN IBU BAPA YANG MENGHUBUNGI SYARIKAT BERKENAAN.

 Hello..boleh cakap dengan Puan Siti..." MAKCIK BUAT PANGGILAN UNTUK ANAK MAKCIK, nak tanya pasal iklan jawatan kosong.. dengar je macam tu terus mood nak melayan jadi hilang... masa belajar bolehlah nak harapkan mak ayah, tapi takkan dah nak kerja pun nak harapkan mak ayah lagi, tolong belajar berdikari ya adik2... kalau mak ayah awak yang nak kerja tak apalah jugak... Banyak kali aku terima panggilan macam nie. 



2. TERLALU BANYAK SOALAN

Ramai yang call aku tanya company apa..skop kerja yang macam mana... gaji berapa..kontrak ke tetap, nak hantar resume macam mana?? walhal semuanya dah tertulis dalam iklan yang disiarkan.. lagipun setakat nak hantar resume je..tak perlulah nak tahu detail pun, belum tentu yang hantar tu semua dipanggil untuk temuduga... kalau dah dapat panggilan untuk temuduga tu, haa tanyalah banyak mana soalan nak tanya..dari A-Z aku bagi jawapan..hehe

saya dah emailkan resume, boleh tolong cek tak??amboi adik, dalam email tu ada lebih 300-500 permohonan yang diterima.. rajinnya saya nak cek satu2 untuk cari yang awak punya...

Saya dah emailkan resume, bila agak2nya dipanggil untuk interview yaa..? suka hati kitalah nak panggil interview bila.. akeke... taklah aku jawab begitu...

3. RESUME

Antara kesalahan yang aku rasa macam malas nak review resume yang dihantar adalah

- resume yang terlalu panjang - resume adalah ringkasan tentang diri kamu..  tak payah sampai 5-8 muka surat...orang tak baca pun panjang2.. datang interview nanti baru cerita panjang2 ya...

- resume terlalu ringkas -  pastikan segala butiran penting dinyatakan dalam resume...takkan alamat tempat tinggal tiada,, pengalaman kerja pun tiada, expected salary pun tak ada...

- save resume dalam format yang paling selamat seperti PDF-  software yang kita gunakan mungkin adalah berbeza dengan tempat lain.. kalau resume yang dihantar menggunakan word yang berlainan version, kemungkinan besar resume kamu tak boleh dibuka...so kalau tak boleh nak buka.. hai hai bye bye lah... nak selamat convert je dari word kepada PDF.

- Hantar pesanan di email - Nama saya Dolah, saya mendapat tahu syarikat tuan sedang mencari pekerja, boleh saya dapatkan sedikit maklumat tentang keksosongan itu?? - hamboiiii adik, diva sangat eh...

Ok setakat ini je dulu eh .. banyak lagi kot perkara2 yang tidak sepatutnya dilakukan oleh calon2 yang sedang mencari kerja. Lagipun ini baru sesi menghantar resume... belum panggil untuk interview lagi.. dah masuk bab tu mesti lagi banyak kesalahan yang dilakukan...

OKBAI..

3 comments:

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!