Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 2 October 2014

MINYAK OH MINYAK...

Assalamualaikum

Sejak tak boleh nak online facebook kat telefon nie.. aku agak sedikit ketinggalan dalam isu terkini yang berlaku..haaa begitu..nampak bertapa pentingnya pengaruh media sosial... Semalam orang duk kecoh2 pasal minyak naik..aku pulak boleh tak tahu... (sori, tak sempat tgk berita semalam)...pagi ni baru tahu..tu pun sebab online FB.. ramai yang up status tak puas hati pasal ni... 

walaupun sekadar 20 sen je naik tapi kita bukan isi minyak 1 liter je.. tapi berliter-liter... Dah lah malam ni nak balik kampung... kat Kelantan oiii kg aku..bukan kat Kampung Baru... memang telan air liur jugaklah... 

Nasib baik aku naik LRT je ke tempat kerja..jimat sangat... pergi dan balik kerja baru RM 3.80... tak perlu pk pasal minyak dan toll... kalau rasa malas nak bersesak2.. merempit je dengan en. Suami.. hahaha..tapi itu jarang2 berlakulah sebab aku nie penakut sikit nak bonceng motor kat KL neh... seram weh..hahaha...

Yang jadi masalahnya sekarang adalah kena berjimat - cermat dalam urusan membeli barang runcit.. dah tak boleh kot nak ke pasaraya tiap kali hujung minggu.. kena keluar sebulan sekali je... beli apa yang patut... anak2 pun tak ada lagi..just berdua dengan suami..banyak boleh jimat...sebelum ini main campak je barang dalam troli..tak pk pun barang tu perlu ke tak... walhal tinggal berdua je dengan suami..tapi barang dalam troli dah macam ada anak 3 4 orang..hehehehe

Oklah, harap semua rakyat Malaysia sabarlah yaaa.. tabah hadapi dugaan hidup... mesti kerajaan ada sebab tertentu kenapa harga minyak perlu dinaikkan... cuma alasan yang diberikan kepada rakyat aku rasa tak cukup kukuh yang membuatkan ramai yang tak puas hati... kurangkan subsidi minyak sebab nak kukuhkan ekonomi negara... bagi aku tak salah pun nak kekalkan subsidi tu, cuma kerajaan perlu hentikan buat perbelanjaan yang merugikan... aku sokong kalau BRIM tak perlu diteruskan asalkan harga minyak tak naik..harga barang2 lain pun tak naik.. sebab BRIM adalah keuntungan sementara kepada rakyat..tapi kalau minyak naik..harga barang pun akan turut naik..rakyat akan merasa kesannya berpanjangan.


6 comments:

  1. haa kann., tp da xtau nk jimat cmner da ni., cmner tuh., huhuhu

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh guna public transport memang baik Naniee..senangkan. Jimat dan tak perlu fikir pasal jem dan toll..

    ReplyDelete
  3. Dah habis berjimat, camno nak berjimat lagi ni. Huhu..

    ReplyDelete
  4. tak pernah rasa kena tipu berkali-kali dengan orang yang sama. haha. adoi..

    ReplyDelete
  5. haaa... tulah... masalah bila minyak naik ni bukan setakat minyak je yang naik, semua benda akan naik gak, walaupun benda tu takde kena mengena ngan minyak...

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!