Assalamualaikum...
Adehhh dah hampir seminggu dah tak boleh layan instagram..facebook..wassapp..instagram dan lain2 di telefon.. ini semua gara-gara sim card yang tetiba tak ada line... No network Connection... Mymaxis is unavailable... adoiii haa...sesak nafas tau tak di buatnya...
Kamu semua pernah alami tak perkara yang sama seperti ini?? kalau pernah apa penyelesaian kamu semua..minta bantuan yaa...
Pada hari pertama kejadian tu, aku biarkan je..mana tau kot2 sejam dua lagi line ada balik.. sebab memang selalu pun no network connection..tapi kejap je... kejap ada kejap tak ada..haa gitu... tapi minggu lepas sehari suntuk tak ada line.. keesokkan harinya itu aku call maxis centre.. bila aku ceritakan masalah yang dihadapi, dia pun suruh aku tunggu kejap.. dalam 2 minit macam tu dia bersuara balik, katanya lokasi yang aku berada sekarang tiada mengalami sebarang gangguan rangkaian... aku pun balas haaa ok..
Dia pun minta aku ikut troubleshooting yang dia bagi..kena connect netwok secara manual.... bila letak telefon, aku pun cubalah ikut apa yang di suruh...2 3 kali cuba, tetap tak boleh nak connect... petang tu aku try call balik centre..tapi tak boleh... perkhidmatan tergendala.. kena cuba lain kali.. aduhaiiii....
Aku pon post kat facebook masalah yang aku hadapi... then ramai kawan2 yang suggest aku ke maxis centre tukar sim kad baru tapi masih lagi kekalkan no sama.. yalah sayang kot kalau nak tukar no baru... semua group wasap..group wechat..instagram akan hilang... lagipun no tu dah hampir 12 tahun aku guna..memang sayang nak buang... sentimental value... hehe
Dah hari lepas aku pun ikutlah cadangan kawan aku tu... terkedek2 aku jalan menuju ke Maxis Centre di maju Junction... bila sampai sana, aku ceritalah masalah aku... 3 perkara je yang pegawai khidmat pelanggan tanya aku... Apa no telefon?? Siapa Guna?? Berapa ringgit guna sebulan... aku pun jawab lah soalan2 tu... dia pun taip2 kat PC dia..cek dalam sistem kot.... then satu benda je dia cakap kat aku... haaa tukarlah kepada postpaid... aku pun wat muka blurr...dia pun jelaskan... dia cadangkan aku ambil pakej yang RM50 sebulan , 2gb untuk internet.... dan akan di caj dalam kadar yang rendah jika buat panggilan dan mesej..memang lagi untung berbanding gun prepaid... panjang kot dia terengakan..bla..bla..bla..
Dia sambung lagi, "lagipun sekarang kat sini tak ada simkad baru nak bagi kat awak... kalau awak ambil pakej guna postpaid, saya boleh register sekarang"
aduiiiii... nampak sangat nak memujuk aku tukar dari guna prepaid kepada postpaid... kenapa hah?? aku taulah guna prepaid tu dah old school... sekarang dah ramai yang pakai postpaid..senang..tapi aku tak mau... aku tak nak guna bill... aku tak tahu kenapa aku tak suka pakai bill... takut kena charge macam2..hahaha...boleh gitu..
Last2 sekali aku aku cakap, tak apalah, kalau rasa nak tukar kepada postpaid saya datang lagi.. saya nak balik fikir dulu..walhal aku nak try ke center lain..kot2 boleh tukar simkad lain... kalau semua maxis center tak ada simkad baru dan suruh tukar kepada postpaid juga, maknanya maxis memang nak pelanggan dia tukar kepada postpaid la...aduyaiiii...
Kawan2 yang guna prepaid pun ramai juga alami masalah connection nie...tapi tak adalah berminggu macam aku..adehhh...
**kadang2 aku terfikir, betul ke simkad aku ni bermasalah..ke memang mereka nak semua pengguna simkad lama supaya bertukar kepada postpaid, lagi menguntungkan.. kot mereka akan rugi eh kalau kita guna prepaid perpanjangan???
benda macam nie penah jadi kat saya..tapi masa tu sebab sim card sy memang dah uzur..dah dekat 8 tahun tak tukar..end up sy pergi maxis KLCC and tukar kepada simcard baru..kena charge RM20 kot klu prepaid..klu simcard postpaid br free...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Oooooo.cmtu lak ye. Dia nk hbskan quota utk postpaid kot. Tu sbb dia suh naniey tukar huhu
ReplyDeleteSo far no network connection tu bila kita out of connected area aje..Once area covered dah tak ada lagi problem tu..Tapi my friend pernah ada problem dengan simkad. Memang masalah nak dapat balik. Tapi dah settlelah..
ReplyDeleteRHB untuk nanie..
ReplyDeleteMana boleh dia jawab macam tu. Senang je nak settled problem suruh kita tukar ke postpaid. Itu hak kita lah kan nak pakai postpaid or prepaid.. Ros dulu pernah jadi, tapi Ros pakai celcom. Nasib baik ok. Gi tukar simcard je..
ReplyDeletesenasib...nak gi tukar simkad. disuruhnya tukar plan ke postpaid. xde keje plak kita nak bayar bil bulan2..
ReplyDeleteBoleh hubungi sy tukar kpd prepaid ONEXOX
ReplyDeleteDealer Saffuan 0124796011
saffuanshohimi.onexox.im
ReplyDeleteni mesti kes 'sim card not installed' mcm saya kena gak ni..menyampah btol..dah tukar simcard baru pun tak jadi gak..benda ni jadi lepas update hp sy(ASUS Zenfone 2). Tgh fikir last choice nak gi service centre dulu. Baru bleh selidik hp sendiri. Warranty tgh ada lagi ni
ReplyDelete