Assalamualaikum dan selamat pagi isnin...
Pernah suatu ketika kita lakukan sesuatu dengan niat yang betul2 ikhlas... langsung tidak terlintas di fikiran untuk merasa terbeban dengan setiap pengorbanan ataupun meminta sebarang balasan, cukup sekadar mampu mengecapi nikmat hidup bersama yang aman dan bahagia di atas muka bumi Allah s.w.t yang dipinjam sementara ini... **adehhh ayat bermadah pulak...
Tapi apabila pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai, malah di kira ambil kesempatan ke atas diri kita... hati mula rasa sakit, tetiba hati kecil berkata " sia2 je apa yang dilakukan sebelum ini, tak pernah nak sedar diri yang orang dah buat macam2 kat dia..menyesal lah pulak buat itu..buat ini..."
Bila senang bersama, bila ada masalah boleh kita dibiarkan selesai masalah sendiri... sedangkan kalau masalah dia dari A sampai Z kita tolong...
So kalau hati dah kata macam tu, masih dianggap ikhlas lagi tak pertolongan kita itu...??
Malas nak fikir... memang sedih... tapi kena banyak sabar... bukan minta untuk disanjung pun tapi sekurang2nya jadilah penyejuk hati ini...
Sekian coretan pagi
Okbai...
betul la tu adakalanya terasa macam tu. tatapi kalau mengharapkan manusia untuk hargai kelak kita akan kecewa.
ReplyDeleteJadi kena ikhlas kerana Allah...baru hati jadi tenang
kadang memang ada orang yang tak reti hargai pengorbanan orang lain, malah salah kita pula yg dia nampak. itulah kehidupan..
ReplyDeleteLove,
Annur
Kalau orang tak hargai apa yang kita lakukan serah aje pada Allah Naniey coz I am sure Allah akan beri ganjaran yang tepat...Jangan sedih-sedih k..
ReplyDelete