Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 13 October 2014

IKHLAS tapi JAUH

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin...

Pernah suatu ketika kita lakukan sesuatu dengan niat yang betul2 ikhlas... langsung tidak terlintas di fikiran untuk merasa terbeban dengan setiap pengorbanan ataupun meminta sebarang balasan, cukup sekadar mampu mengecapi nikmat hidup bersama yang aman dan bahagia di atas muka bumi Allah s.w.t yang dipinjam sementara ini... **adehhh ayat bermadah pulak... 


Tapi apabila pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai, malah di kira ambil kesempatan ke atas diri kita... hati mula rasa sakit, tetiba hati kecil berkata " sia2 je apa yang dilakukan sebelum ini, tak pernah nak sedar diri yang orang dah buat macam2 kat dia..menyesal lah pulak buat itu..buat ini..."  

Bila senang bersama, bila ada masalah boleh kita dibiarkan selesai masalah sendiri... sedangkan kalau masalah dia dari A sampai Z kita tolong... 

So kalau hati dah kata macam tu, masih dianggap ikhlas lagi tak pertolongan kita itu...??

Malas nak fikir... memang sedih... tapi kena banyak sabar... bukan minta untuk disanjung pun tapi sekurang2nya jadilah penyejuk hati ini... 

Sekian coretan pagi

Okbai... 

3 comments:

  1. betul la tu adakalanya terasa macam tu. tatapi kalau mengharapkan manusia untuk hargai kelak kita akan kecewa.

    Jadi kena ikhlas kerana Allah...baru hati jadi tenang

    ReplyDelete
  2. kadang memang ada orang yang tak reti hargai pengorbanan orang lain, malah salah kita pula yg dia nampak. itulah kehidupan..

    Love,
    Annur

    ReplyDelete
  3. Kalau orang tak hargai apa yang kita lakukan serah aje pada Allah Naniey coz I am sure Allah akan beri ganjaran yang tepat...Jangan sedih-sedih k..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!