Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 28 October 2014

CERITA TENTANG KAWAN, SAHABAT, RAKAN, FRIEND!!!

Assalamualaikum.....

5 Perkara Tentang BFF

1) Perahsia - Jangan harap nak korek sesuatu perkara yang peribadi daripada dia..even dengan kawan baik dia sendiri pun, dia jarang share apa2... termasuk hal kerja ataupun hal berkaitan dengan kawan2 lain... so aku pun selesa nak bercerita apa jua perkara dengan dia sebab memang terasa selamat..sebab dia akan simpan apa yang kita cerita tu..dan takkan jadi macam radio rosak..hahahaha

2) Pendiam - Seorang yang susah sangat buka mulut.. kalau berkumpul ramai2, dia dengar je apa          yang kami sedang gosip... Ya pun tak..Tidak pun tak..... kedang2 dia banyak buat hal sendiri disaat dan ketika kami sedang hangat bergosip tentang pelbagai isu..hehe

3) Kuat Makan - Aku tak tahu nak bagi contoh macam mana.. tapi yang aku perasan dia memang kuat makan walaupun badan cekeding... kamu letaklah seberapa banyak makanan depan dia.. dia boleh habiskan..

4) Baik Hati - Yesss..antara kawan aku yang baik hati dan jenis tak berkira... mudah dibawa berbincang...

5) Rendah Diri/Humble - Walaupun dah berjaya dalam bidang yang diminati, dia memang tak pernah bercerita tentang kejayaan yang di kecapi... kalau orang lain sibuk duk bercerita tentang keistimewaan diri masing2... dia buat muka blur je.. kekadang aku pulak yang sakit hati dengan sikap selamba dia nie..hahaha



haaaaaa inilah BFF yang saya ceritakan panjang lebar tu...


akekeke.... daydream je kan... 

Salena Gomez..comel sangat... aku suka.... boleh tak nak anak muka macam nie?? haha....


Oklah inilah kawan kita yang serba positif tu...

Kami kenal semasa Tingkatan 1... kami satu kelas.. balik sekolah sama2... aku ingat lagi yang dia sanggup tuntun basikal sampai rumah aku sebab nak teman aku berjalan... pada masa tu aku datang dan balik sekolah jalan kaki je... kebetulan pertengahan jalan tu pulak ada port budak lelaki (sekolah) melepak... aku ni kan pemalu tahap gaban... segan nak lalu tempat tu sorang2..bajet kot kena ngorat..kehkeh..tu yang minta dia temankan..dah sampai rumah aku..takpun cabang ke rumah aku, dia terus kayuh basikal untuk balik ke rumahnya... nasib baik laluan rumah kami sama..cuma rumah dia jauh sikit..hihiiii

 then masuk tingkatan 2 hingga 5 kami dipisahkan... aku naik kelas... masa ni dah jarang bercakap..sebab bila masuk kelas lain..masing2 dah ada kawan baru... aktiviti yang dilakukan pun dah tak sama... 

Tapi jodoh kami panjang... Sambung belajar di Tingkatan 6, kami di satukan lagi... dan menjadi kawan baik bersama beberapa orang kawan lagi... pada masa ini banyak aktiviti yang dilakukan bersama... antara yang paling rare adalah study group.. eh..eh.. syukur weh masa form 6 aku dapat kawan yang gila study, ... haha... pantang ada masa terluang terus buat study group.. Kalau sebelah petang tak ada kelas tambahan, terus buat study group...setakat balik rumah jam 6 petang tu dah kira standart... tak cukup weekday..kami pulun study group hari weekend..tak cukup siang hari..kami study memalam... haaa hebat tak kawan2 aku??hehe... kalau nak ikutkan aku study sorang2 memang tak lah kan... Tapi aku taklah kerap sangat join mereka study..time rajin je aku join..kalau tak aku lebih suka duk rumah..terperap dalam bilik buka buku SEJARAH... muka menghadap cermin tingkap... otak tengah melayang2 entah ke mana..hoiiiiii berangan...!!! sebab tu result STPM aku tak best macam mereka...atas pagar je, nasib baik tak jatuh terjunam...hahaha... tapi syukur alhamdulilah semua team study group kami berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. 

Ok berbalik kepada kawan aku tadi tu... kami sekali lagi terpisah sebab melanjutkan pelajaran di IPTA yang berbeza.. what the surprise is.... aliran kami sama.. Bc Comm (Hons)... sama2 jadi budak Komunikasi...sebenarnya memang minat kami sama dan memang dah plan sama2 nak ambik komunikasi... tapi tak tahulah betul2 dapat walaupun berlainan institusi... orang lain sibuk nak jadi cikgu... tanya sorang ambik edu..tanya dua orang ambik edu... tanya kami... komunikasi..hehehe....

Namun begitu, kita hanya merancang..tapi Tuhan yang tentukan..*ceh ayat....  minat aku dalam bidang tu sekerat jalan je... bila dah belajar separuh jalan..timbul rasa tak minat dengan kerjaya dalam bidang ni..haaa boleh??? sebabnya aku tak suka bergasak2 dengan orang lain untuk dapatkan berita..haha .... lain pula dengan kawan aku nie... sehingga sekarang di bergelar wartawan... Nak tahu wartawan apa..beli Majalah Anis eh... tulah dia... Bangga aku dengan dia.. nampak pendiam, tingkah lau pun slow & steady je..tapi sekarang dah jadi wartawan yang berjaya.... 

Tahun depan dia akan menamatkan zaman bujangnya.. alhamdulilah... siapa jejaka pilihannya itu.. aku pun tak tahu... rakan sekerja katanya... info lain memang tak boleh nak korek..almaklumlah dia nie perahsia sangat... 

Weekend hari tu dia ada datang rumah..bermalam kat rumah... memang aku alukan sangat...  keesokkan hari tu aku hantar dia balik rumah dia kat Damansara... sebelum tu singgah IKEA dulu... makan meatball... 

Oklah kawan..kudoakan agar dirimu bahagia di dunia dan diakhirat... tiada madah yang sesuai untuk ku coretkan melainkan ucapan semoga persahabatan ini kekal abadi selamanya..

Babai...



2 comments:

  1. moga persahabatan kalian sentiasa dipelihara allah swt

    ReplyDelete
  2. Salam pagi Rabu Naniey...

    Kita punya BFF pun lebih kurang..best satu kepala ni..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!