Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 21 October 2014

Cara Mengatasi Masalah Pening Kepala Tanpa Menggunakan Panadol


Assalamualaikum...

Sekarang ni memang kerap sakit kepala, so google lah cara2 nak hilangkan atau kurangkan kesakitan ketika sakit kepala melanda. Alhamdulilah terjumpa petuanya di blog http://www.umibaba.com/ , memandangkan petuanya agak menarik so naniey share di sini, moga manfaat untuk kita semua..akekeke

MINUM ISOTONIK

Sakit kepala adalah disebabkan keadaan tidak seimbang elektron dan ion di dalam sel otak. Rawatan alternatif untuk menghilangkan kesakitan adalah dengan meminum minuman isotonic. Minum campuran air Isotonic dan air biasa dengan kadar 1:1 atau 1:2 ketika anda mengalami masalah sakit kepala.



RENDAM KAKI DALAM BESEN
 Petua lain bagi membantu mengurangi sakit kepala ialah dengan merendamkan kedua belah kaki anda di dalam besen yang berisi dengan air suam. InsyaAllah ianya akan membantu mengurangkan tekanan darah di kepala anda.

TIDUR BERALASKAN DAUN LEMUNI
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

TEKAPKAN TUALA YANG DI BASAHKAN DENGAN AIR SEJUK DI KEPALA DAN BELAKANG LEHER
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air sejuk. Tekapkan tuala secara lembut di bahagian kepala dan belakang leher. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

BERENDAM DALAM AIR SUAM
Berendam dalam air suam atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli dari mana-mana pasaraya. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatan stim.

ELAKKAN TIDUR SELEPAS ASAR
Elakkan dari tidur selepas solat Asar. Sekiranya mengalama sakit kepala pada waktu ini, rendam kaki dalam air suam seperti petua kedua di atas. Lakukannya selama beberapa ketika sambil menikmati minuman petang. Kemudian mandi seperti biasa. InsyaAllah selepas waktu Maghrib, kesakitan akan beransur hilang sepenuhnya.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFFIEN
Kurangkan mengambil minuman yang mengandungi caffeine (i.e. Kopi, teh, minuman ringan, minuman bertenaga etc.). Pengambilan caffeine yang berlebihan yang melebihi 250mg sehari boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai“caffeinism“. Ianya boleh menyebabkan punca berlakunya keadaan fizikal dan mental yang kurang selesa termasuk gemuruh, gelisah, insomnia, sakit kepala dan sesak nafas.
AMALKAN SURUH WAQIAH

Amalkan membaca Surah Al-Waqiah: Ayat 19.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ. لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ

BASAHKAN KEPALA DENGAN DAUN BUNGA RAYA

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama air. Letakkan di atas kepala selama 30 minit.

LUMURKAN KEPALA DENGAN ASAM BERSAMA SANTAN
Tapis perahan asam bersama dengan santan. Lumurkan di atas kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala kering. Setelah selesai, bersihkan dengan air dan syampu.

PICIT DAN URUT DENGAN LEMBUT
Picit dan urut-urut kepala anda dengan lembut. Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang lain.

BERNAFAS DENGAN LEBIH EFISIEN
Bernafas dengan lebih efisien sambil menutup mata. Kajian menunjukkan bahawa sakit kepala mungkin berlaku disebabkan oleh kekurangan oksigen. Jadi, relaks. Tarik nafas dalam-dalam sambil tutup mata anda.

GUNAKAN BAWANG PUTIH
 Hiriskan bawang putih nipis-nipis. Kemuadian letakkan di tepi dahi sehingga sakit kepala hilang.

MAKAN MAKANAN PEDAS
 Makan makanan pedas juga boleh membantu menyembuhkan sakit kepala yang anda alami.

JANGAN IKAT RAMBUT & SANGGUL KETIKA PENING
 Lepaskan ikatan rambut ketika pening sama ada anda mengikat rambut anda ataupun menyanggul rambut anda. Ikatan rambut yang terlalu ketat boleh mengakibatkan kulit kepala menegang dan boleh mengganggu peredaran darah sehingga menyebabkan pening kepala

3 comments:

  1. tq tips..selalu sgt sakit pala

    ReplyDelete
  2. berendam dalam air suam tu yang syok tu..tapi umah takde bathtub

    ReplyDelete
  3. time kasih atas perkongsian, banyak cara boleh digunakan selain ambil ubat..

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!