Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 18 April 2014

SANGGUP BERHUTANG UNTUK BERGAYA??

Assalamualaikum...

Anak muda suka bergaya walaupun gaji bulanan cukup-cukup makan... orang tua geleng kepala... bukan diminta hantar wang ke kampung setiap bulan..tapi berharap agar si anak tidak lagi minta duit setiap hujung bulan... dah kerja pun, masih lagi meminta-minta dengan orang tua... tak malukah??

Orang muda bangga pandu kereta mewah...walaupun installmen bulanan dah habiskan setengah bulan gaji... mana nak bayar bil elektril, air,astro, sewa rumah dan internet... kira punya kira balance tinggal tak sampai 2 ratus ringgit untuk belanja makan dan minum selama sebulan... dalam duit yang tinggal tak sampai 200 itu boleh lagi shopping itu dan ini, barang2 tak pandang yang bertaburan di Masjid India..Petaling Street, yang berjenama juga yang dikejarnya.... akhirnya tak sampai hujung bulan dah mula cari kawan, cari adik beradik, cari mak ayah... nak pinjam duit!!!


Pasangan muda yang dah berkahwin pun sama sahaja... semua benda nak baru.. rumah tak nak kalah...tak mau rumah flat, rumah sewa je pon.. malu kat saudara kalau datang melawat..paling kurang pun nak rumah teres... boleh parking kereta depan pagar rumah sendiri... sewa untuk rumah teres  di KL nie kebanyakkannya dah cecah RM700 paling murah... paling murah ok... jiran sebelah beli sofa baru..si isteri menggeliat depan suami nak sofa juga, pergilah si suami membawa isteri ke Courts Mammoth..beli sofa dengan ansuran..hutang lagi!!!... suami orang sebelah tukar kereta... kita pun panas hati nak jugak tukar kereta... orang sebelah tukar kereta Kancil ke Myvi je..kita dari proton terus ke Honda...tak nak kalah tu...

Kos Perbelanjaan untuk menguruskan rumah tangga amat tinggi... bil2 bulanan tak payah cakaplah..itu dah semestinya kena bayar... kalau ada anak?? lagilah tinggi..susu..pampers..makanan berkhasiat..peruntukkan sekiranya ada kecemasan( anak, isteri atau disendiri deman @sakit), simpanan pendidikan untuk anak-anak... bayaran pusat penjagaan anak2... Ya Allah memang banyak sangat perbelanjaannya.... kena bijak dalam menguruskan kewangan terutama bagi yang menerima pendapatan bersih seisi keluarga RM 5000.00 dan ke bawah... tapi ada juga yang lebih pentingkan gaya... 

Mengikut statistik yang dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), jumlah pemuda berusia 34 tahun ke bawah yang muflis meningkat setiap tahun. Sebanyak 47 peratus daripada jumlah keseluruhan 4,568 kes baharu direkodkan sehingga suku tahun lalu - sumber Kosmo Online.. 


Dalam satu laporan dan statistik dikeluarkan Jabatan Insolvensi Malaysia, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Daripada jumlah itu, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang along. - sumber MyMetro

Segala isi kandungan di atas adalah pandangan aku sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapa.... sekadar berkongsi cerita berdasarkan kejadian yang berlaku kepada orang2 terdekat.... mohon kepada Allah swt supaya jauhi keluarga kita dari sifat sanggup berhutang untuk bergaya...!!!

14 comments:

  1. zaman sekarang ini ramai yang sanggup papa asalkan bergaya.. menabung libresse dan downy..

    ReplyDelete
  2. tak kisah kete kecil, yang penting, tak sesak nak membayarnye,
    tak kisah umah tak renovate lagi, y penting, poket tak rabak bulan2..

    ReplyDelete
  3. Tulah nanie..kita pun risau tengok kawan-kawan yang overspent..Hmmm..nak buat camnekan..hati orang ni lain-lain..

    ReplyDelete
  4. beserdahana lagi baik.. daripada papa dikemudian hari..

    ReplyDelete
  5. Biar papa asalkan bergaya.. tu yg masalah tu...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... Itulah akibatnya hutang keliling pinggang.. Bukan tidak blh berhutang tetapi pastikn kita mampu membayarnya mengikut masa dn tempoh yang telah ditetapkn... Tak ada guna hidup bergaya tetapi kepala pusing jenuh nk fikir bagaimana nk langsaikn hutang...

    ReplyDelete
  7. setuju dgn entri ni... mmg kena pandai rancang perbelanjaan sekaran ni.. hmm..

    ReplyDelete
  8. Memang betul lah tu... ukur baju biarlah di badan sendiri... hehe

    ReplyDelete
  9. Setuju... Kena rancang perbelanjaan dengan teliti, lebih2 lagi bagi yang berkeluarga, utamakan keperluan dari kehendak... kalau nak ikut kehendak, memang macam2 nak beli sampai duit gaji habis sehari... biar kita besederhana, asal hidup x pening dok pikir hutang je... ^__^

    ReplyDelete
  10. salam. hurmm tak sanggup nak bergaya kalau perlu berhutang..
    btw menabung digi dan nissan kat sini :)

    ReplyDelete
  11. ini entry yang sangat bagus naniey..nowdays student memang kebanyakkan mengikut nafsu..kena plak dengan promosi2 utk student yang sebenarnya membuatkan mereka dalam keadaan berhutang sebelum memasuki alam pekerjaan...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. snggup utang sana-sini asalkan hajat tercapai., pas tu sshkan orng lain.,
    mmg tak patut., :D

    ReplyDelete
  13. bethooiii dah apa yg nanie ckp tuhhh...
    sekeliling sha ade la yg mcm tuu...gadjet...pakaian..solek...xmo kalah...tp xdan ujung bulan....kadg mmber2 yg biasa ni la jadi ah long...huhuh

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!