Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 25 February 2014

AIR KENA CATU PUN SALAHKAN PEMIMPIN...

Assalamualaikum...

Pagi2 nie bila buka facebook ramai yang update status berkenaan dengan catuan air di Selangor. Ada juagak seolah2 salahkan MB Selangor sebab masalah ini... ada ke patut...??

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.

"Menerusi program catuan ini, kita janji setiap pengguna akan dapat bekalan air cuma ia akan dicatu iaitu penyaluran bekalan air dilakukan selama dua hari dan dua hari (berikutnya) tiada air dan seterusnya. 
untuk berita sepenuhnya boleh baca di Sumber Bernama

Tapi aku bukan nak cerita pasal catuan air neh..tapi aku nak ceritakan berkenaan dengan pemikiran dan sikap manusia neh yang suka tuding jari ke arah sesetengah pihak lain sekiranya berlaku sesuatu bencana. 

Kemerosotan paras air sungai di Selangor disebabkan oleh kemarau yang teruk yan melanda negara sekarang telah menyebabkan beberapa paras sungai di negara ini merosot yang mengakibatkan kekurangan air.

 Tapi apa yang sedihnya ada pihak seakan-akan menyalahkan pemimpin di sesebuah negeri tersebut apabila terpaksa menghadapi masalah air. Contohnya kekurangan bekalan air telah menyebabkan negeri Selangor terpaksa buat catuan air, tetapi golongan tertentu neh boleh pulakkan nak salahkan Menteri Besar Selangor sebab terpaksa buat catuan air.. kononnya MB Selangor tak boleh nak "handle" masalah air neh.. "Come on" lah, ini kan dinamakan bencana, diluar kawalan manusia.. kalau letak PM pun yang memimpin Selangor, kalau dah nak kemarau, air tak ada jugak.. hadoii pening dengan orang macam nie... bencana pon nak kaitkan dengan politik... 



10 comments:

  1. macam-macam.. kat fb sy penuh org duk cakap pasal hal ni

    ReplyDelete
  2. betul tu naniey.. dah musim kemarau memang air kering, tak guna salhkan pemimpin.. tak kira siapa yag emimpin pun tetap akan terjadi juga krisis bekalan air ini.. sepatutnya kita mencari jalan penyelesaian, bukannya menyalahkan orang lain..

    ReplyDelete
  3. hmm itulah.. ckp x nak pikir dulu.. tau nak tunding jari slhkan org lain jer.. haihh

    ReplyDelete
  4. solusi utk menangani musim kemarau tp diputarbelitkan oleh mereka x bertggjwb. bersyukurlah..air masih blh dicatu. sesetgh tmpt sampai berbulan2 lamanya. bukan masalah air dicatu. tapi takde air langsung. mengharapkan tangki biru tu je.

    ReplyDelete
  5. ssh la kalau semua nak dipolitikkan kan...

    ReplyDelete
  6. dugaan ni dtg dari Allah...bukan salah sesapa...

    ReplyDelete
  7. macam2 perangai org malaysia ni.Tak pernah puas :(

    ReplyDelete
  8. ckp tanpa berpikir kan. gitu lah kekdahnya.

    ReplyDelete
  9. Betul tu Naniey... dia yg lebih tahu ttg negeri dia, kebajikan rakyatnya.. tu semua tanggungjawab dia dlm mengatur strategi yg terbaik... sesetengah pihak tau komplen je.. agak2lah kan... oklah klu di catu dari takde langsung...

    ReplyDelete
  10. Betul tu naniey..Kita pun tak faham..Ini bukan lagi masalah Selangor ke N Sembilan ke Johor..Inikan bencana...Kena bersyukur itu baru sikit, allah uji..hmmm. Semuanya nak dipolitikkan...

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!