Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 24 February 2014

KHALWAT DI ALAM SIBER

Assalamualaikum....

Entry ini sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri..

Harian metro pernah terbitkan artikel berkenaan dengan isu ini pada tahun 2011 tapi semalam aku ada ternampak iklan Semanis Kurma yang akan berlangsung pada hari Khamis nie.. tajuknya adalah "Khalwat Alam Siber"... lebih kuranglah tajuknya tu, kalau silap mintak maaf..sebab tengok sekali imbas je... dah tu terasa yang tajuk tu agak menarik dan boleh di kongsikan di blog..ehehe...

Nabi SAW melarang khalwat. Kita semua tahu hadis yang terkenal menyatakan : “Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita (bukan mahramnya) melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (at-Tirmidzi).

Penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata, wanita dan lelaki bukan mahram yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Alhamdulilah sehingga sekarang aku masih lagi dapat kawal obsesi aku terhadap laman sosial seperti facebook..instagram.. blog.. semuanya tidak mendatangkan masalah kepada keluarga aku sehingga kini.. dan InsyaAllah berharap Allah s.w.t melindungi aku dari melakukan kesilapan dalam siber pada masa akan datang..

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan kemajuan teknologi semata-mata. Perkembangan dunia teknologi yang pesat amat berguna kepada kita untuk mencapai maklumat dengan cepat, namun salah guna teknologi yang akan menjurumus kita arah negatif.

Suami pula memang ambik tahu dalam segenap aktiviti aku di alam siber.. email dan password facebook aku dia ada..  dia selalu check inbox... nak skodeng aku chatting dengan siapalah kan..tapi aku tak kisahlah sebab aku tak buat salah pon, buat apa nak marah2.. email dan password dia pon aku ada.... apa yang aku post di blog dia akan tahu... kalau aku post gambar yang kurang menyenangkan dalam instagram, dia minta suruh delete... walaupun nampak seperti dikongkong namun aku tak kisah.. kalau suami tak bagi terus ber"online" lagi parah kan... dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.. suami /isteri diluar sana perlu melakukan perkara yang sama..lakukan sedikit kawalan terhadap tindakan pasangan kita di alam maya.. jangan biarkan terlalu bebas. 

Bagi yang belum berkahwin pula, kawalan ibu bapalah yang penting..tapi agak sukar jugalah ibu bapa nak kawal..sebab dalam hal teknologi ini, aku percaya anak-anak lagi "advance" dari ibu bapa..hehe

sumber: harian metro



12 comments:

  1. Semoga kita semua sentiasa menggunakan teknologi anugerah Allah ini diatas jln yg dpt menyampai kpdNya.. aamiin. T kasih diatas perkongsian peringatan ini Naniey.. :)

    ReplyDelete
  2. tulah kan mangkin canggih ilmu IT ni..mangkin banyak pulak di salah gunakan..lagi2 yg tak ada faedahnya ermm..

    thanks naniey atas perkongsian ini :)

    ReplyDelete
  3. btl tu, kawalan ibu bapa itu penting bg memastikan anak-anak tidak terjerumus ke lembah khalwat di alam siber.. :-)

    ReplyDelete
  4. moga2 di jauhi dr perkara2 mcm ni.. ~.~ amin ya rabbal amin..

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang ni macam2. Jadi memang perlu hati2. Kalau ibu bapa pulak kenalah tahu pasal IT ni untuk pantau apa yang anak2 buat... :)

    ReplyDelete
  6. risau kan.. makin canggih teknologi, makin rosak akhlak sbb tidak dikawal..

    ReplyDelete
  7. Tak salah nak berkomunikasi di alam siber. Tapi niat kena betul..as long as tak diluar batasan should be ok...Cuma bila banyak kes-kes yang agak kurang enak tu yang risau sikit tu..kena pandai jaga dirikan naneiy...

    ReplyDelete
  8. Btol2..skg ni mkin byk bnd bkn2 kn..tkut tgk..huhu

    ReplyDelete
  9. maksiat di mana2 kan.. moga kita x terjerumus & gunakan teknologi ke arah yg betul..

    ReplyDelete
  10. kena berhati-hati berkenaan isu khalwat di alam siber ini.. ramai yang menyalahgunakan kemudahan ini termasuk golongan remaja dan kanak-kanak.. nak isi tabung, tapi semua keluar churp2 je.. kalau naniey perasan churp2 tak dikira dalam akaun nuffnang..

    ReplyDelete
  11. Semoga kita dijauhkan dr pekara2 cmni :)

    ReplyDelete
  12. pokok pangkalnya pada diri sendri
    smga kita djauhkan dari perkara2 yg dilarang.aamiin

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!