Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 16 January 2015

JAWI vs Kpop : ANAK MUDA TAK BOLEH DITEGUR!!

Assalamualaikum...

Semakin tua dunia... teknologi semakin canggih...pemikiran makhluk yang digelar manusia pun semakin advance.. 

Menyampah betul dengan sikap SEGELINTIR  rakyat Malaysia yang terlalu pandai sehingga tahap  tak boleh nak di ajar atau di tegur langsung... mengarut...!!! 

1) Penyanyi berpeluk di atas pentas, kononnya fefeling dalam nyanyian
 - bila ditegur, melenting... marah orang yang tegur tu balik.. kononya dalam drama atau filem banyak lagi adegan seperti itu...

2) Wanita (selebriti/ orang awam) berpakaian tak senonoh 
- bila di tegur di katanya golongan ustaz & ustazah segera... tegur orang macam diri tu dah confirm masuk syurga... ohoiii....

3) yang terbaru isu Kpop vs JAWI.. hihi.... memang tengah viral sekarang... so ulasannya panjang sikit... ini sekadar pendapat kita je.. kalo tak setuju tak apa..senyum2 je eh... 

Berhubung dengan kes perlakuan tidak sopan yang berlaku di konsert KPOP tu, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.... bila keluar je statement itu dari JAWI, maka berduyun2 lah keyboard warrior masuk di laman sosial mengeluarkan idea yang "bernas" tentang hal itu... 

Wednesday, 7 January 2015

OH TEKSI!!

TEKSI!!!


Kita   : Pak cik.. pergi Sogo tak?? 

Teksi : hah tak tak... 

Kita   : Uncle.. pergi Sogo tak?? 

Teksi : geleng kepala

Pak cik..Uncle..Pak Cik...Uncle..Pakcik..Uncle... pergi sogo tak??

Hampir 6 ke 7 buah teksi yang di tanya..semuanya kata tak... apa ke payahnye teksi di KLCC ni  ni nak hantar kami ke Sogo..bukan jauh pon.. 15 minit je.. tu pon dah dikira sekali dengan sedikit jalan jem... hihi... kami bayar lah pak cik pak cik uncle uncle semua.... bkn nak naik free..haiyooo... 

Ok last try..kalau tak ada juga teksi yang nak hantar kita... kita naik LRT je..cadang kawan... 

Kawan Kita : Uncle boleh pergi sogo tak??

Teksi           : Haa boleh..boleh..kenapa tak boleh pula... 

Yes finally.... 

Dalam perjalanan tu, kita buat2 borak dengan uncle teksi ni... 

Tuesday, 6 January 2015

PENUTUP 2014 KAMI!!

Assalamualaikum....

Last entry pada 4/12/2014... dah kenapa Naniey...lupa eh diri tu ada blog..ke dah lupa ingatan.?? EH!!!!haha...

Hari ni 6/1/2015... selepas sebulan baru muncul.. tahun baru pulak tu... sebelum terlambat..walaupun dah memang lambat.. kita nak wish juga Selamat Tahun Baru kepada semua Blogger... followers...silent reader..kaki skodeng...kaki stalker dll... hiiii

Tahun 2014 berakhir dengan penuh dugaan dan cubaan terutama seluruh penduduk Pantai Timur... Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi setiap dugaan yang menimpa...!!

Bagi mereka yang tidak berada di tempat kejadian ataupun berhadapan sendiri dengan bencana itu, mungkin menganggap itu adalah banjir biasa... sudah lumrah banjir akan melanda Pantai Timur setiap hujung tahun... tak perlu nak kecoh sangatkan... gambar2/ cerita yang tersebar/ menjadi viral di FB pula dianggap sengaja diada-adakan..Takde lah pulak kita nak cakap yang cerita kat FB tu betul 100%... banyak jugaklah muncul pengarang yang tak bertauliah...mengada-adakan cerita... tapi kebanyakkan gambar atau status yang di update di laman sosial itu adalah dari individu yang mengalaminya sendiri..yang berada di tempat kejadian... mangsa2 bencana banjir tu... Bagi yang duk ngadap berita di TV semata2 tak perlu nak buat kesimpulan apa2.. tak perlu jatuhkan hukuman apa2.. jangan nak menghentam.. jangan nak menuding jari cari salah pihak itu..salah pihak ini... yang deritanya adalah mangsa banjir.... 

Thursday, 4 December 2014

HIDUP LAH UNTUK HARI INI... (copy paste)

Assalamualaikum.....

COPY PASTE dari : facebook KISAH RUMAH TANGGA ( www.facebook.com/kisahrumahtangga )
( copy paste semata-mata.. penggunaan ayat...penggunaan short form...bahasa dan lain2 langsung tak edit) akeke

Selamat membaca...

Tugasan pagi td saya interview seorg datin. Di tgh pbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata sy menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa?

Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK H
ARI INI" sgt menusuk jauh ke dalam hati sy. APa yg diperkatakan jelas terkena pd btg hidung sy (yg x berbatang pun sebenarnya).

Nasihat Datuk tsebut yg sy perlu share dgn kekwn FB:
- Malam adalah masa utk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.

- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dgn isteri & anak2. Ini dpt mghalang perkara yg x sewajarnya.

- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tsebut.

- Jangan tlalu sibuk/ gila mcari wang krn mahukn khidupan yg senang pd masa hdpn, percayalah rezeki itu di tgn Allah. Berusaha tp bukan hingga mengabaikan yg sepatutnya.

- Sentiasa peluk cium anak2, pasangan. Kita x tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.

- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mgkn rasa mcm rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kwn mnyindir. Kemudian kita akn sedar inilah cara mengikat kasih syg. Wlpn meeting, at least ckp 'sy meeting'. Jgn biarkan panggilan x berjawab. Sekali lg... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

Monday, 24 November 2014

JANGAN BODOH SOMBONG!!!

Assalamualaikum...

Ermmm Naniey tipu..janji dah jadi pengguna Note 3 akan selalu update blog..akan selalu rajin blog walk ke rumah kawan2 tapi tak ada pun... entry pon 3 4 hari sekali baru update... kadang2 seminggu pon belum tentu ada story baru... Naniey tipuuu....akeke....

Kalau dah malas tu, banyak pulak alasan kan..hihi...

Hari ini nak bercerita tentang perangai manusia yang bodoh sombong... eh eh kenapa Naniey cakap orang bodoh... tak baik tau....

bukan nak cakap orang tu bodoh tapi sikap orang tu sendiri menjadikan dia seperti itu...

::definisi bodoh sombong::
Tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; - Kamus Dewan Edisi Keempat

Ramai manusia dimuka bumi ini pantang di dikritik mulalah tidak tentu arah, melenting...tak mahu terima kritikan dan cuba cari kesalahan orang balik... teguran/kritikan kita bukan untuk menjatuhkannya tetapi untuk menjadikkannya lebih berdisiplin..lebih fokus dengan apa yang dilakukan... 

Namun tindakan kita itu di salah erti..malah di canang seluruh alam maya bahawa kita mempunyai sifat hasad dengki. 

TERLALU EGO

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". 

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM. 

Kerana apa?

 Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?

<<<copypaste dari : http://muslimdoktor.blogspot.com/ >>>>>

Keimpulannya, biarkan mereka yang mempunyai sikap negatif ini dengan dunianya sendiri...