Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 10 October 2014

Teliti kelemahan diri bukan canang kelemahan orang

Assalamualaikum...

Kalau ada apa perselisihan faham..atau tak puas hati dengan seseorang atau sesuatu perkara kita mesti akan salahkan orang.. eh kenapa dia macam tu? eh kenapa buat macam tu? eh kenapa perangai orang tu macam tu.. eh teruknye perangai dia... eh dia kenapa dengki dengan aku... bla..bla..bla... kan... 

Tapi tak pernah sikit pun terdetik di dalam hati kita.. eh aku ada buat salah ke?? eh kenapa aku bertekak dengan dia.. eh dia marah aku kenapa..??en kenapa dia tak tegur aku??eh patut ke aku tegur dia dulu... ohhh dia macam ni mesti aku ada buat salah ni.. nak tanyalah... 

Nampak sangat yang kita ni manusia tak pernah nak muhasabah diri.. semuanya anggap apa yang kita buat adalah betul.. pung pang pung pang duk bercerita orang itu buat ini....orang tu buat itu... kekadang kalau kerap sangat bercakap/meluahkan pun akan muncul juga kelemahan sendiri tu... memang susah kalau dah terasa diri itu sempurna.. macam tak pernah buat silap sikit pun...



Sebelum nak komplen orang tu macam tu, orang tu macam ni, muhasabah diri dulu, kenali diri sendiri dulu, apa yang kita lakukan tidak semuanya betul. 

Aku memang tak tujukan kepada sesiapa, sebab aku pun macam ni... selalu nak salahkan orang kalau ada terjadi apa2 yang tidak menyenangkan..yang selalu jadi mangsa tentulah en.suami.. hehe... en.suami pun kadang2 dah malas nak bertekak dengan aku..sebab aku selalu salahkan dia..hehehe... 

Anggap semua peristiwa, sama ada yang baik atau yang buruk sebagai pelajaran kehidupan. Reset Minda dan refleksi diri. Sibukkanlah diri kita untuk meneliti dan mencari kelemahan diri sendiri, hingga tidak sempat untuk melihat dan mencanang kelemahan orang. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak". -  PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD

Thursday, 9 October 2014

CPUV NUFFNANG : SIME DARBY LPGA 2014, PROTON PCC & SME MICRO FINANCE

Assalamualaikum...Selamat pagi Jumaat...

Bertuah sesiapa yang dapat tengok gerhana bulan semalam kan... 

Alhamdulilah hari ini baru berkesempatan untuk update iklan nuffnang yang melekat di blog cikai ini... 


Hingga kini ada 5 iklan yang tengah on-going..kalau kat atas tu nampak macam 7 kan tapi sebenarnya ada iklan yang sama..so tak tahulah dikira macam mana.. hehe...

Yang dalam petak merah tu yang terkini...


Sime Darby LPGA Malaysia

Merupakan Pertandingan Golf Wanita yang akan berlangsung pada 9 - 12 Oktober 2014. Ini merupakan kejohanan kali ke-5 yang disertai oleh pemanin golf wanita seluruh dunia.


Proton PCC

Semua telah sedia maklum kan yang proton telah melancarkan kereta model kompak iaitu Proton Iriz pada 25 september 2014 yang lalu. Proton Iriz direka untuk pasaran global dan dilancarkan dengan empat varian untuk dipilih, dengan dua pilihan enjin; 1.3-liter dan 1.6-liter, yang digabungkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.


Cool weh warna hijau neh.. kalau tak kerana sekarang dah bela kereta, mau juga aku milikinya..hehe....Dengar kata kereta Iriz ni akan mencabar kereta myvi?betul ke?? tak kisahlah kan..itu semua atas pilihan pengguna..setiap keluaran mesti ada kelebihan dan kelemahan... so pengguna sila buat pilihan yang bijak...

SME Micro Finance

SME Micro Finance adalah Pakej pembiayaan yang memanfaatkan Dana BNM (Dana Pembiayaan Mikro) untuk membantu pelbagai keperluan perusahaan mikro.


Untuk keterangan lanjut tentang syarat pembiayaan ini, boleh terus ke laman web SME Micro Financing

Ok kawan2..tunggu apalagi..kalau ada nampak mana2 iklan ni keluar berjoget kat wall saya..tolong klik banyak2 ya...

Babaiii.....

Thursday, 2 October 2014

MINYAK OH MINYAK...

Assalamualaikum

Sejak tak boleh nak online facebook kat telefon nie.. aku agak sedikit ketinggalan dalam isu terkini yang berlaku..haaa begitu..nampak bertapa pentingnya pengaruh media sosial... Semalam orang duk kecoh2 pasal minyak naik..aku pulak boleh tak tahu... (sori, tak sempat tgk berita semalam)...pagi ni baru tahu..tu pun sebab online FB.. ramai yang up status tak puas hati pasal ni... 

walaupun sekadar 20 sen je naik tapi kita bukan isi minyak 1 liter je.. tapi berliter-liter... Dah lah malam ni nak balik kampung... kat Kelantan oiii kg aku..bukan kat Kampung Baru... memang telan air liur jugaklah... 

Nasib baik aku naik LRT je ke tempat kerja..jimat sangat... pergi dan balik kerja baru RM 3.80... tak perlu pk pasal minyak dan toll... kalau rasa malas nak bersesak2.. merempit je dengan en. Suami.. hahaha..tapi itu jarang2 berlakulah sebab aku nie penakut sikit nak bonceng motor kat KL neh... seram weh..hahaha...

Yang jadi masalahnya sekarang adalah kena berjimat - cermat dalam urusan membeli barang runcit.. dah tak boleh kot nak ke pasaraya tiap kali hujung minggu.. kena keluar sebulan sekali je... beli apa yang patut... anak2 pun tak ada lagi..just berdua dengan suami..banyak boleh jimat...sebelum ini main campak je barang dalam troli..tak pk pun barang tu perlu ke tak... walhal tinggal berdua je dengan suami..tapi barang dalam troli dah macam ada anak 3 4 orang..hehehehe

Oklah, harap semua rakyat Malaysia sabarlah yaaa.. tabah hadapi dugaan hidup... mesti kerajaan ada sebab tertentu kenapa harga minyak perlu dinaikkan... cuma alasan yang diberikan kepada rakyat aku rasa tak cukup kukuh yang membuatkan ramai yang tak puas hati... kurangkan subsidi minyak sebab nak kukuhkan ekonomi negara... bagi aku tak salah pun nak kekalkan subsidi tu, cuma kerajaan perlu hentikan buat perbelanjaan yang merugikan... aku sokong kalau BRIM tak perlu diteruskan asalkan harga minyak tak naik..harga barang2 lain pun tak naik.. sebab BRIM adalah keuntungan sementara kepada rakyat..tapi kalau minyak naik..harga barang pun akan turut naik..rakyat akan merasa kesannya berpanjangan.


Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join...

Hadiah2 pun boleh tahan..

tak rugi pun ambik masa sikit untuk join segmen ni...

Selain berpeluang menangi hadiah, kita juga boleh bertukar2 link blog,.... 

Menarik kan.... 

Semoga Berjaya ..... 

Wednesday, 1 October 2014

Sim Card Problem atau ???

Assalamualaikum...

Adehhh dah hampir seminggu dah tak boleh layan instagram..facebook..wassapp..instagram dan lain2 di telefon.. ini semua gara-gara sim card yang tetiba tak ada line... No network Connection... Mymaxis  is unavailable... adoiii haa...sesak nafas tau tak di buatnya...

Kamu semua pernah alami tak perkara yang sama seperti ini?? kalau pernah apa penyelesaian kamu semua..minta bantuan yaa...

Pada hari pertama kejadian tu, aku biarkan je..mana tau kot2 sejam dua lagi line ada balik.. sebab memang selalu pun no network connection..tapi kejap je... kejap ada kejap tak ada..haa gitu... tapi minggu lepas sehari suntuk tak ada line.. keesokkan harinya itu aku call maxis centre.. bila aku ceritakan masalah yang dihadapi, dia pun suruh aku tunggu kejap.. dalam 2 minit macam tu dia bersuara balik, katanya lokasi yang aku berada sekarang tiada mengalami sebarang gangguan rangkaian... aku pun balas haaa ok..