Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 7 June 2014

CHICKEN CHOP TAUTAN KASIH

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak share resepi chicken chop yang aku buat untuk dinner anniversary aku semalam... alhamdulilah cara pembuatannya senang sahaja.. bahan2 yang digunakan pun mudah diperolehi dan memang dah ada kat dapur..tak perlu nak ke pasaraya bagai..hehe

Aku rujuk resepi asal di blog Puan Lina   tapi tak ikut sukatan pun..main campak je...tapi rasanya awesome sangat..

CHICKEN CHOP
Bahan - Bahan:
4 keping whole leg (debone)
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah
Sedikit olive oil (kat rumah tak ada..so tak masukkan pun)

Cara membuatnya
1. Cucuk sedikit bahagian yg ada isi dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
2. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
3. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
4. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
5. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
6. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
7. Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

SOS BLACK PEPPER
Bahan-Bahan:
1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
4 sb (rata) tepung gandum
1 kiub ayam
2 sb sos tiram
2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
4 sb sos lada hitam (lina pg gn brand life)
2 sb lada hitam ditumbuk kasar
3 cawan air (atau lebih)
Sedikit oregano
2 sb mentega

Cara membuatnya
1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
4. Masukkan air.Kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau).Masukkan kiub ayam
5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.Masukkan oregano.Renehkan sebentar
6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap

tada..inilah hasilnya...
\
Aku namakan resepi aku nie Chicken Chop Tautan Kasih sempena pertama kali aku cuba masak menu ini semata-mata untuk dinner anniversary..haa gtu...

Friday, 6 June 2014

ROAD TAX + INSURANS KERETA PERLU RENEW oitttt

Assalamualaikum...

Orang kata nak berjaya kena berusaha... nak cantik kena mekap... nak ketenangan kena sembahyang/baca Quran..nak makan kena masak/beli kedai pon boleh... nak pakai kereta..kenalah tanggung maintenance...

Dan aku pasti sangat sesiapa yang miliki kereta mesti akan terasa sedikit pening bila tiba masanya roadtax dan insuran perlu diperbaharui... tu belum major service lagi kan..akeke...

Nasib aku tahun ni agak kurang baik sikit... roadtax boyfren aku tu akan tamat pada 30hb Julai 2014... iaitu selepas 3 atau 4 hari Hari Raya Aidilfitri... dah sah2 raya perlukan bajet yang agak besar... kalau nak gabungkan semuanya, memang tak cukup gaji sebulan... duit simpanan memang ada.. tapi kalau boleh aku tak nak keluarkan duit yang disimpan..sebab memang payah nak ganti balik..akeke... 

Nasib baik ada main kutu dengan kawan-kawan... bolehlah cover sikit perbelanjaan selepas raya tu.. yalah duit gaji dah licin..hehe...

Aku nak bagi sedikit tip di sini.. aku dah amalkan dah nie tapi apakan daya, tarikh roadtax aku kena perbaharui tidak tepat dengan tarikh yang aku dapat duit kutu... so terpaksalah guna duit gaji dulu untuk uruskan semua...

Kepada yang sentiasa pening dan resah setiap kali nak bayar roadtax kereta..cuba buat simpanan sedikit demi sedikit yang memang khas untuk kereta sahaja... Simpanan boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti simpan di bank.. ataupun asing je RM 100 sebulan dan dimasukkan dalam sampul, simpan dalam laci... tapi bagi aku tak secure macam tu..aku nie kalau duit ada di tangan, sekelip mata je boleh habis... sebab tu aku amalkan sistem kutu untuk simpan duit... 

D.I.Y : ANNIVERSARY DINNER!!!

Assalamualaikum.....

Alhamdulilah projek pikat suami sempena Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Kami Kedua
berjalan dengan lancar..walaupun ala kadar je tapi puas hati... semua buat sendiri.. D.I.Y... !!


Sudah empat hari ulangtahun perkahwinan ke-2 kami berlalu..tapi semalam bari sempat nak celebrate... kebetulan tarikh ulangtahun pada 2hb Jun hari tu en.Somi ada kursus.. so acara sambutan terpaksa ditangguhkan... macam buat majlis besar je..padahal makan malam untuk berdua je..akeke



Inilah yang aku sediakan untuk suami... memang simple je... love shape yang berbunga rose ada gambar tu aku D.I.Y.. cantikkan... perasan eh..hehe.... untuk makan aku sediakan chicken chop homemade.. masak sendiri..cuma air je guna bantuan Marigold Peel Fresh..hahaha... resepi akan di kongsikan di entry lain yaa... 


 The lovely moment of the past... the gold time of the present..be the cherished memory for the future..we've been into many ups and down..but we've managed to get through with them..your love blossomed and grew throughout the trails of life.. Happy 2nd Anniversary En. Suami... LOve U damn much!!!

notakakitangan: memandangkan sambut anniversary berdua je..so tak ada orang nak tolong ambil gambar kami berdua... en.somi pulak tak suka bergambar..maka dengan gaya anggunnya..aku campakkan muka aku seorang je di sini..akeke

Babai...

Monday, 2 June 2014

PENGOMEN MELETOP MEI!!!

Assalamualaikum....


Ok kita dah tangkap 10 orang blogger yang suka jenguk dan suka conteng ruangan komen blog kita..akeke... terima kasih banyak2 ya kerana sudi singgah di blog yang hidup segan mati tak mahu nie... hehe... 


Mereka semua nie tidak asing lagi dalam dunia komen mengomen nie.. kalau BW ke blog lain pun..mesti nama mereka tersenarai sebagai top komentor.. memang berkomitmen sangat2 mereka nie..bilalah saya nak jadi rajin macam mereka pun tak tahu..hehe..

terima kasih juga kepada silent reader yang baca tapi segan silu malu2 kucing nak tinggalkan komen... aku hargai sangat-sangat..disebabkan kerajinan kamu semua terjah ke blog ini menaikkan pageview dan secara tak langsung membuka peluang untuk nuffnang singgah..hehe

Sekian terima kasih

CUTI SEKOLAH vs KENDURI KAHWIN


Assalamualaikum....

Musim cuti sekolah memang amat sinonim dengan majlis perkahwinan..asal cuti sekolah je..berderet2 jemputan yang diterima.. sampaikan dalam satu hari kena hadir 3 hingga 4 buah rumah..

ini cuti sekolah kali ini banyak jugak jemputan yang aku terima dari kawan, samada kawan sekolah ataupun semasa belajar di U..alhamdulilah jodoh kawan dah sampai... 


Ini antara jemputan yang aku terima dari facebook... tapi maaf sangat2 sebab tak dapat hadir kesemuanya..tengoklah tarikh dan lokasinya... tarikh sama tapi lokasi berbeza.. berbezanya tak jauh dan tak dekat sangatlah..antara negeri je... KELANTAN, PAHANG, NEGERI SEMBILAn, JOHOR... haaa macam mana nak pergi kesemuanya..akeke..


Walau apapun, aku ucapkan tahniah kepada kawan-kawan yang bergelar raja sehari... semoga berbahagia selalu sehingga ke akhir usia..amin.... 

Berkenaan dengan kenduri jugak..hari sabtu lepas sempat ke Majlis Perkahwinan kawan sekolah menengah yang diadakan di MARDI serdang!!!aku tak kenal sangat pun kawan ni..cuma satu sekolah dan bukan satu kelas..dan aku yakin dia pun tak ingat aku..tapi disebabkan ada rakan2 yang lain..so aku pun tergedik ikut sekali..hehe




 Last jumpa budak2 laki 3 ketul ni masa tingkatan 3 (2001).. selepas 13 tahun berjumpa di sini... sekali pandang memang tak dapat cam..dah tenung lama2..baru memori clear... haha... walaupun tak kenal sangat dengan pengantin, aku buat muka tak malu datang jugak ke majlis ini sebab nak jumpa kawan2 lama ini... hehe boleh gitu??


 Oklah.. sebagai penutup, sekali lagi aku ucapkan selamat pengantin baru kepada kawan2 yang baru dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini..semoga bahagia hingga ke Syurga...

tak lupa juga nak ucapkan tahniah kepada  BFF yang melangsungkan pertunangan pada haru sabtu lepas... semoga tenang tempuhi alam pertunangan yang penuh dugaan yaa...

ini BFF kita yang bertunang tu...

BABAI>>>>