Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 2 April 2014

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

Assalamualaikum...

Jom join segmen Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah sebagai tanda sokongan kita kepada Ika dan tunangnya yang baru sahaja berjaya membuka kedai online baru yang dinamakan NUTRITION'S CAFE.

 http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

Sila klik banner untuk join yaa...


WW: BEST FRIEND FOREVER!!!


Assalamualaikum... 


Dari depan : Farah, hajidah, laila+son, mieja.. depan sekali yang pegang monopod adalah suami Laila..
Belakang : Suami Mieja, Suami Aku.. and yang peluk bahu suami aku tu..ofkoslah aku kan..hehe...


Mereka semua adalah kawan baik dari zaman sekolah hinggalah kini... ada antara mereka aku mula berkawan semasa dari darjah 1 lagi.. almost 20 tahun dah persahabatan kami terjalin... ada juga mula kenal dan berkawan dari sekolah menengah... tapi yang penting mereka  ini aku kenal dari zaman bangku sekolah dan perhubungan persahabatan kami kekal hingga kini walaupun ramai yang dah punya keluarga sendiri.

Mieja..im known him since i'm 7 years old!!

Friendship is the hardest thing in the world to explain. It’s not something you learn in school. But if you haven’t learned the meaning of friendship, you really haven’t learned anything. – Muhammad Ali

NOTE: Gambar kami semasa bercuti di Pulau Perhentian Minggu lepas..

Tuesday, 1 April 2014

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN DALAM HIDUP

Asslamualaikum...

Kita selalu pandang remeh pada perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian.. Sedar atau tidak, banyak perkara yang kita lakukan yang boleh mendatangkan mudarat pada diri kita samada dari segi rohani dan jiwa... Sekadar perkongsian, berikut adalah perkara-perkara yang tidak elok diamalkan dalam kehidupan seharian kita;- 

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan 

5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah
.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.

14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa

17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.

18 Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.

22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.

PEMILIK CHALET DI PULAU PERHENTIAN "TERLAMPAU PERAMAH"

Assalamualaikum...

Percutian di Pulau Perhentian bersama kawan-kawan pada hujung minggu lepas berjalan dengan lancar seperti yang telah di rancang. Kebiruan air laut di sana memang menenangkan pemikiran yang kusut.. jejak je kat sana, terus kosongkan otak..tak mau fikir apa-apa..aku just nak fokus pada percutian nie je... alhamdulilah sepanjang berada di sana tiada sebarang panggilan telefon dari mana2 pihak yang boleh menganggu emosi aku pada waktu dan ketika itu.. akeke

Tapi mood bercuti sedikit terganggu dengan sikap pemilik chalet yang "terlampau peramah".

Ceritanya macam nie..

Aku booking chalet melalui booking.com pada bulan 1/2014 sebanyak 4 buah bilik.. melalui booking .com ni mudah sikit sebab kita cuma perlu booking je..then bila dah sampai sana baru bayar. kos pembatalan adalah RM0 sehingga 3 hari sebelum tarikh sebenar kita berangkat bercuti, sekiranya melebihi 3 hari yang ditetapkan, kita terpaksa bayar separuh dari harga asal bilik itu.

Nak jadikan cerita ada kawan aku tu tiba2 dia tak dapat join percutian ni sebab ada hal yang tidak dapat dielakkan.. aku tengok tarikh masih ada 4 hari lagi sebelum tarikh percutian kami.. so tempoh masa untuk batalkan bilik ada lagi..dan aku tak perlu bayar apa2 atas pembatalan tu, aku pon tekan link cancel untuk 1 bilik.. alhamdulilah...

Bila tiba hari yang dinantikan, kami pon berangkat ke Pulau Perhentian..


Sesampai di chalet  ingatkan di sambut dengan fresh oren.. tapi terus di asak dengan soalan "kenapa cancel bilik last minute".. "bila lagi cancel ini, hari ni ke??".." kenapa tak bagitau pihak chalet direct??".. hamboi kak..laju nye mulut tu sembur kat orang... aku pon keluarkan notis pengesahan tempahan yang booking.com hantar melalui email.. nasib baik aku print.. aku tunjuk kat dia.. tarikh pembatalan 1 bilik dibuat pada 24hb Mac.. ada 4 hari sebelum tarikh sebenar iaitu pada 28 Mac.. so aku tak dikenakan charged kos pembatalan lah.. dah tengok bukti aku tunjuk tu..dia pon kata oklah..takpelah..tunggu kejap bilik tengah kemas sebab pengunjung baru check out... tapi dalam pada tu, mulutnya tak habis2 membebel..kenapa tak bagitau direct pada pihak chalet la..rugi lah dia sebab tadi orang ada tanya bilik tapi dia dah kata full...

Dalam hati aku geram je nak bagi sebijik.. ada aku kisah ke rugi ke tak.. aku batal bilik mengikut syarat booking.com.. kalau kau tak tahu aku cancel bilik awal..itu masalah pihak kau dengan pihak booking.com lah.. dah kau tak update dengan booking.com tu kenapa.. ehh nak salahkan orang pulakkan... dalam hati jelah..aku nie jenis malas nak panjang2 cerita...

Aku ingat hal ini dah selesai sampai situ je..rupa2nya ada lagi.. bila kawan2 aku pergi beli barang di kedai runcitnya yang mahal macam duduk di angkasa tu... dia asyik duk tanya kenapa cancel bilik last minute..hari ini datang..hari ni jugak nak cancel 1 bilik... bla..bla...bla..dia membebel kat kawan aku.. tapi bila aku sendiri ke kedainya..tak ada nye pulak nak tanya apa2..

Lagi kelakar bila dia tanya kawan aku yang lagi sorang tu... dari mana kawan aku tu kenal kami2 semua nie..macam mana blh kenal..kami dari mana.. dah tu keluar lagi pasal cancel bilik last minute tu.. kawan aku tu diam je..malas nak meleser balik... haiii mak cik neh... sabar jelah... ok..pemilik nie bukan mak cik sangat pon..umur lingkungan 35-38 tahun jer.. tapi mulutnya macam orang tua.. hehe..opppssss.. jahat naniey!!

Apabila mak cik neh asyik duk ungkit pasal bilik neh kepada semua kawan2 aku.. aku dah mula rasa fed up.. tak mustahilah dia akan jaja isu neh kepada semua staf dia dan maybe kepada pengunjung lain juga... aku malas nak mention nama Chalet apa di sini sebab tak mau burukkan nama tempat tu.. mungkin sedikit sebanyak akan menjejaskan periuk nasik dia... sebab aku yakin, kebanyakkan orang akan cari maklumat  tempat tinggal/ chalet yang mereka akan duduki terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tempahan .. bila ada orang jumpa apa yang aku tulis neh..tak pasal2 chalet tu dapat imej buruk kan.. hihihi....

Lagi satu, pemilik chalet ini agak susah untuk membuat rundingan harga.. tak payah lah nak tawar menawar dengan dia..buat kering air liur je... akeke.. bila hari last sebelum berangkat pulang tu, aku suruh kawan aku je yang pergi bayar semua bil..aku rasa malas sangat nak pergi mengadap orang macam tu... dan aku memang tak kan rekomen kawan2 atau sesiapa sahaja untuk tinggal di Chalet ini sekiranya datang bercuti ke Pulau Perhentian



Mak cik harus ingat.. customer always right.. walaupun anda di pihak betul.. anda harus akui bahawa pelanggan sentiasa berada di pihak yang betul sebab pelanggan yang keluarkan duit..bukan duduk menumpang free... dalam kes aku neh..aku tak rasa aku yang salah..sebab aku memang cancel bilik awal, menepati syarat yang diberikan oleh booking.com..

Sori yaaa mak cik.. Chalet mak cik ni bad service.. saya bagi markah 3/10.. sekian terima kasih...




MENANG GA MAC 2014 BY EMAS PUTIH

Assalamualaikum..

Entry ni khas untuk mengucapkan terima kasih kepada blog Emas putih sebab menganjurkan 
dan telah memilih Blog Naniey sebagai salah seorang pemenang secara random.. 
hadiah yang diterima berupa set kecantikkan Nour Ain yang di taja oleh Blog 





Ya Allah suka sangat bila dapat trial set neh.. ingatkan dapat sabun seketul je... bwt terima kasih banyak2 yaa kepada penganjur dan penaja... i like it.. alhamdulilah!!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Nour Ain ini, anda semua boleh terus ke facebook Sis Ct Aman iaitu https://www.facebook.com/pages/The-healthy-care-/1463702837190754

Sekiranya ada masa terluang, jempulah terjah ke blog mereka yang pemurah lagi baik hati ini yaa...
http://www.kisahemasputih.com/
http://ctamanaqim.blogspot.com/

Babai..