Pernah dengar tak nama PANTAI CINTA BERAHI... mesti ramai yang ketahuinya.. itu nama zaman Jepun serang malaya laa..skg dah tukar nama..dah jadi PANTAI CAHAYA BULAN.. pantai ni memang famous amos lah dulu2.. mayb sebab nama dia kot..aku tak tahulah pulak kenapa ditukar nama tu..
hehehe..kalau aku sendiri pon malu nak sebut nama yang lama tu..cam xsesuai je kan..hahaha... Kenapa namanya PANTAI CINTA BERAHI..jap lagi aku bagi info yang aku copy paste dari wikipedia..hehe
Kenapa aku tetiba cerita pasal pantai nie yaa...ok..ceritanya begini..ehehe~~~ lepas balik dari kenduri rumah kawan aku tu, kami pon lepak2 depan rumah..tak tahu nak buat apakan.. memang boring sgt time tu..
macam nie lah kami melepak..hehe..
dah tu tetiba datang idea nak g PCB neh..memang xjauh sgt dari rumah,..kalau xjem..20 minit dah sampai dah.. pantai nie pon dalam 10 minit je dari bandar kota bharu... mula2 tu risau jugak kot xsempat sampai dah maghrib..tapi xpelah, kalau xsempat main tepi pantai..kita pergi makan seafood..kat situ memang melambak jual seafood***makanan feberet aku yaa** hehe...
Kami on the way ke PCB..bawak anak2 sedara jalan-jalan... dalam pada tu mak2 sedara pun terkediq2 nak berderat jugak..haha..~~~
Tadaaaa...dah sampai PCB..kejap je kan...
Papepun kita posing dulu lah..haha
Ini my sister in law with her son ,the new coming in our family.. ANIQ QAYYUM
This is my SISTA...
My BRO with his 1st son~~..
Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB...
*****************sumber dari :wikipedia*******************
Dah tahu dah sikit2 asal-usul nama pantai nie kan..aku pon baru tahu kenapa dulu namanya macam tu..hehe
Aku pernah sampai ke pantai nie beberapa tahun dahulu.. keadaan time tu dah memang agak teruk sebab hakisan ombak..tapi dulu2 tu ada lagilah pesisir pantai, boleh lagi lan nak merasa jalan tepi pantai sambil pimpin tanagn boifren>
Tembok penghalang hakisan yang terdiri batu2 yang besar telah pasang disepanjang pesisir pantai bagi mengelak hakisan merebak sampai ke jalan raya dan deretan kedai...Kalau 10 tahun lagi memang tak tahulah bagaimana nasib pantai ini.. dah nazak sangat dah sekarang neh.. aktiviti mandi manda memang telah dlarang sebab kawasan pesisir pantai yang mencerun ke dalam yang memang bahaya..
Walaupun keadaannya yang sudah semakin kritikal, pantai ini tetap dikunjungi oleh orang ramai walaupun jumlahnya sudah berkurangan..hal ini mungkin disebabkan oleh pelbagai aktiviti yang diadakan seperti bermain wau. hembusan angin pantai ini mampu melayang wau siapa2 sahaja walaupun orang tu langsung xpandai nak main wau..**aku lah tu**hehe..Buktinya di sini..
Saya pandai main wau oke..eh eh..tetiba saya pulak..wakaka~~~
orang yang paling hepi bila sampai pantai nie adalah anak buah aku 2 orang neh.. kenapa yaaa..haaa tgklah apa kat tangan dia tu... layang2 lah kan.. parking je kereta terus cakap nak main wau..muka penuh dengan excited.. klakar jugak tengok.. dah kesian aku tengok dua beradik nie excited nak main wau...aku pon beli lah sorang satu.. xmahal sangat pom.. 10 hengget je 1..takpe lah bukan selalu kan.. hehe
Tinggi tak wau aku naik..heheeh
Haaa adik n abg..main puas2 yaa...hehe
hehe...xdenye nak main puas2.. xsampai 10 minit main..dah masuk azan.. so angin pulak bila dah azan tetiba je xde.. semua wau yang kt udara semua dah turun..n pengunjung pun beransur pulang.. kagum sebentar dengan aturan yang maha Esa.. cuba Dia xhilangkan angin masa azan tu, mesti lagi yang tgh syok main kan.. bila dah azan semua berhenti sebab pantai yang berangin kuat tetiba dh tak berangin.. suasana riuh tadi tetiba jadi senyap je.. Allahhu Akhbar..~~~muhasabah diri kejap yaa..~~
Ini gambar last posing sebelum g makan...caitt yang besar kt depan..yang belakang tenggelam lah..terutama mak aku..xpe mak.lain kali ambik gambar mak duk depan yaaa..hehe~~~
Lepas tu kami terus ke gerai2 yang menjual seafood kat sana..apalagi..santaplah..
hehe.. ok..pilihan tak banyak sangat..terpaksa aku pilih benda sama je..uhhh xbrapa best..
jommm makan...
Bila dah makan dan gilir2 sembahyang maghrib kat surau yang disediakan di belakang gerai tu, kami pon pulang ke rumah... jam 8 malam sampai rumah..
Kesimpulannya adalah...aku risau sangat dengan keadaan pantai tu... dah betul2 terancam.. xtahulah anak cucu aku nanti dapat kenal ke tak pantai cinta berahi neh..
Last picture***********
xde kaitan pon dengan cerita pantai lah NANIEY gambar neh..
hehe.. ok tamat sudaaa...
bulatnye ko mek..hehee
ReplyDeletebulat sgt..hahaha..pas kawen mmg xpenah timbang berat g..xtau dh cecah bape skg..ngeri je nak timbang..haha
ReplyDelete