Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 29 September 2014

EWAL JUARA AF 2014??

haaaa jangan terkejut..itu ramalan aku je....

eh eh..sejak bila pulak Naniey ambil kisah pasal AF nie..sebelum2 nie tak pernah layan pun.. 

alkisahnya semalam terasa boring sangat2.. semua channel Astro (ok tipu,bukan semua) aku tekan.. semua rancangan tak best... so aku layan lah budak2 AF nie menyanyi..menjerit..menari..melompat atas stage... 

Ramai yang cakap AF sekarang dah tak best... tapi aku tak peduli pun best ke tak, sebab tak layan sangat AF sekarang nie..betul2 last layan AF masa zaman Vince - Mawi yang jadi juara dulu... lepas dari tu perlahan2 jadi tak minat..mungkin peningkatan usia kot.. bila usia bertambah.. soal hiburan pun dah tolak tepi... hahaha.... 


Secara jujur dan ikhlas aku cakap hanya Ewal sahaja yang menyanyi best..nyanyiannya betul2 bersemangat... masa dia nyanyi je aku duk diam, fokus pada persembahannya...memang terasa kesungguhan beliau semasa menyanyi...kalau nak dibandingkan dengan yang lain nyanyi, ada je benda yang aku buat... pergi dapur la..pergi toilet la..paling kurang pun layan facebook di henfon... memang sedikit boring, langsung tak ada semangat..macam layan karaoke di redbox je..hehe... ... 

Sebab tu aku jangkakan yang Ewal akan jadi juara AF pada tahun nie.  kalau yang lain tak setuju tak apa..pendapat masing2 kan... tapi aku yakinlah, semua peserta sudah tunjukkan persembahan terbaik.. sebab tiada siapa pun yang mahu tersingkir kan... 

Okbai... 

THE MAZE RUNNER

Assalamualaikum...

Siapa dah tengok filem lakonan Dylan O'Brien iaitu The Maze Runner yang sedang ligat ditayangkan di pawagam2 di negara ini?? best tak?? cuba bagi pendpaat sikit....

Cuti hujung minggu semalam aku manfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi ke GSC Alamanda di Putrajaya untuk menonton filem ini. En. suami buat tempahan tiket melalui online, so tak adalah nak kena beratur untuk beli tiket...just aku je kena beratur sebab mulut gatal nak mengunyah pop corn kan.. adalah dalam 10 minit beratur..hehe...

Meh aku buat sinopsis sendiri...

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja terperangkap di suatu tempat yang terasing yang dikelilingi oleh dinding batu. Kehidupan mereka bergantung kepada bekalan makanan yang di hantar melalui lift rahsia...mereka telah terperangkap bertahun-tahun lamanya... setiap bulan akan ada orang baru di hantar ke tempat tersebut, sehinggalah kehadiran Thomas yang telah mengubah segala-galanya. Sifat ingin tahu Thomas telah berjaya membebaskan mereka dari dinding batu yang di gelar THE MAZE... sebelum bebas tu tentulah ada pelbagai halangan dan aksi yang mendebarkan..so  kalau nak tahu apa dan bagaimana aksi tu..silalah berkunjung ke pawagam berhampiran yaa.. akeke... 

Rating aku bagi : 2/5 (kejam tak??)

The Maze Runner adalah buku pertama dalam trilogi fiksi ilmiah dystopian dengan nama yang sama karangan James Dashner. Novel ini diterbitkan pada Oktober 2009 oleh Delacorte Press,Random House dan akan dibuat menjadi sebuah film di tahun 2014 ini oleh 20th Century Fox. The Maze Runner adalah jenis film Science Fiction, drama trailer misteri yang disutradarai oleh Wes Ball dan script oleh Noah Oppenheim dengan Desainer Creature Ken Barthelmey (telah menciptakan konsep desain untuk film ini).

****ak membantu langsung kan sinopsis aku nie..hahaha... malas weh nak menaip... xde idea nak mengulas...lagipun aku bukan mahir sangat nak mengulas filem neh..haha

Thursday, 25 September 2014

LANGKAWI 2014!!!!!

Assalamualaikum...

Agak2 dah basi tak kalau nak buat entry pasal bercuti ke Langkawi bersama keluarga suami di Langkawi masa cuti Hari Malaysia 16 September 2014 yang lepas.??? Biarlah kalau dah basi pun...nak bercerita jugak..hehe ..tapi jalan ceritanya ringkas jelah, malas nak hurai panjang2.....gambar pun tak banyak...(tak banyak sangat)) .....

Ini adalah kali ke-2 aku ke Langkawi... kali pertama pada tahun lepas bersama dengan suami dan kawan suami..dan kali ni bersama keluarga suami pulak. Klik sini untuk PERCUTIAN KE LANGKAWI 2013

HARI PERTAMA

Bertolak dari KL jam 3.00 petang... sampai rumah kakak ipar di Kangar lebih kurang jam 9.30 malam...

HARI KEDUA

Bertolak dari rumah ke jeti Kuala Perlis jam 9.00 pagi..sebab tiket feri jam 10.50 pagi....



Ini di Jeti Kuala Perlis....Cuti sekolah oittt..orang memang ramai..next time tak rela dah aku pergi masa cuti sekolah... 

Monday, 22 September 2014

IKUT AMARAH MEMBAWA PADAH


di copy paste dari Facebook Nama Nama Islam


Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam stor simpanan kayu. Secara tidak sengaja, ular itu menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang boleh menumbangkan orang lain, tetapi orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah." 
(HR Bukhari & Muslim)

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri.. ikutkan amarah memang membawa padah.. Masa marah memang tak sedar apa yang kita cakap..laju je setiap patah meluncur keluar... InsyaAllah akan lebih berhati2 dengan setiap pertuturan agar ada yang tidak terluka yang nanti turut memberi kesan buruk pada diri sendiri. 


Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor






















3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....