Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 30 April 2014

SEMINGGU DI MASM KOTA BHARU!!

Assalamualaikum...

Minggu lepas terpaksa bertugas di Pameran Minggu Amanah Saham Malaysia 2014 (MASM) di Kota Bharu.. sepanjang minggu memang berkampung di Kota Bharu..aku terima tugasan tersebut dengan hati yang terbuka sebab sambil menyelam boleh tangkap udang galah sekali..akeke...

Pameran MASM di anjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad.. memang meriah sangat2..ramai pengunjung.. tak sempat pula nak capture gambar... pelbagai aktiviti menarik yang ada kat sana..sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur...

Kalau dah Minggu Amanah Saham itu, agenda utamanya tentulah berkenaan dengan pelaburan. Kepada sesiapa nak buat pinjaman loan untuk ASB, personal Loan, kad Kredit dll lain2 lagi memang sesuai sangat berkunjung ke pameran ini, sebab semua bank ada di sini dengan pelbagai tawaran yang menarik.. just kita kena rajin servey lah..dalam banyak bank yang ada nie..bank mana yang memberikan tawaran terbaik...

KAU DAH KENAPA??


Assalamualaikum... 

Kalau anda aktif bersama media sosial seperti facebook dan twitter mesti selalu jumpa dengan golongan yang suka update status..ataupun tweet berkenaan dengan perkara yang menampakkan bahawa dia lah yang paling hebat..paling bagus... paling alim..dan orang tu buat tak kena..orang ni tak patut lakukan itu... Allah bersama aku.. kau akan terima akibatnya nanti ... pedulikan apa orang nak kata, bukan susahkan orang pun....kalau sekali sekala keluarkan status begitu, boleh di terima..mungkin untuk kuatkan semangat diri sendiri... tapi bila hari-hari duk up-status sebegitu.. orang pun mula lah pelik.. KAU DAH KENAPA kan???

Friday, 18 April 2014

SANGGUP BERHUTANG UNTUK BERGAYA??

Assalamualaikum...

Anak muda suka bergaya walaupun gaji bulanan cukup-cukup makan... orang tua geleng kepala... bukan diminta hantar wang ke kampung setiap bulan..tapi berharap agar si anak tidak lagi minta duit setiap hujung bulan... dah kerja pun, masih lagi meminta-minta dengan orang tua... tak malukah??

Orang muda bangga pandu kereta mewah...walaupun installmen bulanan dah habiskan setengah bulan gaji... mana nak bayar bil elektril, air,astro, sewa rumah dan internet... kira punya kira balance tinggal tak sampai 2 ratus ringgit untuk belanja makan dan minum selama sebulan... dalam duit yang tinggal tak sampai 200 itu boleh lagi shopping itu dan ini, barang2 tak pandang yang bertaburan di Masjid India..Petaling Street, yang berjenama juga yang dikejarnya.... akhirnya tak sampai hujung bulan dah mula cari kawan, cari adik beradik, cari mak ayah... nak pinjam duit!!!

Thursday, 17 April 2014

YESS..YOU'RE BOSSY!!!

Assalamualaikum..

Rupanya ramai dalam dunia nie manusia yang pentingkan diri ... langsung tiada sikap bertimbang rasa dengan orang sekeliling.. memandang rendah pada orang... bercakap ikut sedap rasa... sanggup buat apa sahaja walaupun menjatuhkan maruah orang semata2 ingin melonjakkan namanya di aras teratas dan dipandang bagus dan terbaik pada pandangan orang atasan... choiiii sangat eh.....ramai yang bossy...sanggup kerahkan tenaga orang, suruh orang buat itu..buat ini.. the end of the day... dia yang dapat nama... dapat pujian...bangga tak payah nak cakap..hilang warna asal kulit itu....aisehhhh...dahlah berperangai seperti itu, boleh pulak buat muka tak bersalah..seolah2 apa yang beliau lakukan adalah betul dan patut di banggakan.. Yaa Allah!!



Wednesday, 16 April 2014

TUDUNG BAWAL ALA FAREEDA JADI TREND!!!

Assalamualaikum...

2 hari lepas aku ada ternampak bekas housemate aku post gambar mereka menggayakan tudung bawal ala fareeda... hehe kelakar jugak x-housemate aku tu yaa..sempat belajar cara-cara nak buat tudung macam tu...