Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 28 February 2014

"FIRST GIVEAWAY by CHE DYLA"


Assalamualaikum..

Mood nak bersegmen dah datang...

Jom ramai2 join GA neh yaa...

Hadiah best2...

 http://hello-dylavella.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-che-dyla.html

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Untuk keterangan lanjut berkenaan syarat2 yang telah ditetapkan dan juga untuk mengetahui hadiah yang di tawarkan..sila kunjungi blog penganjur ya.. http://hello-dylavella.blogspot.com/2014/01/first-giveaway-by-che-dyla.html

Tarikh Tamat : 1 Mac 2014..

                                                                 Good Luck Semua

REZEKI dan SYUKUR!!

Assalamualaikum...

Kehidupan manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki. Sering sahaja merungut baik yang kaya, apatah lagi yang miskin. Golongan kaya, mahu lagi kaya.. masuk tender projek berjuta-juta.. sanggup bagi rasuah untuk dapatkan sesuatu projek..halal haram sudah tidak dipedulikan, yang penting syarikat mendapat keuntungan berbilion ringgit. Walaupun begitu rezekinya tetap murah walaupun kedang2 terpaksa meggunakan jalan yang bengkok..

Bagaimana pula yang bekerja bertungkus lumus, mencari rezeki halal..pagi dan malam tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk menanggung diri sendiri apatah lagi anak isteri. Di manakah silapnya.. Orang kata Usaha tangga kejayaan tapi setelah berusaha siang malam..tapi masih lagi makan pagi kais pagi...kais petang makan petang.. Kenapa rezeki itu susah untuk menjadi miliknya sedangkan sudah berusaha.. 

Sebenarnya cukup atau tidak rezeki yang diberikan bukanlah bergantung kepada jumlah rezeki yang diperolehinya tapi cara kita untuk menguruskannya...Dalam dunia ini tidak semua bergaji ribu riban.. malah yang bergaji ribu riban itu belum tentu mencukupi sekiranya salah menguruskannya.. 

Pada hari ini, sepatutnya sudah tiada golongan yang merempat dan mengemis..dengan kemajuan negara peluang pekerjaan sentiasa ada dan pintu rezeki sentiasa terbuka luas.. pendatang asing boleh hidup mewah di negara kita..masakan kita warga tempatan hidup merempat di negara sendiri... lakukanlah apa jua pekerjaan yang halal walaupun ganjarannya sedikit....golongan yang mendapat upah seharian dalam lingkungan RM20 sehari pun ada.. tapi masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan. Alhamdulilah...Mungkin ada yang anggap dengan RM20 sehari, apa saja yang boleh di beli?? Namun bersyukurlah, walaupun kecil itulah rezeki.. jangan merungut..rezeki datang dari Allah s.w.t.. siapa tahu esok lusa rezeki akan berganda..yang penting teruskan berusaha.. 

Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. {Istighfar} - sumber : facebook Tanyalah Ustaz



Wednesday, 26 February 2014

MENANG TOP UP RM10. TERIMA KASIH BLOG MISS ANIS dan BLOG MIEYA ATIERA


Assalamualaikum...

Hari ini dah dapat  hadiah berupa topup RM10.00 yang di menangi dari Segmen EXCLUSIVE GIVEAWAY BY MIEYA ATIERA.. yaeayyy dapat topup free..alhamdulilah..

Hadiah Topup RM 10.00 ini merupakan hadiah dari sponser partner segmen GA ini iaitu Miss Anis.. Terima Kasih ya Anis..lain kali jadi sponser lagi yaa.. 

Kebetulan hari ini kredit akan expired..  after office hour ingat nanti nak top up.. tup2 dapat topup percuma petang ni.. alhamdulilah.. 

Terima Kasih kepada Penganjur dan Miss Anis sebagai Sponser Partner yaa.. 

Kepada kawan2 semua..Kalau free nanti jom singgah ke blog Penganjur dan blog sponser ini yaa...

v
v
v
v
v
v

dalam pada itu..blog aku neh masih lagi dalam ke"sengal"lan...






Dari pagi aku post entry ni iaitu jam 11.29 pagi.. tup2 baru 3 minit nie keluar kat feed..

Tension yang amat..

Entry aku yang aku post skg ni tak tahu bila akan update kat feed... tunggu jelah eh..haiyoooo

WW: MUHASABAH DIRI!!






Tuesday, 25 February 2014

CINTA MONYET

Assalamualaikum...

Strees jugak dengan feed yang lambat update neh.. tapi malas nak fikir..dah macam2 cara aku buat.. tetap sama.. post entry pagi..petang baru keluar di feed... kalau tak pun..keesokkan hari baru ada.. sadis tak?? tapi tak mengapalah..malas nak layan..kembali pada tujuan asal berblogging..untuk hilangkan boring.. ada isi dalam otak, luah dalam blog..nak luah kat facebook takut orang boring, asyik aku je yang update status.. status pulak panjang lebar macam cerita 26 episod..hihi..sebab tu bukak akaun blog... segala yang bermain di fikiran diluahkan dalam blog...bila sedih..suka..gembira..tulis dalam blog... itu sahaja niat berblogging.. bukan nak kejar rating ke apa ke... ayat macam pasrah je kan..hehe

Tetiba kali ini nak cerita pasal budak-budak sekolah.. CINTA MONYET...


Hari tu aku ada pusing2 dekat rumah sewa aku dulu.. saja boring, keluar jalan2 sambil beli makanan..kat Bukit Jalil tak ada kedai makan..terpaksa ke Sg. Besi.. dalam perjalanan nak balik tu, aku lalu depan flat aku menyewa dulu.. then ternampak dua orang anak muda tengah dating.. pakai baju sekolah.. aku rasa pasangan kekasih.. ehemm..ehemmm..cinta monyet lah tu.. 

Aku tahu ramai yang pandang serong pada budak-budak sekolah yang bercinta...tapi aku tak salahkan mereka.. sebagai seorang dewasa yang pernah mengalami alam remaja, agak faham jugalah perasaan budak2 sekolah yang bercinta itu..akeke... 

Tidak dinafikan hubungan tersebut banyak buruk dari baiknya...namun, jika hubungan itu berlangsung dengan betul, pandai jaga batasan, tidak mengabaikan pelajaran, hubungan tersebut tidak patut di halang sebab bagi aku perasaan suka kat seseorang adalah fitrah manusia, tambah2 lagi bagi yang baru nak kenal dunia remaja...tapi aku tidaklah menggalakkan pulak yaa... hiii

Tapi satu jelah aku nak pesan pada adik2 yang terlibat dengan cinta monyet neh.. bercinta zaman sekolah memang best.. si pujaan hati di depan mata.. yang jadi risikonya apabila adik2 berpeluang melanjutkan pelajaran di IPT.. mesti masih ramai lagi lelaki ataupun perempuan yang akan adik2 temui yang lagi hebat dari pujaan hati itu.. masa tu mesti ada yang akan frust tertunggeng..hehe... lagi malang kalau salah seorang tak berpeluang untuk sambung pelajaran.. dah ada sedikit perbezaan di situ... bila dah ada perbezaan, depan mata pulak ramai lagi yang boleh dipilih.. cinta monyet akan berakhir begitu jelah.. 

Namun begitu, ada juga cinta monyet kekal sehingga ke jinjang pelamin, sebab tu aku cakap tadi tak boleh nak pandang rendah pada budak2 sekolah yang bercinta neh... walaupun terpaksa berjauhan sebab menyambung pelajaran di IPT yang berasingan, jika kita setia, jujur, sabar, tabah... jodoh itu akan tetap jadi milik kita... 

Cewah, Naniey bercakap macam ada pengalaman yaa... hehehe.. 

Nak kata pengalaman itu tak lah jugak, sebab memang aku kenal En. Suami dari sekolah lagi.. masa di tingkatan 6, kami satu kelas.. tapi kami tak bercinta masa tu.. kami declare lepas tamat STPM.. haa gitu.. walaupun tak alami cinta monyet sendiri, kawan2 ramai yang alaminya.. kebanyakkannya tak kekal pun..  habis tempoh persekolahan, hubungan pon habis macam itu sahaja..hanya 2 3 orang sahaja yang kekal hingga khawin.. alhamdulilah.. 

Teringat pula zaman sekolah dulu, kalau kena tangkap dengan cikgu disiplin tengah dating, terus kena denda..dendanya adalah pasangan kekasih akan disandingkan di dalam dewan sambil disaksikan oleh semua cikgu sekolah..alahai malunya...

Tapi cinta monyet budak sekolah zaman skg membimbangkanlah... terlampau banyak kesan buruk... buat adik2 semua..kalau boleh elakkan lah yaa... jangan terjebak..jangan nak romeo dan juliet sangat zaman sekolah neh..pelajaran dan masa depan lagi penting!!lagipun cinta monyet zaman kita dulu tak ada telefon pintar..tak ada facebook..twitter..instagram.. malah handfon pun tak ada, bergayut tengah2 malam pun guna telefon rumah..cakap tak sampai 10 minit dah kena bebel dekat mak.... jumpa hanya di sekolah sahaja.. tapi zaman sekarang.. dah boleh skype..mms..chatting..whatsapp... dll lagi.. mudah terdedah kepada gelaja yang tidak sihat...