Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 24 July 2014

BEBELAN MENJELANG RAYA

Assalamualaikum....

Dah lama tak menulis.. ada yang rindu tak??akeke... macamlah orang perasan kau ada ke tak ada Naniey heyy...hehe.... Frankly speaking, start awal puasa sampai dah nak akhir2 puasa nie mood nak mengadap blog lari.. ditambah lagi dengan beberapa kejadian yang meruntum jiwa yang telah melanda negara dan dunia dalam bulan puasa nie... makinlah tak ada mood nak ber"online".. semoga kekejaman dapat dihentikan dan segala kekusutan, kekalutan, konflik dapat diselesaikan secepat mungkin. #PRAY4GAZA #PRAY4MH17 #PRAY4SABAH....

InsyaAllah selepas buka puasa malam nanti kami akan bertolak untuk balik kg.. yippeee.... Kg kita tak jauh pun.. PASIR MAS, KELATE je....7 jam perjalanan je kalau traffik biasa... kalau musim perayaan ni tak tau lah..mau cecah 2x kali ganda... pernah berada 14 jam di atas jalan raya pada musim perayaan macam nie.. so untuk elak dari sejarah itu berulang, kami suami isteri bertekad untuk balik awal sedikit.. walhal esok masih kerja.. tapi minta cuti dari bos... dengan harapan jalan raya masih clear... hehe..

Friday, 11 July 2014

NUFFNANG CPUV : Julie's x LINE New Package dan Kastam Malaysia...


Assalamualaikum.....

Alhamdulilah Nuffnang berjoget2 lagi....


Terima kasih yaaa Nuffnang kerana tak henti2 bagi CPUV untuk belog ini... syukur sangat2....

Pada mulanya aku ingat iklan biskut Julie's yang melekat... tapi konfius.. sebab ada LINE sekali.. LINE ini semua dah tahu aplikasi untuk mesej dan berbual percuma kan.. so apa kaitan antara dua brand nie??... aku pun mintalah tolong dengan En. Google untuk kepastian... Rupa2nya dua brand ini membuat usahasama untuk memikat golongan lebih muda... kalau tengok kat kotak biskut julie's.. mesti ada gambar kartun aplikasi LINE yang comel2 yang mampu menarik perhatian golongan muda... untuk keterangan lanjut tentang usahasama..boleh klik http://www.nst.com.my/node/2618.   


TAK UP STATUS DI LAMAN SOSIAL...TAK PRIHATIN KE??

Assalamualaikum.... 

Pejam celik pejam celik hari ini dah masuk hari ke 13 umat islam menjalani ibadah puasa.. cepat masa berlalu sekarang ni...Syukur alhamdulilah sehingga ke hari ini kita mampu menjalani ibadah puasa dengan begitu aman dan tenang. Hari ini juga sudah masuk hari ke-4 penduduk islam di Palestin berada dalam getir apabila menjadi sasaran peluru dan bom yang dilancarkan oleh Israel...  Berpuluh2 umat islam terkorban, (tak mustahil mencapai ratusan sekiranya serangan masih lagi di teruskan)..beratus2 cedera...dan kediaman penduduk musnah... 

Sebagai saudara seagama, tiada apa yang mampu kita lakukan... hanya doa dan sumbangan derma  yang mampu kita semua kirimkan.. semoga segala nasib penduduk yang tidak berdosa terbela dan serangan itu dihentikan segera. 


Friday, 4 July 2014

Yaaa Amoi..Saya Dah Kahwin!!!!

Assalamualaikum....

Selamat Berpuasa kepada semua islam di serata dunia... haaa nampak tak penangan puasa.. langsung tak update entry sejak hari pertama puasa... hehehe.... Selamat Berpuasa kepada semua umat islam over the world... penuh lagi ke puasa anda semua.?? ke ramai yang kena gastrik sekarang ini..hehe...

Pagi tadi pergi kedai untuk binding laporan.. macam biasalah, sambil tunggu amoi bind aku punya report tu..adalah borak2 kosong sikit..takkan nak diam je kan... bila dah siap semua tu adalah short conversation yang boleh buat aku tersengih2 sepanjang jalan menujun ke opis..