Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 24 July 2014

BEBELAN MENJELANG RAYA

Assalamualaikum....

Dah lama tak menulis.. ada yang rindu tak??akeke... macamlah orang perasan kau ada ke tak ada Naniey heyy...hehe.... Frankly speaking, start awal puasa sampai dah nak akhir2 puasa nie mood nak mengadap blog lari.. ditambah lagi dengan beberapa kejadian yang meruntum jiwa yang telah melanda negara dan dunia dalam bulan puasa nie... makinlah tak ada mood nak ber"online".. semoga kekejaman dapat dihentikan dan segala kekusutan, kekalutan, konflik dapat diselesaikan secepat mungkin. #PRAY4GAZA #PRAY4MH17 #PRAY4SABAH....

InsyaAllah selepas buka puasa malam nanti kami akan bertolak untuk balik kg.. yippeee.... Kg kita tak jauh pun.. PASIR MAS, KELATE je....7 jam perjalanan je kalau traffik biasa... kalau musim perayaan ni tak tau lah..mau cecah 2x kali ganda... pernah berada 14 jam di atas jalan raya pada musim perayaan macam nie.. so untuk elak dari sejarah itu berulang, kami suami isteri bertekad untuk balik awal sedikit.. walhal esok masih kerja.. tapi minta cuti dari bos... dengan harapan jalan raya masih clear... hehe..


Seperti tahun2 lain.. cuti raya bos bagi seminggu alhamdulilah... siap dapat extra lagi 1 hari iaitu pada hari jumaat (esok)... awalnya aku apply annual leave untuk hari jumaat ni..tapi bos agak baik hati..dia bagi bonus cuti sehari lagi... akeke... Persiapan raya memang buat ala kadar je.. biskut raya dah aku siapkan dalam 5 jenis untuk dibawa balik kg... cukuplah..kalau agak2 tak cukup..malam nanti raya pergi Wakaf Che Yeh..borong biskut raya... kalau dah jam2 3 pagi biskut raya dah dilelong..so murah..persoalannya siapa yang nak tunggu kat sana sampai 2 3 pagi kan..hehe... 

Alhamdulilah berkat bulan Ramadhan ni..rezeki agak sedikit bertambah.. 2 minggu lepas bos ada panggil masuk bilik dia... terengkan kerja baru yang aku perlu buat lepas raya ni... ingatkan bagi tugasan semata2..tapi siap umumkan lagi gaji naik lagi..alhamdulilah.. keberkatan bulan Ramadhan...

Semalam pula teruja nak cash out nuffnang... tengok jumlah terkini dah 0 kan... memang tak banyak pun..tapi aku malas nak kumpul.. cukup je terus nak cash out..sekarang ni tengah tunggu cek sampai..hehe



Oklah dikesempatan ini, Naniey dan Keluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat kesilapan dan ada pihak yang terasa dengan penulisan aku selama ini... Raya nanti jemput datang rumah yaa.. tak buat open house pun tapi pintu rumah sentiasa terbuka... 

Doakan aku dan suami selamat sampai kampung yaaa.... 


Babaiiii...

5 comments:

  1. Selamat hari raya! Balik kampung elok 2 ye.

    ReplyDelete
  2. p/s
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA TERKASAR BAHASA SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN KITA MESKIPUN DI ALAM MAYA SAHAJA...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat naniey sekeluarga..
    baik betul bos nanie bg cuti lama2..jeles ai..

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin...
    Salam ceria Aidilfitri ikhlas dari saya.. :)

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!