Assalamualaikum....
Dalam kehidupan seharian, kita kadang2 perlu ada sikap mementingkan diri sendiri supaya kehidupan kita lebih aman dan selesa. Memasuki alam pekerjaan menuntut kita untuk berhadapan dengan pelbagai karenah bos, pelanggan dan yang paling penting adalah rakan sekerja. Mempunyai rakan sekerja yang supportive.. berfikiran positif, rajin, kuat bekerja, kurang bergosip dan lain2 memang menjadi idaman semua orang. Namun begitu kalau dah nama manusia, mana ada yang sempurna... Kita bekerja bukan setakat sebulan dua, tapi kalau kena dengan gayanya mestilah nak bertahan lama.
Ada banyak faktor yang boleh membantu kita untuk rasa seronok ditempat kerja seperti bos yang baik, suasana pejabat yang menyeronokkan dan yang paling penting rakan sekerja yang sekepala, barulah tak stress sangat nak bekerja. Tapi ada lima jenis rakan sekerja yang perlu kamu jauhi!
Si Busuk Hati
Haih. Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar.