Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 16 January 2015

JAWI vs Kpop : ANAK MUDA TAK BOLEH DITEGUR!!

Assalamualaikum...

Semakin tua dunia... teknologi semakin canggih...pemikiran makhluk yang digelar manusia pun semakin advance.. 

Menyampah betul dengan sikap SEGELINTIR  rakyat Malaysia yang terlalu pandai sehingga tahap  tak boleh nak di ajar atau di tegur langsung... mengarut...!!! 

1) Penyanyi berpeluk di atas pentas, kononnya fefeling dalam nyanyian
 - bila ditegur, melenting... marah orang yang tegur tu balik.. kononya dalam drama atau filem banyak lagi adegan seperti itu...

2) Wanita (selebriti/ orang awam) berpakaian tak senonoh 
- bila di tegur di katanya golongan ustaz & ustazah segera... tegur orang macam diri tu dah confirm masuk syurga... ohoiii....

3) yang terbaru isu Kpop vs JAWI.. hihi.... memang tengah viral sekarang... so ulasannya panjang sikit... ini sekadar pendapat kita je.. kalo tak setuju tak apa..senyum2 je eh... 

Berhubung dengan kes perlakuan tidak sopan yang berlaku di konsert KPOP tu, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.... bila keluar je statement itu dari JAWI, maka berduyun2 lah keyboard warrior masuk di laman sosial mengeluarkan idea yang "bernas" tentang hal itu... 


"Bila berpeluk bercium dengan artis Kpop Jawi nak siasat.. habis yang isteri orang penting negera memeluk pemain badminton, JAWI taknak siasat ke?? Siap #throwback lagi gambar lama tu...

Aduhaiii rakyat Malaysia... Anda memang terlalu bijak.... 

Memang tidak dinafikan.. kedua2 kes itu adalah HARAM.. kena peluk cium oleh KPOP haram.. peluk pemain badminton pon HARAM.. sebab bukan muhrim.. dah tak payah nak bertelagah lagi pasal ini.. pusing putar belit..itu ini... ianya tetap HARAM.... 

Tapi kalau setiap teguran atau tindakan yang diambil.. akan diungkit atau disamakan dengan perkara yang lain.. bilalah kita nak maju... bila nak berubah.. takkan dia buat macam tu kita nak buat begitu juga... takkan dia buat salah..kita nak ikut buat salah.... 

Nampak tak yang kita sekarang ni dah tak boleh nak di tegur... 

Tak hairanlah kalau sekarang ni murid-murid tak hormat guru... anak-anak tak hormat ibu bapa... 

Cikgu : Aiman, kenapa kamu ponteng sekolah, kenapa tak buat kerja rumah, kenapa hisap rokok, kenapa bergaul dengan orang yang tak senonoh..??? 

Aiman : Cikgu ingat cikgu baik sangat ke??... masa cikgu sekolah dulu , pernah ke cikgu siapkan kerja sekolah, ayah cikgu..adik beradik cikgu tak hisap rokok ke...? sebelum tegur saya baik cikgu tegur orang yang ada talian darah dengan cikgu dulu... satu lagi, cikgu ingat saya tak tahu yang cikgu dulu pernah ditangkap sebab couple di sekolah?? 

salah siapa kalau perkara ini berlaku disekolah... ??

Ayah : Apa nak jadi dengan kau ni Husin, kecil2 lagi dah pandai merokok... rokokkan tak elok..

Husin : Ayah, rokok tak elok untuk semua golongan, bukan untuk budak sekolah je... ayah sendiri pon hisap, kenapa nak larang Husin pulak... 

Kakak : Kau belajar lah pandai-pandai Husin, besar nanti boleh tolong mak ayah.... 

Husin : Alah akak pun setakat SPM je..kerja pon pembantu kedai makan..ada hati nak nasihatkan orang... cermin diri dulu....

Pingggggg pengsan kan kalau situasi seperti di atas terjadi dalam keluarga kita... 

Tapi tak mustahil.. berdasarkan tren sekarang, anak muda memang pantang di tegur.. kalau tegur mula cari kesalahan orang balik...  

Pasal nak siasat isu peluk cium Kpop tu biarlah pihak Jawi jalankan tugas mereka.. jangan kita nak jadi hero persoalkan itu dan ini... mohon diam seketika.. pendam sekejap bakat keyboard worrior anda...

YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK JADIKAN PANDUAN...!!

Sekian..

macam tak habis je apa yang kita nak cerita ni.. ermm takpelah, lain kali kita sambung kalu ada idea..hihi


3 comments:

  1. memang entri kena batang hidung masing2 ni...dasyat zaman sekarang..harap kita tidak tergolong dalam golongan mcam tu..risau amat

    ReplyDelete
  2. manusia., nk puaskan hati semua orng mmg mustahil.,

    yg tua dengan ego nya
    yg muda dengan baran nya
    yg kecik dengan degil nya.,

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!