Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 10 September 2014

TIP JADI IPAR DUAI TERBAIK

Assalamualaikum...

Semalam ada chatting dengan kawan lama.. kawan aku mengadu yang diarimas dengan kakak iparnya yang suka masuk campur dalam urusan keluarga dia, boleh diibaratkan "lebih sudu dari kuah"... kalau dia berbincang sesuatu perkara dengan adik beradik, kakak iparnya suka masuk campur, suka mengeluarkan pendapat sendiri. Lagaknya seolah2 seperti pakar motivasi profesional yang sedang membuat sesi kaunseling kepada pelanggan..hehe..macam dia tu perfect sangat..aku tergelak bila kawan cakap macam tu..nasib baik dalam chatting, so dia tak nampaklah aku tersengih2 ..hehe



Aku memang tak boleh nak tokok tambah lah..sekadar baca apa yang ditaip... aku cuma boleh cakap sabar je..think positif..apa yang baik ambik buat panduan hidup dan kalau apa yang dikatakan tidak boleh diterima, buat2 tak dengar je...kalau masing2 nak bertegas..kan jadi masam muka pulak kan.. aku pun tak boleh nak cakap banyak sebab aku pun ada kakak dan abang ipar... 


Dan kepada kakak-kakak ipar pun janganlah out spoken ataupun lantang sangat.. jangan suka sangat masuk campur urusan keluarga suami.. walau apa yang kita cakap tu betul dan masuk akal..tapi kena fahamlah.. walau macam mana pun kita tetap orang luar..kadang2 dalam urusan keluarga, kita tak perlukan orang lain untuk masuk campur... kena faham di situ... kalau nak cakap jugak.. masuk bilik, bagitau kat suami..nanti suami akan sampaikan kepada adik-beradik lain.. barulah orang tak rasa"kau ni dah kenapa nak lebih2 pulak..family aku kot".

Berikut adalah beberapa tips untuk menjadikan kita ipar duai yang di senangi..

1. Kenali sensitiviti mereka dan jangan sekali-kali menyentuh perkara itu ketika bergaul.

Seseorang memiliki privasi yang sifatnya amat peribadi dan sensitif untuk dikongsi dengan orang lain. Sebagai ahli keluarga yang telah diterima baik, anda mesti banyak belajar dan mengkaji hati budi manusia di sekeliling anda dan suami. Hindari daripada menyentuh sebarang kekurangan dan kelemahan orang yang bergaul dengan anda seperti asal-usul keluarga ipar anda, latarbelakang pendidikan yang tidak tinggi, gaji dan harta benda yang amat sensitif untuk dikongsikan maklumatnya. Rahsia rumahtangga perlulah dijaga dengan baik kecuali isu-isu yang remeh dan tidak mengundang bahaya jika diceritakan.

2. Jangan berlagak hebat dan suka menunjuk-nunjuk.
Fikirlah dahulu sebelum bercakap untuk memastikan tidak akan timbul sebarang kekeruhan di dalam perhubungan dengan ipar-duai anda. Tabiat suka menunjuk-nunjuk ini akan membuka suasana saling berlawan, adu kekuatan, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Apabila sifat bermegah-megah, sombong dan takbur menjadi amalan dalam keluarga, ia boleh menghancurkan persaudaraan, menimbulkan dengki dan dendam yang amat merbahaya seperti kisah anak Nabi Adam AS, Qabil dan Habil..

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam lubang kubur. Janganlah begitu! Kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu. Dan janganlah begitu! Kelak kamu pasti mengetahui. Janganlah begitu! Jika kamu mengetahui dengan yakin, nescaya kamu benar-benar melihat neraka jahim dan sesungguhnya kamu akan benar-benar melihat dengan ainul yakin. Kemudian kamu pasti akan disoal pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di dunia dahulu.” (Surah al-Takathur: Ayat 1-8)

3. Sabar dengan ujian dalam pergaulan. 
Nabi SAW menyatakan dalam hadis yang maksudnya: Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. (Muttafaqun Alaih). Jika kita menghubungkan silaturrahim kerana Allah, hati kita akan bersedia untuk menghadapi kesusahan. Bukankah berkasih mesra dengan ipar-duai itu juga merupakan suatu ibadat? Setiap ibadat pasti akan diuji untuk menentukan markah pahala yang akan anda perolehi. Semakin teruk anda menanggung kesakitan, tentunya semakin banyak pahala yang didapat.

Keutamaan orang yang berkasih sayang kerana Allah SWT menurut sabda Baginda SAW adalah sebagaimana yang tercatat dalam hadis yang bermaksud: ”Tujuh golongan orang yang mendapat naungan pada hari yang tiada naungan selain naungan Allah, (salah satunya) dua orang yang berkasih sayang, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber dari blog Dr.Juanda.com


4 comments:

  1. Bila dah berkeluarga besar ni, banyak aspek nak kena fikir sebelum keluarkan pendapat...bagi saya, berpada2 sudahlah...lain keluarga, lain orang, lain masalah masing2...

    ReplyDelete
  2. nama pun berkahwin. means perhubungan menjadi lbh luas...ada ilmu, jg diri jg kelakuan..

    ReplyDelete
  3. no.1 tu saya pernah alami dan sangat sensitif bila ditimbulkan lagi..sebab saya tak pernah nak menyentuh bab mereka..
    yg penting sabar & diam je sudah..

    ReplyDelete
  4. Hidup ini sentiasa ada masalah.. kata orang, berjumpa senang, tinggal bersama susah.. biasanya ni masyarakat Cina selalu cakap.. translate je :3

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!