sekarang ni mmg tgh hot pasal isu sepasang kekasih yang dikatakan sengaja menghina kesucian bulan ramadhan sekali gus secara tak langsung turut menghina agama islam.
ramai pihak yang tidak berpuas hati..dan inginkan pasangan tersebut dikenakan hukuman setimpal.
belum pon reda dengan isu itu, rakyat malaysia sekali lagi diprovokkan dengan ketidakadilan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Ini berpunca daripada seorang pelajar kelahiran Sabah gagal menampatkan diri ke UM untuk jurusan MEDIK walaupun telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 3.8. (rujuk website Free malaysia today)
disebabkan itu ramailah yang non bumiputera tidak puas hati... cakap sistem pendidikan perlu di ubah. semua pelajar tanpa mengira bangsa diberikan hak yang sama rata untuk menempatkan diri di IPTA.
kebanyakan komen2 pembaca dalam semuanya berunsurkan berkauman... dalam erti kata lain xpuas hati sebab melayu terlampau diberi kelebihan itu. aku pon tak tau nak kata apa....geram..sakit hati... nak marah.. semua bercampur gaul....
maybe yang bagi komen semuanya x baca PERLEMBAGAAN MALAYSIA... dalam perlembagaan Malaysia ada tulis pasal memelihara HAK KEISTIMEWAAN ORG MELAYU so... mmg isu ni xsepatutnya dibangkitkanlah...
ok.. dua kes nie telah berjaya memupuk racism dalam diri aku... rasa menyampah sangat2 dengan golongan yang xtau erti berterima kasih..
Semakin kuat Laungan 1Malaysia oleh PM, semakin menjadi2 pertikaian antara kaum di negera kita nie...
Bangga ya kita cakap kat negara luar yang negara kita neh aman damai dan harmoni walaupon berbilang kaum... bangga melaungkan slogan 1Malaysia di atas pentas semasa upacara menyambut Hari Kemerdekaan... tapi pada pendapat aku, tu semua adalah luaran sahaja.... hakikatnya masih lagi yang tidak dapat menerima kelebihan dan kekurangan kaum lain.
ok dah... isu perkauman memang sensitif..aku malas nak komen banyak..kan xpasal2 kena sumbat lam lokap..akeke
persoalannya sekarang.. adakah semua rakyat malaysia adalah bersifat racist?? dan adakah semuanya berpegang teguh pada Konsep 1Malaysia...
Jawapannya: LU PK lah sendiri........
************masa jalan kaki menuju ke tempat kerja pagi tadi, hujun turun rintik2..tapi aku tak tau lah air bergelora ke tak..akekke... aku jalan tu menyusuri parking JALAN TAR... skg ni tempat tu penuh dengan canopy Bazar lah... lam aku duk jalan tu..tetiba ada amoi nie tegur aku.... "Miss, jom tumpang payong saya, hujan nie........ aku pon balas "eh xpe, saya ada payong tapi sengaja xbukak..sebab ofis dh dekat.... Amoi tu tanya lagi.."ofis kat mana"......."tu kat depan tu aku jawab, Menara City One"... aku jawab........... then dia balas lagi "eh xpelah, jom lah...hujan nie..basah...nanti kasut kotor... aku pon dgn muka malu2 kucing jawab... "haaaahhh..oklah..." dah smpai depan ofis..aku pon cakap Thank You...**********
so pada lepas pada situasi ini aku pon fikir: semalam bukan main lagi aku nyumpah seranah kaum nie kan sebab hina islam.. tapi hari ni kaum ni jugak yang offer aku tumpang payung dia...
so aku confius...so aku buat kesimpulan... walaupun agama sama..bangsa sama... mata sepet pon sama.. tapi sahsiah diri memang xsama... xsemua orang racist... dan tidak semua orang x percaya dengan konsep 1Malaysia.......
TQ.....
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!