Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 13 October 2015

MAKAN-MAKAN DI BOAT NOODLES

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Apa yang istimewanya pon tak tahu lah kita... setiap waktu setiap ketika sentiasa full house.... ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya tunggu giliran untuk menjamu selera...

Kita pon nk lah jugak ber"hipster".. nak try jugak merasa makan atas meja kayu klasik & duduk atas kerusi kayu di tengah2 bandaraya.. kekonon boleh fefeeling makan nasik bawah pokok tepi sawah kat kampung, walhal kamu kini berada dalam hutan batu..akeke

Kita pergi tak jauh pon... Boat Noodle.. di  Times Square je... ini adalah kali ketiga kita terjah sini sejak kewujudan nya di bumi Malaysia... walaupun dah kali ketiga..tapi kali pertama nak cerita kat blog... 


Kali ini kita order 4 mangkuk mee... EMPATT... ya... kuih y mcm kiuh tepung pelita 1 set.. grill chicken beef 1 set.. hah tak tahu nama masakan tu apa sebab semua nama nye bantai nama siam... tak greti kita nak sebut... ^_^


yang paling best semestinya coconut shake... sedapp sangat... harga pon sedap.. 1 gelas yang kita pegang tu reganya rm8.99... kalo kat kampung dah boleh dapat 4 gelas..haha

Makanannya walaupun di serve dalam kuantiti yang kiut miut..tapi kenyangnye yaa ampun... sampai nak gerak pon malas..akeke....

Semuanya best..tapi sadis sikit la, tak boleh nak lepak lama2... kesian tengok orang beratur tunggu giliran nak makan.. so siap je makan..terus kami angkat kaki...pergi kaunter dan bayar.... bukan angkat kaki terus lari..hiii

kesimpulannya : kita bagi 4/5 bintang.. mana 1 lagi bintang hilang....?? 1 bintang hilang sebab kita kena berdiri dan tunggu 15 minit untuk dapat tempat...hiiii...

oklah.. recommended sangat untuk awak2 semua nak mencuba ya...

okbaiiiiii

Friday, 9 October 2015

Tahniah BFF...Barakallahulakuma...

Assalamualaikum....

Raya Haji beberapa minggu lalu telah berlangsungnya penyatuan 2 hati 2 jiwa 2 negeri yang berlainan..dua dialek yang berbeza.. ... majlis yang diadakan dengan penuh kesederhanaan melambangkan keperibadian empunya pengantin itu sendiri... wahh intro kita..kemain eh... 

Entri ini diterbitkan sekadar untuk mengucapkan tahniah kepada BFF kita kerana telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan insan yang dipilih dan terpilih.. tahniah BFF...


ok setakat ini sahaja... Nak tulis lebih2 kang kot glemer lebih dari tuan tanah pulak kan... (^_^)



"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan


babaiiii....!!!!

Monday, 7 September 2015

JEREBU


Negara kini sedang dilanda jerebu akibat daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari ofis kita..hehe
Laporan daripada Astro Awani pada hari ini,

Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 8 pagi ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terlibat ialah Muar, Johor (109), Bandaraya Melaka (106), Bukit Rambai (105) serta Nilai, Negeri Sembilan (104). Bacaan IPU sederhana direkodkan di 26 kawasan manakala 20 kawasan lagi mencatat bacaan IPU baik. Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Seremban (92), Port Dickson (80), Samarahan (85), Kuching (78) dan Sri Aman (64). Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Minggu lepas, sempenan cuti kemerdekaan yang ke-58, kita & suami telah ke Pulau Pinang... saja singgah sana sebelum menuju ke rumah kakak ipar di Perlis. Kita bukan main teruja lagi... ini adalah kali ke-2 kita sampai Pulau Pinang, yang pertama adalah pada tahun 2010..itupun atas urusan kerja.. kalau kerja mana nak sempat jalan-jalan pusing-pusing sangat kan... 

Thursday, 3 September 2015

BERANGAN!!

Assalamualaikum...

lain kali kalau berangan biar jadi jutawan terus.. ni berangan setakat nak dapat gaji 3k sebulan.. sekarang rasalah eh hidup zaman GST dengan gaji 3k..adehhh..!!!!

Masa sekolah dulu, kita sering berangan nak belajar pandai2... dapat masuk U..dapat kerja bagus... masa tu berangan kalau graduate U, kalau kerja gaji mesti dapat 3k... tahun 2000 kalau gaji 3k tu dah banyak tau tak..tambah2 lagi budak sekolah..10 hengget pon dh rasa banyak..hehehe.


ok sambung berangan.... bila kerja..dapat gaji 3k.. separuh dari gaji je nak bagi kat Mak... yang selebihnya untuk kereta dan perbelanjaan harian... wow bestnya berangan.... dah takkan hidup susah lagi... mak ayah pon mesti bangga dan seronok sebab anak2 boleh bantu....

Lepas dah seronok menikmati hidup zaman belajar.. tiba masa untuk cari arah hidup sendiri... ke hulu ke hilir bawak resume... sana sini pergi interview... alhamdulillah setelah mengambil masa yang agak lama... baru dapat kerja sekarang... tapi sekarang ini bukan kerja pertama la..sebelum ni dah buat dua tiga kerja sambilan... 

Alhamdulilah aturan kehidupan yang Allah s.w.t tetapkan berjalan seiring dengan angan2 tu... belajar taklah pandai sangat tapi berjaya jejak kaki ke U... merasa jugak gaya hidup di kampus....  dapat kerja dan gaji macam yang di angankan... tapi..tapi...tapi...

Gaji 3k zaman kita sekolah mampulah hidup mewah gamaknya...masa tu duk di kampung... perbelanjaan di kampung taklah besar sangat sebab tepi rumah ada tanah kosong..boleh tanam sayur, halia, kunyit, cili dll.... jimat kan...  tapi zaman sekarang MAMPU ke??? hidup di bandaraya KL ni... semua kena beli... daun kunyit pon 1 hengget selai tau.. kalau di kampung, mintak je dengan jiran  sebelah rumah, xkena bayar pon..ambik je banyak mana yang nak.....hahahah....

Hakikatnya,  nilai 3k dulu...dan 3k kini teramat jauh bezanya..... kini, gaji 3k ke bawah masih lagi dianggap miskin bandar.... buih-buih berangan  pecah..hilang..ghaib... angan2 tu cuma keindahan waktu kecil yang takkan mungkin dinikmati kini... nak bagi mak separuh dari gaji pon jadi angan2... tapi alhamdulillah dapat jugak sumbangkan 10% dari gaji yang diterima.... 

 Bukan tak bersyukur tapi sekadar bercerita yang dulu pernah berangan2 nak hidup mewah dengan gaji 3k... kalau tahu semakin hari semakin besar perbelanjaan, baik kita berangan nak jadi usahawan yang kaya dan berjaya macam Qu Puteh...Qu Puteh... ni berangan setakat makan gaji je..haha... 

okbaiiiii

Thursday, 14 May 2015

NAK AKTIF BALIK BOLEH TAK??

ASSALAMUALIKUM...
SELAMAT TENGAH HARI... 

Entry terakhir adalah pada bulan Februari.. lamanya menyepi... baru sedar dari mimpi lena!!

so bila dah lama tidur sudah tentu sudah banyak ketinggalan entry yang best dari rakan2.. so sebagai pembuka kata kena tanya khabar kawan2 dulu.....  


dah tu tanya ni pula,


Mood nak menaip  2 3 bulan lepas memang ke laut... langsung tak boleh tengok blog... tengok je blog

 terus rasa rimas... hahaha..boleh??

Bebelan akan menyusur nanti ya....

Babai...