Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 2 September 2016

Friendship Goals!!

Assalamualaikum

Ada betulnya ungkapan - Sahabat Sejati Kekal Abadi...

Bertekak, tidak sependapat, merajuk, dipujuk, terkasar tutur bicara, terasa hati kadang2 mampu mengukuhkan ikatan sebuah persahabatan. Sebarang pertelingkahan tidak mampu menguburkan sebuah ikatan yang sudah terjalin sekian lamanya. Biasalah, manusia tidak pernah lari dari sebarang kesilapan.. dalam persahabatan buat silap itu biasa, tambahan pula shaiton memang benci akan keamanan..makanya ianya sedaya upaya menghasut kita semua untuk bertelingkah antara satu sama lain.. benda kecil akan diperbesarkan... itulah tugasnya.. so kita mesti kuat, mesti tahan dari segala godaannya...!!! huh!!

Panjang dan serius pulak mukadimmahnya.... 
Zaman sekolah kami - form 6 


Siapa kata kita akan lupakan kawan-kawan lama kita bila kita mendapat kawan baru... contohnya, kita akan lupakan kawan sekolah, bila kita habis belajar dan mendapat kawan baru di Universiti.. dan juga akan melupakan kawan semasa dikampus setelah mendapat kawan baru di tempat kerja..

Eh itu bukan kami...


Memang diakui kami jarang sangat berjumpa.. group whatsapp pon kekadang je aktif.. yalah masing2 ada komitmen kerja dan keluarga.. mana nak ada masa nak hadap henfon layan kawan2 24 jam kan... hehe... itu kami semua amat memahami... tapi tak apelah... bab kata omputeh " Together forever, never apart, maybe in distance but never in heart" gituuu...!!!


Cuti hari merdeka 31 ogos yang lalu kami sekali lagi buat perjumpaan BFF kali yang ke berapa entah.. kami cukup bertuah sebab semua BFF kami menetap di sekitar Lembah Klang.. sebab tu senang nak plan program apa2..hiii... tp mesti orang kata..semua menetap di Lembah Klang..tapi jumpa setahun sekali.. BFF apa macamtu... Definisi BFF kami bukan berkepit dan bermesej 24 jam.. tapi hubungan yang berterusan melalui hati kononya.. jauh dimata dekat di hati ..eh??hahaha...


Kami juga bernasib baik sebab dapat suami yang agak sporting dan menyokong persahabatan kami.. tiada seorang pun yang menghalang.. malah dengan berbesar hati turut serta memeriahkan lagi program yang kami aturkan.. akeke!


Betullah orang kata.. asyik orang kata je kan..haha.. persahabatan yang terjalin melebihi 3 tahun akan menjalinkan ikatan yang berkekalan.. alhamdulilah amin..moga ianya berkekalan hingga akhir usia kami.

okbaiiii!!!

1 comment:

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!