Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday 15 January 2016

KERANA TERPAKSA..hilang 10kg

Assalamualaikum....

Kerana Terpaksa... macam tajuk drama kan..tapi cerita yang kita nak bagitahu ini bukan drama.. ianya adalah kenyataan. Sebenarnya dah lama nak bercerita...dari tahun lepas lagi..tapi tahap nak update blog tersangatlah malas sampai tahap infiniti... haha

Ceritanya bulan 4 tahun lepas (2015) kita jumpa doktor pakar sakit puan... asalnya nak cek apa masalah kita..dah bertahun khawin tapi tak ada rezeki nak dapat baby..orang lain yang khawin sama batch dengan kita dah dapat 2 3 orang anak dah.... tp kita belum nampak bayang lagi..tapi tak apalah..sentiasa positif, Allah tak bagi lagi sebab dia tahu tahap kemampuan kita... maybe Dia nak kita betul2 stabil dari semua segi... kewangan, kematangan dalam menyelesaikan masalah dan nak bagi kita honeymoon puas2 dulu..hahaha.... 

Bila dah cek semua, alhamdulilah tiada masalah yang serius, semua ok...tapi hormon tak stabil...  bila hormon tak stabil, telur susah nak matang... punca hormon tak stabil salah satu sebab terlebih berat badan..akekeke.... so gynae keluarkan arahan supaya kita turunkan berat badan dan jangan sesekali ambil makanan bergula/manis. Arahan ini adalah wajib.. bukan sunat...hahaha.... 

Nak kata terlebih berat badan sangat tu tak lah sangat..just cubby sikit je... masa timbang dekat klinik tu berat cecah 75kg dengan ketinggian 163cm... *ok tangan kat mata*... haha.... memang tak nafikan kita memang ada masalah berat badan sejak dari sekolah lagi. Terlebih makan je mesti berat naik.. bayangkan pada umur 14 tahun berat kita dah cecah 50kg... tapi nasib baik kita agak tinggi..so xnampak sangat gemuknya... mulai pada saat tu kita dah start kawal makan..sehari sekali je makan... kiranya diet kita bermula seawal umur 14.. diet bukan nak kurus tapi nak maintain..tak nak naik mendadak...biar sesuai dengan usia.. alhamdulilah hingga belajar di IPTA.. berat masih lagi di bawah 60kg... kalau tak kontrol makan..dah sah2 setahun 10kg naik..hahaha....


Namun begitu, setelah tamat pengajian... berat makin naik.. macam mana tak naik..makan tidur..makan tidur je selama setahun... biasalah penganggur terhormat kan...tu jelah kerjanya... ketika ini berat dah cecah 68kg.... stress memang la sebab baju & seluar dah banyak yang tak muat..haha... Bila dah kawen.. lagilah berat bertambah... cecah 74kg.... walaupun dah kerja....adehhhhh!!!

Itulah sejarah berat badan kita..macam tak malu pulak cerita pasal berat..haha..buat apa nak malu.. dah memang kita jenis yang cepat gemuk..haha... So disebabkan berat yang sedikit lebih itu, gynea nasihatkan saya diet untuk turunkan berat pada tahap yang normal untuk betulkan hormon..

So kawan ofis kenalkan saya dengan diet low carb atau lebih di kenali sebagai Diet Atkin.. tentu ramai yang dah tahu tentang diet ni kan..so malas kita nak terangkan..hiiii... Alhamdulilah, setelah hampir 1 bulan amalkan diet atkin.. berat dah berkurang sebanyak 8kg... dari 74kg - 66kg... kalau betul2 ikut peraturan diet atkin, dalam sebulan ada yang boleh hilang sehingga 20-25kg... tapi kita tak ikut rules betul2..banyak cheat... sebab tu kadar turun kita perlahan. Lepas tu kita terpaksa lupakan diet seketika sebab bulan puasa menjelma.. bagi sesetengah orang, bulan puasalah sesuai untuk diet..tapi tidak bagi kita... kita tak ada tenaga kalau diet masa puasa... so selang sehari kita akan makan nasi sepanjang bulan puasa. Kalau dah makan nasi , dah tak jadi diet atkin dah..hiiiii. Walaupun tak teruskan diet.. berat tetap juga turun sebanyak 2.5kg... dalam bulan puasa boleh turun 2,5kg je??hahaha..orang lain buleh kurang 10kg kot.... hiii biarla orang lain... so total lost setakat bulan puasa tahun lepas 10kg... berat dah jadi 64kg..

Lepas puasa dan raya, memang dah niat nak sambung balik buat diet atkins ni.. tapi jangan mimpilah dapat teruskan dengan mudah... memang susah sangat nak lalui proses induction kembali... sudahnya sampai akhir tahun 2015 tak mula pon atkin.. berat pon dah start naik balik kepada 66kg... kadang2 je saya kawal makan supaya berat tak naik mendadak...

So azam tahun baru ni, nak sambung balik diet atkin.. alhamdulilah hari ini dah masuk hari ke 15 saya buat atkins.. hari tu timbang tapi tak turun banyak sangat pon.. merajuk kot sebab lama sangat ke laut.. hahaha.. so target kita nak capai 58kg sebelum hari lahir kita 13feb nanti..mampu??? hahaha.. tunggu dan lihat jelah...

Terima kasihlah pada doktor gynea kerana nasihatkan saya untuk diet.. kalau tak dari dulu hingga ke sudahnya diet tu bermain di bibir je.. tak pernah nak amalkan.. hiiii.. dengan berat sekarang ni, kita sedikit selesa, tak perlu nak stress setiap kali nak shopping baju & seluar..senang je nak dapat saiz... dan harap2 bila pergi check up dengan gynea, kita punya hormon dah stabil... amin....

Hah panjangnya cerita kita.. kekdahnya kalau dah lama tak menulis..

Akhir sekali nasihat dari saya,
1. sesiapa yang dah kawin more than one year, better pergi jumpa gynea. Mesti ada masalah kat mana2..kita tak tahu kan

2. Diet bukan untuk seksa diri..tapi juga untuk kesihatan dan juga keyakinan diri. Ramai yang kata gemuk tak apa janji suami sayang, Memang tak nafikan, tapi kalau kurus suami bertambah tambah sayang...tak gtu...haaaa...

3. Sebelum diet, perbanyakkan bacaan tentang diet yang diamalkan, silap langkah sia2 je berlapar. Tapi diet atkin bukan diet tahap lapar.. awak semua boleh makan seberapa banyak yang awak semua nak tapi makanan itu mesti lulus atkin...

ok itulah sahaja untuk kali ini... tak tahulah bila pulak boleh menulis macam ni..mood menulis memang swing..hahaha..okbaiiiiiii


Sempat tadi snap gambar dengan officemate yang tengah buat persiapan untuk meraikan hari ponggal di pejabat... Selamat Meraikan Hari Ponggal untuk semua yang merainya..

babaiiiii

6 comments:

  1. Salam hai nanie. Lama xsinggah. Kita same lah nanie. Tasha dlu pon buat atkins tp xdisplin sbb xleh amik karbo lngsung. Tp start last week tasha try diet low carbo. Means tsha amik roti sehari 2kepi g je. Nasi xmkn. Yg lain ikot atkins. Cume roti mst nak maintain je. Bukan ape sbb selalu mkn nasi kan terkejut perut tetiba xamk karbo langsung. Hehehe. Pape pon gud luck k nanie. Inshallah smg dpermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii tasha....good luck utk tasha jugakk.... buat atkins kena kuat semangat..xkuat cheat jela keje nye..akekeke

      Delete
  2. Tahniah sis.. semoga berjaya.. ;)

    ReplyDelete
  3. semoga tcapai berat yg diidamkan tu

    ReplyDelete

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!