Assalamualaikum~~~
Umur 25 dah nak kawen???
Eh ada duit ke??
Bakal suami kerja apa??
Dah ada rumah ker???kereta??simpanan??
Dah kawen nanti nak stay kat mana??? xde rumah xkan nak stay dengan in law...???
Habis usia remaja awak macam mana??mesti dah xboleh enjoy...
mampu ke nak sara family.. muda lagi kot...
~~~~~~~~~~~haaa apa lagi ek persoalan yang sering di ajukan kepada individu yang bakal tamatkan zaman bujung dalam usia muda... ???nampaknya orang semua curios bila dgr sahabat kita nak kawen..xkira bangsa dan agama... mesti persoalan sama yang terpacul dimulut2..haiyooo...
Kenapa tetiba aku buat entry pasal kawen muda neh..bukan ke aku dah kawen ke... akekeke...
Aku ada seorang kawan lah... dia kawen awal..eh xde lah awal sangat dalam 25 tahun... suami dia pun sama baya dengan dia... masing2 baru setahun graduate... so bila baru graduate faham2 lah yaa..mana nak stabil sangat kewangannya.. so lepas kawen dia stay dengan famili suami dia... sebab 1 dekat dengan tempat kerja n satu lagi costing untuk menyewa membataskan dia dan suami untuk menyewa... tapi tak de hal lah kan..sebab suami dia adik beradik tak ramai.. anak bongsu pulak tu.. rumah banglo..besar...banyak ruang...bukan rumah flat pon... memang dia ok je stay with in law family...
yang dia stress nya bila kawan2 tempat kerja asyik duk persoal..ok ke tinggal dengan mertua??... then siap duk perli2 lagi..."haaaa kawen awal sgt, kang dah nyusahkan mak bapak..." rumah xde pon nak kawen..." kawen awal, then suruh mak bapak tanggung"... haiyooooo aku pening dan sakit hati bila hari2 kawan aku tu duk ngadu pasal opismate dia banyak duk mengata dia... walhal dia n husband ok je... kedua-duanya ada income sendiri...xmengharap duit mak bapak pon...
haaaa ini baru satu kes aku dgr... banyak lagi kes2 yang kawan2 duk cerita pasal kawen awal neh... so bagi aku, aku malas nak burukkan keadaan..just bagi nasihat dan anggap itu sebagai dugaan dalam perkahwinan..
Ok..pendapat aku nie khas bagi yang seagama dan sebangsa dengan aku je yaaa... lain agama/bangsa..lain pula budaya dan pegangan...
KAHWIN AWAL TUNTUTAN AGAMA
Bagi agama islam..berkahwin awal adalah tuntutan agama sekirannya sudah cukup syarat zahir dan batin....kalau agama lain aku xtahu lah...nak tunggu ada rumah sendiri ....haa memang jadi anak dara tua lah kau..xpon jadi bujang terlajak bagi lelaki..umur 40 tak kawen lagi sebab nak xmampu nak beli rumah lagi... ceh!! ingat kalau gaji 3k boleh lulus ke buat loan rumah untuk landed house?? ingat landed house sekarang rega 30k ker??? kalau mak bapak ko kaya raya xpelah..boleh mintak sponser...tapi see...bergantung pada mak bapak jugak kan....!!!lain lah kalau ko xkerja...xde pendapatan tetap..haa tu memang kena pk panjang lah nk kawen gak... dah kawen nanti kau nak bagi anak perempuan orang makan apa kan... Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti...
KAHWIN AWAL MENGELAK MAKSIAT...
Dalam islam..berzina ataupun menghampiri zina adalah satu dosa besar... nak elak daripada dosa besar...kawin kan jelah... kalau agama lain aku xtahulah macam mana.. kebanyakkan mak bapak yang beragama islam dan berbangsa melayu tak galakkan anak2 mereka menjalinkan hubungan ataupun bercinta..sebab bimbang akan berlakunya maksiat.. bukan xboleh bercinta tapi xdigalakkan..FAHAM... sebab tu kalau anak dah dapat kerja..asalkan boleh tanggung makan pakai isteri dan anak2...terus jer suruh kawen... xkira lah anak tu dah ada rumah ke tak...duit simpanan berapa K ada.. dah xkiralah..yang penting anak mereka x terlibat dengan maksiat...ok faham...
Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengah 29 tahun. Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja dapat mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
ni je yang aku nak ulas dan banyak lagi manfaat kawen awal seperti cepat matang dalam membuat keputusan...belajar bertanggungjawab.. plan jangka panjang..maknanya kalau kawen awal..dapat lah anak awal..thenbila kita dah bersara..anak2 pon dah start kerja..xdelah kita dah bersara anak pulak masih lagi blajar..haaa mana nak korek duit..kehkeh!!!
haaaa ini pendapat aku jelah eh... lain orang lain pandangan..so jangan nak kondem2 k..hihi
babai...
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!