Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 18 August 2013

Sempurna Raya kita... sempurnakah raya mereka???

Assalamualaikum wbt!!!

17 Ogos 2013 bersamaan 10 Syawal 1434H...  


Supposedly entry ni di post sebelum raya lagi..tapi tahap kemalasan tu tinggi sangat nak menulis pada waktu itu.. so sekarang ni baru buat entry khas untuk hari raya neh..akekeke...

Pada hari ini genap sudah 10 hari kita..umat islam di Malaysia dan di seluruh dunia menyambut Hari Raya aidilfitri bagi meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Masih lagi mempunyai kesempatan kepada saya untuk mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri kepada Suami, Mohd Azmi Bin Abdul Manaf.. kedua ibu bapa saya.. Mohd Noor Bin Hassan + Ramlah Binti Ismail... semua ahli keluarga..adik beradik seramai 7.. anak2 saudara... keluarga sebelah mertua..ipai duai.. saudara mara..sepupu sepapat dan untuk kawan-kawan saya dan semua umat islam di seluruh dunia yang menyambut hari yang mulia ini... Maaf zahir dan batin sekiranya terlanjur bicara..terkasar bahasa.. 


Syukur alhamdulilah, dengan izinNya, saya dan keluarga dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana yang meriah tetapi lebih bersederhana tanpa adanya sebarang nusibah yang tidak diingini....Alhamdulilah dengan nikmat-Mu ini ya Allah...

Islam memang menggalakkan sambutan aidilfitri di sambut secara bersederhana bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran, keangkuhan, riak dan maksiat!!
Menyentuh soal sambutan hari raya ini.. nasib dan takdir umat islam di muka bumi ini tidaklah sama.. ada yang mampu menyambutnya dengan penuh kemeriahan..suka dan tawa.. berkumpulnya sanak saudara di rumah amat menyeronokkan sehingga kadang-kadang terlupa pada insan yang tidak bernasib baik... astagrafirullah Al Azim... 

Yaaaa.. tidak semua insan yang bernasib baik yang mampu menyambut Aidilfitri dengan sempurna... kesempitan hidup mendorong golongan yang miskin melupakan keseronokkan berhari raya.. tanpa baju baru.. rumah yang sempurna.. ,menjadikan Hari Raya bagi golngan ini adalah seperti hari-hari biasa sahaja.. yang mungkin berbeza adalah melaksanakan perkara2 sunat sepanjang bulan Ramadhan dan Bulan Syawal.. biar miskin luaran tapi jangan miskin iman di dada..!!! 

Bagaimana pula dengan nasib anak-anak yatim.. anak2 yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua2nya sekali... dan yang lebih malang apabila terpaksa menyambut Hari Raya di Rumah Anak-Anak Yatim??tidak dinafikan rezeki di rumah anak-anak yatim sentiasa ada.. sentiasa ada syarikat2 korporat ataupun dari individu persendirian menymbangkan sumbangan seperti baju raya..kuih muih... duit raya... namun sumbangan sebegitu tidak mampu menandingi kasih sayang dari ibu bapa yang melahirkan mereka.. melihat rakan sebaya menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing2.. sudah pasti menghadirkan kesedihan kepada mereka pada ahri raya ini.

Ada juga Aidilfitri di sambut dengan linangan air mata   bagi keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga disebabkan ooleh beberapa musibah seperti kemalangan jalan raya.. Yaaa..kemalangan jalan raya pada musim perayaan memang kerap berlaku.. pelbagai faktor yang mendorong kepada malapetaka itu..namun seberapa banyak huraian sekalipun... titik noktahnya adalah sudah Ketentuan Illahi..dariNya kita datang..dan KepadaNya kita kembali... setelah kehilangan ahli keluraga, adakah sempurna raya mereka??

Sambutan Hari Raya di Malaysia tetap meriah walaupun kes2 jenayah semakin menjadi2 di saat umat islam menyambut Aidilfitri... kes tembak yang semakin menjadi2 dan sudah berada di tahap yang membimbangkan.. simbahan asid.. perculikkan kanak2.. letupan bom... ini adalah kes yang semakin berleluasa sekarang... bagi anggota keluarga yang terlibat dengan kes2 ini.. sempurnakah raya mereka?? tepuk dada tanya akal...!!

Malaysia masih aman..tetap dapat menyambut Aidilfitri dengan meriah walapun kes jenayah semakin meningkat... 

Renungkan pula bagaimana sambutan Aidilfitri di negara2 islam yang sedang bergolak seperti Pelastin, Lubnan dan yang paling menyayat hati pada hari ini adalah kes keganasan di Mesir. adakah sempurna Ramadhan dan Syawal ummat islam di Mesir.. sehingga hari ini sudah beribu2 nyawa umat islam melayang dek kerana ketiadaan sifat perikemanusiaan... 

Memandangkan Alla swt telah menetapkan nasib kita tidak sama.. maka perlulah sifat bersederhana dalam menyambut Aidilfitri agar kita sentiasa mengingati golongan yang kurang bernasib baik. Islam itu Indah sekiranya mengikut landasan yang betul. 

Kepada seluruh umat islam di muka bumi ini.. lets pray for Mesir.. Doakan semoga Mesir dan seluruh umat islam bebas dari pemerintahan yang kejam... dan penindasan dari negara2 besar. 

Sekiana kasih..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.. pray for Mesir!!



  


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!