Jika mahu menikmati hidangan ala-ala steamboat yang diusahakan oleh pemilik Melayu bolehlah berkunjung ke FOOD VILLAGE RESTAURANT di KG BAUNG JLN PENGKALAN CHEPA. Pernah dengar makanan Chim Chum Kalau anda pernah makan steamboat mungkin anda akan anggap ini adalah makanan yang sama. Tapi menurut pemilik restoran ini ia sama dengan steamboat tapi tak serupa.
Menurut beliau juga Chim Chum ni sukar untuk dijumpai di Malaysia kerana ia merupakan menu dari Thailand. Namun konsepnya sama dengan steamboat.Anda hanya perlu masak sendiri diatas dapur yang disediakan. Anda boleh bakar dan rebus daging ayam sotong isi ketam fishball kulat sayur-sayuran dan lain-lain yang telah dipotong halus. Kemudian cecah dengan sos manis atau pedas. Hidangan yang disediakan adalah secara bufet. Makanlah selagi anda termampu dengan hanya mengenakan harga yang amat berpatutan.
Kepada sesiapa yang tercari2 tempat makan yang best di Kelantan, memang aku cadangkan restoren nie.. boleh bawa seisi keluarga..meriah sangat kalau dapat makan ramai2..
Tapi sebelum datang tu sila buat tempahan dulu..sebab tempat ni selalu penuh.. kalau nak "walk away" pon boleh tapi pastikan datang awal..
Pelbagai makan laut yang disediakan seperti isi ketam, udang, sotong, sosej, fishball//meatball.. ada juga ayam dan daging yang telah diperap,.. makanan lain yang disediakan adalah seperti laksa..bihun sup//somtam..ABC.. nasi goreng dan lain -lain.. makanlah sampai kenyang yaa...
Bayaran yang dikenakan setiap seorang kalau tak silap aku dalam RM 22.00 dan boleh makan apa sahaja sehingga lebam.. dinasihatkan sebelum datang sini pastikan perut anda semua kosong yaaa.. baru berbaloi2..kalau dah makan sebelum datang sini..anda mungkin dapat makan sikit dan rugi dengan bayaran yang anda bayar..makan banyak ke..makan sikit ke..bayaran tetap sama.. tak ada diskaun yaa..hehe..
Oklah itu sahaja untuk kali ini... babai...
wah jauh nak gi ni..nway sellau makan steamboat kat one utama..sedap..kira oklah!!!
ReplyDeletehehehe..naniey memang asal sana raudah...xlah terasa jauhnya..akeke
DeleteWow bestnya.. seronok & sungguh menyelerakan.. :)
ReplyDeleteWaa, best kalau dapat makan ramai2 camni... ^__^
ReplyDeleteSedapnya.RM22 untk sekepala ke ??murahhnyee
ReplyDeleteorg sane kat Klantan anggap mahal ke rm22 tu...
Deletehello.. awk igt org kelantan sesak sgt ke?? rm22 tu kira murah ok!! tiap2 hari mkn pn blh la..
ReplyDeletehello.. awk igt org kelantan miskin sgt ke?? rm22 murah je, hari2 mkn pn xterasa.. ok!!
ReplyDeletehii sis.sabar ya sis..saya pon ore klate sis... mahal ke murah terpulang pada individu... bukan kat kelantan je... semua tempat macam tu..xsemua orang di Malaysia ni kaya raya & mampu... tq sis tinggalkan komen..
ReplyDeleteasal puas hati.. mahal murah belakang kira..
ReplyDelete