Assalamualaikum...
Abaikan entry aku yang tak ter'pulish' di feed itu.. yang penting aku tetap nak menulis..tidak dinafikan rating viewer merosot..yalah..orang tak sedar pun kewujudan entry terbaru aku..waaa sedih.. kejam..kejam!!!
Matang seiring usia..haaa itu tajuk entry pada hari ini.. post pagi ni..tak tahu bila akan publish di feed.. ok banyak bersabar ya Naniey... entry kali ini bukan nak tujukan pada sesiapa..sekadar peringatan untuk diri sendiri...luahan hati..luahan rasa..luahan akal yang berfikir waras..luahan mata yang dah semak dengan perkara itu..eh??
Siapa setuju bila aku cakap laman sosial bukan sahaja menyatukan dan mengukuhkan ikatan silaturrahim..malah boleh juga memutuskan sebarang bentuk perhubungan yang telah terjalin... tidak kiralah hubungan kekeluargaan ke..persahabatan ke... percintaan ke... persaudaraan ke?? semua berisiko untuk menjadi putus..renggang.. hambar... tawar dengan meluasnya penggunaan laman sosial ini...
Perkara yang dianggap tidak matang yang sering ditonjolkan di laman sosial adalah:-
UNFRIEND KAWAN BAIK
Sebelum ni aku dah pernah buat entry tentang seorang kawan yang unfriend aku lat facebook sebab tangan aku neh ter"leser" dalam menaip.. dia terasa hati dan terus unfriend.. tapi tak apalah.. aku tak kisah pun.. BACA SINI.. diakui memang salah aku.. niat nak bergurau ataupun meleser dengan kawan tapi dia ambil perkara itu serius... .aku anggap dia tidak matang bila hal macam nie pun boleh ambik keputusan untuk unfriend.. secara tak langsung persahabatan baik dari bangku sekolah terputus....walaupun usia sama dengan aku... tapi tahap pemikiran agak singkat..sorry!!
UPDATES STATUS LEPAS GERAM, MAKI HAMUN
Masa mula-mula berkenalan dengan laman sosial seperti facebook, friendster...tidak dinafikan aku memang outspoken..kalau ada yang aku tak puas hati..akan ter"up" lah status geram... tapi tak adalah melampau sampai keluar semua binatang nama dalam zoo...
"Kau ingat kau tu bagus sangat ke?? Cuba buat sendirilah dah bagus sangat
"memang padanlah muka kau.. siapa suruh cari pasal dengan aku"
"Aku neh dah banyak sabar dengan kau..jangan uji kesabaran aku..blah ah kau"
Kalaulah orang yang dimaksudkan terbaca status ini..tidak ke keadaan akan menjadi semakin tegang.. tambah lagi bila pihak sana buat serang balas kat. tak matang kan... kalau budak sekolah tak apalah ni umur dah nak masuk 30 series!!
JAJA KISAH RUMAH TANGGA/ FAMILY
Umpama buka pekung di dada sendiri... seburuk mana pun tingkah laku orang itu.. bila ceritakan perkara yang boleh mengaibkan dirinya..secara tak langsung boleh mengaibkan diri sendiri.. sebab kita ahli keluarga mereka.
"nama je suami, tapi tak pernah fikir tanggungjawab"
"ada suami ke..tak ada suami ke..aku tetap boleh hidup..ada laki pon bukan boleh harap"
" ada suami pon menyusahkan je..asyik pinjam duit je..kerja malas"
" begini ke sikap mak saudara yang patut aku hormat..mulut tu jaga sikit..tak perlu nak ambik tahu hal aku, mak bapak aku pun tak kisah..kau jangan sibuk..jaga je anak menantu kau... "
kesiankan dengan orang yang macam nie.. langsung tak matang.. selain menjatuhkan air muka orang yang terdekat dengan dia.. secara tak langsung orang lain yang tak tahu pasal masalah rumah tangga, orang boleh tahu... peringatan untuk diri sendiri..mohon aku jangan sesekali terlintas untuk buat macam nie..
BANGGA CERITA KEKURANGAN DIRI
"memandangkan aku tak terror dan tak rajin masak..hari2 ajak suami makan luar.. suami redha je.."
Bangganya beritahu semua orang yang suami dia selalu makan kat luar sebab dia tak tahu masak dan malas nak masak.. setahun dua kahwin rasanya tak ada apa2 lagi..tapi bila dah makan tahun sikit akan ada isu lain.. Masa tu dah tak ada dah kebanggaan tehadap tak reti memasak tu...
itu jelah buat masa sekarang ni... kalau ada lagi yang kawan2 semua rasa tindakan sesetengah orang yang menanpakkan tak matang di laman sosial..boleh share yaa...
assalamualaikum naniey....betul tu sokong...;)
ReplyDeletesepatutnya da semakin berusia dan dah berkahwin semakin matang..
ReplyDeletebaru sy perasan kat bloglist sy memang blog awk pun tak update..hehe..tapi takpe, semoga dpt penyelesaian nanti..
ReplyDeletesaya setuju dengan apa yang awak cakap..kadang2 media social punya pasal orang yang tua bangka pun boleh jadi perangai macam budak2..hehehe
Regards,
-Strider-
kena jaga tingkah laku di laman sosial :)
ReplyDeleteBetul jugak naniey..macam-macam boleh jadi kat laman sosial ni..kena selalu ingat, walaupun orang tak nampak kita buat apa atau tulis apa, Tuhan nampak..lagipun cerita yang too personal ni mengaibkan orang lain..tanpa sedar dah cari musuh dan tambah dosa.kan..harap-harap kita bukan macam tu..
ReplyDeletebyk jer jumpa status gini kat fb... hmmm... sbb tu kalo sy nk update pun dok pikir byk2 kali.. risau lah status kite ni buat org menyampah pulak..
ReplyDelete