Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 8 December 2015

Kerepek Jejari Ketam by NanieyJemiey...!!!

Assalamualaikum..

Cuti minggu lepas, ada sedikit  sisa kerajinan dalam diri, maka terhasillah kerepek jejari ketam.. sedap sangat..sebelum ini pernah beli dengan kawan, tapi tak puas makan... nak beli banyak rasa mahal...musim semua benda naik, tiada yang turun kecuali hujan ni, kena pandai berjimat2.. maka rajin2 jelah buat sendiri..bukan susah pon... tapi kalau tahap malas tu tinggi sangat dan bajet pun terlebih order je dekat IG, ramai yang jual...


Bagi yang nak berjimat macam kita neh..cuba buat sendiri je..lagi puas hati.. boleh makan banyak2 sampai muak..tapi hingga kini xpernah muak lagi ya.. hiii...

meh sini nak share resepi kerepek jejari ketam. 

Monday 30 November 2015

PEPERIKSAAN SPA PEGAWAI TADBIR (NEGERI KELANTAN) N41

Assalamualaikum...

Alhamdulilah minggu lepas berjaya menjawab peperiksaan online SPA untuk jawatan Pegawai Tadbir Negeri (Pengambilan bagi Negeri Kelantan) dengan jayanya.. betul ke tak..lulus ke tak..malas nak fikir..yang penting dapat jawab semua soalan tanpa sebarang masalah walaupun kekadang server down dan PC hang..ish ish... sejam sebelum exam tu dah berdebar, bimbang kot sistem jem.. berdasarkan pengalaman kawan2 yang lepas, ramai yang sangkut sebab langsung tak dapat masuk sistem...duk loading je sampai habis exam.. so bila kita dapat jawab semua soalan dah kira syukur sesangat kan... alhamdulilah.. berjaya ke tak ke step seterusnya tu tak payah nak fikir lagi.

Seminggu sebelum peperiksaan tu, kita adalah buat ulangkaji sikit tentang isu semasa..dasar2 negara,..macam2 lagilah yang berkaitan dengan negara. Tapi sedikit kecewa bila tak jumpa perkongsian pengalaman blogger lain yang pernah ambil ujian PTN. Puas google tapi tak ada, yang ada kebanyakkannya pengalaman menjawab exam PTD.. lain tau exam PTN dan PTD.. Nak tahu jugakan bentuk soalan yang keluar tu.. tapi haremmm tak ku temui..hihi... so bila tak jumpa tu, buat pandai2 sendirilah.. dah nama lagi exam SPA, berdasarkan pengalaman exam SPA yang lepas,  so kita assume mesti banyak soalan tentang kenegaraan kan, isu berlaku dalam negara kini, dasar2 yang ditubuhkan,.. politik, ekonomi, sosial, GST, TPPA, DEB, NKRA, MKRA, NBOS semua ada..  2 3 hari duk google pasal ni je... langsung tak jenguk sejarah negeri.

Monday 23 November 2015

Telur Kuning Kembar (double york)


Assalamualaikum...

Kalau pisang berkembar memang selalu jumpa. Mak dulu2 siap tak bagi makan lagi pisang tu. Tak tahulah kita apa sebabnya tak bagi makan. Kita pulak tak terlintas pula nak bertanya pada masa itu.. tengok sekarang dah sesat.. hehe... 

Ok taknak cerita pasal pisang, kita nak cerita pasal telur kuning kembar. Pertama kali dalam sejarah hidup kita terjumpa telur kuning ada dua dalam satu cengkerang. Bagi pembuat kek & biskut mesti dah biasa jumpa kan..sebab hari2 main dengan telur.. tapi kita ini pertama kali jumpa, sebab tu bersemangat bercerita di facebook.

 Dah bertahun2 beli telur satu sangkak tak pernah pun jumpa, tapi kali ini jumpa, bukan sebijik tau..hampir 5 bijik telur yang bila dipecahkan keluar 2 kuning telur.. teruja eh... dah tu semangat nak pecahkan lagi telur, mana tau kot2 boleh jumpa lagi..hihi... 

Gambar tak sempat nak ambil so terpaksa curi kat google. terima kasih pakcik google.

macam ni lah telur kembar yang kita jumpa.. kagum kan dengan ciptaanNya.

Cuba juga cari dalam google kenapa telur kuning boleh jadi ada dua tapi tak jumpa yang betul2 kita faham.. so sesiapa yang tahu dan faham boleh tolong jelaskan pada kita ya.. 

Kita juga cuba google kesan jika termakan telur kembar ni, tapi tak jumpa juga.. yang banyak jumpa mitos akan lahirkan anak kembar.. erkk...!!! alhamdulilah la kalau kembar.. mesti comel..hekss!!

oklah, kalau dapat info tentang telur kembar ni kita kongsikan lagi ya.. sekarang ni tak sempat nak buat research.. kebizian sikit..hehe...okbaiiii

Friday 13 November 2015

5 jam ke Temerloh dari Kuala Lumpur!!


Assalamualaikum..

Itulah kesannya bila satu-satunya highway yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pantai timur di timpa bencana. Kita terpaksa lalu jalan jauh untuk hadiri mesyuarat petang nanti di Temerloh, Pahang... laluan altenatif yang di gunakan adalah Kuala Lumpur - Seremban - Kuala Pilah - Karak - Temerloh. Kalau ikut lebuhraya LPT 1 ambil masa dalam 2 hingga 3 jam sahaja.. tapi bila guna jalan alternatif, masa perjalanan drag sehingga 5 jam... tambah 2 jam lagi boleh sampai Pasir Mas - jumpa mak ayah..hihi

Semalam kawan ada juga bagi cadangan guna jalan altenatif dari Kubu Bharu - Bukit Fraser - Karak.. tapi pagi ni cek info katanya jalan tersebut jem teruk. Ramai sangat yang guna jalan tersebut termasuk lori- lori balak. Sebab banyak lorilah jalan makin bertambah sesak...

Tak mengapalah guna jalan mana pun, yang penting selamat sampai dan selamat balik KL.

Malas nak fikir apa punca kejadian, macam mana penyelesaian, sebab Malaysia sudah mempunyai rakyat yang bijak pandai, yang mampu menganalisa dari pelbagai aspek, dari Menteri hingga ke Kuli..

Oklah, doakan kita selamat sampai KL ya petang nanti.. kbaiiiiii...


Wednesday 21 October 2015

Mature sikit boleh tak??

Teruknya jerebu yang menyerang negara kita sekarang... nak keluar rumah pun malas...bau asap, mata pedih, hidung pedih... tapi terpaksa juga keluar sebab bekerja.. kalau isytihar darurat kan best..tayah keluar rumah..tayah datang kerja... hah..thats point "tayah datang kerja".. walhal kalau bukan sebab jerebu pun memang selalu malas nak datang kerja pun kan... 

okesh entry ini tak nak cerita berkenaan dengan jerebu yang sedang menawan seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.. tapi berkenaan dengan SIKAP.. yaaa sikap kita..sikap anda..sikap saya... !! kekadang kita tak sedar bahawa sikap kita ni terlalu baik.....terlalu ego..terlalu pemurah..terlalu menjengkelkan... dan ter ...terr.. ..haaa banyak terrrr... kita memang takkan sedar selagi orang sekeliling tak menyedarkan kita.....

Alam pekerjaan memang saling memerlukan antara satu sama lain... suka atau tak suka, kita kena berkerja dalam pasukan. So bila bekerja berpasukan kenalah jaga sikap... tolong matang dan profesional, jaga air muka orang.. jangan nak ikut sedap sendiri .. bila kena tegur sentap.. tak mau bercakap..tarik muka masam.. adehhh dah tua dah kan..jangan buat perangai bebudak... Lain lah kalau dekat syarikat awak tu, awak seorang sahaja staffnya.. terpulanglan nak jadi apapun.. jadi hantu ataupun buaya. (eh eh...macam lirik lagu) Ni tak, nak juga tunjuk perangai angin kus kus... nak tegur orang ikut mood... kalau macam tu peel perangainya, macam mana nak duduk semeja nak bincang pasal kerja... rakan kerja lain pun tak selesa... 

oklah, sesiapa kawan blogger ada tips untuk hadapi spesis rakan sekerja yang ada sikap seperti di atas, sila tinggal tip di rauangan komen ya.. nanti boleh amalkan.. tak seronoklah kerja 1 team tapi tak nak bercakap.. sentap tanpa sebab... kita ni bukannya jenis yang suka pujuk memujuk ni... dah awak tak nak cakap dengan kita...kita buat tak tahu jelah..sebab kita memang tahu kita tak salah dan kita tak buat apa2... kalau kita salah, kita akan mintak maaf... lagipun angin kus-kus awak bukan dengan kita je..tapi dengan semua orang awak buat macam tu... haihhh... 

kita tak tahu nak cerita kat siapa, kang bercerita dekat kawan sebelah kan kot dikatanya batu api ataupun dicop mengumpat, yalah takkan nak bercakap pasal rakan sekerja sendiri kan..paling kurang ayat ni je yang keluar "eh si minah tu dah kenapa pulak?"lepas tu masing2 pandang sesama sendiri..then wat hal masing2.. .. so kita ceritalah dekat blog kita...kiranya sebagai luahan perasaan jelah..tak ada niat nak cakap buruk pasai sikap orang..akekeke...

oklah, kita belanja sekeping gambar selfie kat sini... dah lama rasanya tak campak muka sendiri... gambar memang tiada kena mengena dengan cerita di atas..sekadar hiasan sahaja..hihihi


okbaiiiii


Wordless Wednesday.. !!!

Tuesday 13 October 2015

MAKAN-MAKAN DI BOAT NOODLES

Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai kafe hipster kini menjadi trend dikalangan warga kota. Apa yang istimewanya pon tak tahu lah kita... setiap waktu setiap ketika sentiasa full house.... ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya tunggu giliran untuk menjamu selera...

Kita pon nk lah jugak ber"hipster".. nak try jugak merasa makan atas meja kayu klasik & duduk atas kerusi kayu di tengah2 bandaraya.. kekonon boleh fefeeling makan nasik bawah pokok tepi sawah kat kampung, walhal kamu kini berada dalam hutan batu..akeke

Kita pergi tak jauh pon... Boat Noodle.. di  Times Square je... ini adalah kali ketiga kita terjah sini sejak kewujudan nya di bumi Malaysia... walaupun dah kali ketiga..tapi kali pertama nak cerita kat blog... 


Kali ini kita order 4 mangkuk mee... EMPATT... ya... kuih y mcm kiuh tepung pelita 1 set.. grill chicken beef 1 set.. hah tak tahu nama masakan tu apa sebab semua nama nye bantai nama siam... tak greti kita nak sebut... ^_^


yang paling best semestinya coconut shake... sedapp sangat... harga pon sedap.. 1 gelas yang kita pegang tu reganya rm8.99... kalo kat kampung dah boleh dapat 4 gelas..haha

Makanannya walaupun di serve dalam kuantiti yang kiut miut..tapi kenyangnye yaa ampun... sampai nak gerak pon malas..akeke....

Semuanya best..tapi sadis sikit la, tak boleh nak lepak lama2... kesian tengok orang beratur tunggu giliran nak makan.. so siap je makan..terus kami angkat kaki...pergi kaunter dan bayar.... bukan angkat kaki terus lari..hiii

kesimpulannya : kita bagi 4/5 bintang.. mana 1 lagi bintang hilang....?? 1 bintang hilang sebab kita kena berdiri dan tunggu 15 minit untuk dapat tempat...hiiii...

oklah.. recommended sangat untuk awak2 semua nak mencuba ya...

okbaiiiiii

Friday 9 October 2015

Tahniah BFF...Barakallahulakuma...

Assalamualaikum....

Raya Haji beberapa minggu lalu telah berlangsungnya penyatuan 2 hati 2 jiwa 2 negeri yang berlainan..dua dialek yang berbeza.. ... majlis yang diadakan dengan penuh kesederhanaan melambangkan keperibadian empunya pengantin itu sendiri... wahh intro kita..kemain eh... 

Entri ini diterbitkan sekadar untuk mengucapkan tahniah kepada BFF kita kerana telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan insan yang dipilih dan terpilih.. tahniah BFF...


ok setakat ini sahaja... Nak tulis lebih2 kang kot glemer lebih dari tuan tanah pulak kan... (^_^)



"Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma

Wa jamaah baina kuma fee khair."

Mudah²an ALLAH memberkatkan bagi kamu berdua,
dan Tuhan berkatkan atas kamu daripada langit,
dan Moga² ALLAH himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan


babaiiii....!!!!

Monday 7 September 2015

JEREBU


Negara kini sedang dilanda jerebu akibat daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.

Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari ofis kita..hehe
Laporan daripada Astro Awani pada hari ini,

Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 8 pagi ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terlibat ialah Muar, Johor (109), Bandaraya Melaka (106), Bukit Rambai (105) serta Nilai, Negeri Sembilan (104). Bacaan IPU sederhana direkodkan di 26 kawasan manakala 20 kawasan lagi mencatat bacaan IPU baik. Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Seremban (92), Port Dickson (80), Samarahan (85), Kuching (78) dan Sri Aman (64). Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Minggu lepas, sempenan cuti kemerdekaan yang ke-58, kita & suami telah ke Pulau Pinang... saja singgah sana sebelum menuju ke rumah kakak ipar di Perlis. Kita bukan main teruja lagi... ini adalah kali ke-2 kita sampai Pulau Pinang, yang pertama adalah pada tahun 2010..itupun atas urusan kerja.. kalau kerja mana nak sempat jalan-jalan pusing-pusing sangat kan... 

Thursday 3 September 2015

BERANGAN!!

Assalamualaikum...

lain kali kalau berangan biar jadi jutawan terus.. ni berangan setakat nak dapat gaji 3k sebulan.. sekarang rasalah eh hidup zaman GST dengan gaji 3k..adehhh..!!!!

Masa sekolah dulu, kita sering berangan nak belajar pandai2... dapat masuk U..dapat kerja bagus... masa tu berangan kalau graduate U, kalau kerja gaji mesti dapat 3k... tahun 2000 kalau gaji 3k tu dah banyak tau tak..tambah2 lagi budak sekolah..10 hengget pon dh rasa banyak..hehehe.


ok sambung berangan.... bila kerja..dapat gaji 3k.. separuh dari gaji je nak bagi kat Mak... yang selebihnya untuk kereta dan perbelanjaan harian... wow bestnya berangan.... dah takkan hidup susah lagi... mak ayah pon mesti bangga dan seronok sebab anak2 boleh bantu....

Lepas dah seronok menikmati hidup zaman belajar.. tiba masa untuk cari arah hidup sendiri... ke hulu ke hilir bawak resume... sana sini pergi interview... alhamdulillah setelah mengambil masa yang agak lama... baru dapat kerja sekarang... tapi sekarang ini bukan kerja pertama la..sebelum ni dah buat dua tiga kerja sambilan... 

Alhamdulilah aturan kehidupan yang Allah s.w.t tetapkan berjalan seiring dengan angan2 tu... belajar taklah pandai sangat tapi berjaya jejak kaki ke U... merasa jugak gaya hidup di kampus....  dapat kerja dan gaji macam yang di angankan... tapi..tapi...tapi...

Gaji 3k zaman kita sekolah mampulah hidup mewah gamaknya...masa tu duk di kampung... perbelanjaan di kampung taklah besar sangat sebab tepi rumah ada tanah kosong..boleh tanam sayur, halia, kunyit, cili dll.... jimat kan...  tapi zaman sekarang MAMPU ke??? hidup di bandaraya KL ni... semua kena beli... daun kunyit pon 1 hengget selai tau.. kalau di kampung, mintak je dengan jiran  sebelah rumah, xkena bayar pon..ambik je banyak mana yang nak.....hahahah....

Hakikatnya,  nilai 3k dulu...dan 3k kini teramat jauh bezanya..... kini, gaji 3k ke bawah masih lagi dianggap miskin bandar.... buih-buih berangan  pecah..hilang..ghaib... angan2 tu cuma keindahan waktu kecil yang takkan mungkin dinikmati kini... nak bagi mak separuh dari gaji pon jadi angan2... tapi alhamdulillah dapat jugak sumbangkan 10% dari gaji yang diterima.... 

 Bukan tak bersyukur tapi sekadar bercerita yang dulu pernah berangan2 nak hidup mewah dengan gaji 3k... kalau tahu semakin hari semakin besar perbelanjaan, baik kita berangan nak jadi usahawan yang kaya dan berjaya macam Qu Puteh...Qu Puteh... ni berangan setakat makan gaji je..haha... 

okbaiiiii

Thursday 14 May 2015

NAK AKTIF BALIK BOLEH TAK??

ASSALAMUALIKUM...
SELAMAT TENGAH HARI... 

Entry terakhir adalah pada bulan Februari.. lamanya menyepi... baru sedar dari mimpi lena!!

so bila dah lama tidur sudah tentu sudah banyak ketinggalan entry yang best dari rakan2.. so sebagai pembuka kata kena tanya khabar kawan2 dulu.....  


dah tu tanya ni pula,


Mood nak menaip  2 3 bulan lepas memang ke laut... langsung tak boleh tengok blog... tengok je blog

 terus rasa rimas... hahaha..boleh??

Bebelan akan menyusur nanti ya....

Babai...



Friday 20 February 2015

Aiskrim Kelapa...

Assalamualaikum....

Persaingan dalam bidang perniagaan telah menjadikan para peniaga begitu kreatif mencipta produk jualan untuk menjerat citarasa pelanggan yang mempunyai pelbagai pilihan kini... semua orang nak berniaga... hanya sesuatu yang dianggap pelik dan sedap pasti akan mendapat sambutan ramai dan menjadi viral di laman sosial... cehh ayat macam nak buat karangan upsr pulak..haha

Antara yang pernah mendapat perhatian dan meletop di laman sosial pada satu ketika dulu adalah durian crepe.. asal mkn je durian crepe mesti di haplod ke facebook..instagram.. dll... nasib baik kita jenis tak boleh nak telan durian yang telah di proses... kalau tak hari2 mengamuk dengan en. Suami nk durian creap.... bila durian creap dah boommmm... timbul pulak pelbagai jenis creap... kiwi creap.. mangga creap.. strawbery creap... dll... 

eh macam lari tajuk je..haha... 

Tak adalah.. kita cuma nk cakap bertapa kreatifnya peniaga melayu kita sekarang.. alhamdulilah...

semalam kita bawak anak2 sedara pergi makan aiskrim kelapa di Kota Bharu.... aiskrim kelapa ni pon tengah meletoppp jugak skg selain dari aiskrim pasu... tp aiskrim pasu kita tak try lagi.. hari tu singgah di Klebang ramai yang jual.. nak lah try... tp bila tengok orang berderet beratur..di tengah2 panas pulak tu...batalkan niat untuk merasa  kesedapan aiskrim pasu.. nikmat ker??? Ntahhhhh...

bila tengok ramai yang pos aiskrim kelapa di laman sosial... hati ni meronta2 nak rasa.. kebetulan balik kampung.. hurmmm melambak2 lah gerai n restoren y jual.... semalam kita cuba aiskrim kelapa di Restoren Sapuroh... depan wisma perseketuan Kota Bharu atas cadangan kawan2.... 


tengok dari persembahan memang nampak sedap... aiskrimnya memang di perbuat dari kelapa yang disertakan dgn pulut..isi kelapa dan dihiasan cantik dengan kekacang..buah ceri dan gula rice y warna warni.. cantikkan.... rasanya memang best tapi terlalu manis... kalo penggemar makanan manis takpe.. tp kita tak boleh.. so sebijik ni kita share dgn ank saudara kita..hihi

Oklah sesiapa yang belum mencubanta lagi.. cubalah skg hokey.. tak rugi pun sbb sedap..hihihi

okbaiiiii


Wednesday 11 February 2015

JALAN-JALAN DI MELAKA

Assalamualaikum....

Cuti hari wilayah + Thaipusam jatuh pada hari isni dan selasa..maknanya 4 hari cuti... duk main kira-kira dengan en.suami nak balik kg ke tak.. kalo balik kg sekarang ni.. masa raya cina nanti nak balik lagi... kalo kg tu dekat macam Bukit Jalil ke Kg Baru tak apa lah nak ulang alik selalu.. ni jauh... Kelantan weh.. 8 jam perjalanan... lagipun baru je balik kg masa banjir bulan 12 lepas.. rasanya kg tu tak ada banyak yang berubah kot..dan lagi satu nak balik kg kena service en Al-PREVErto dulu..  macam buang masa je nk kena service2 bagai...hahaha....haishhh macam banyak alasan kan... so kami suami isteri bersepakat tayah balik kg.. kita habis je cuti 4 hari melangut depan TV di istana bertingkat  di Bukit Jalil..hahaha

Hari sabtu betul lepak di rumah... bangun tidur...breakfast...tengok TV... beli barang dapur.. main masak2.. lunch.. tengok tv sampai tengah malam..dah tu tidur... 

Pagi hari Ahad..bangun pagi dah termenung depan katil... fikir nak buat apa hari ini... rasa menyesal pulak tak balik kg.. sekarang dah mati kutu..hahaha... 

Monday 9 February 2015

ATMOSPHERE 360 , KL TOWER

Assalamualaikum...

Pengalaman pertama naik KL Tower.. dan pengalaman pertama lunch di Restoren Berputar... eh gayat weh...memang teruja.. kalau berbayar memang takkan naik dah.. even dalam mimpi sekali pon... hehe... 

Terima Kasih lah pada pihak yang sudi belanja kita yaa...


Sebenarnya kejadian ni dah lama..bulan lepas lagi... tapi sekarang baru bermimpi nak udpate kat blog.. hihi... dari atas ni kita boleh nampak seluruh bandar Kuala Lumpur... 


Pemandangan dari atas ni memang mengujakan.. cantik sangat... tapi kalau bab makanan biasa sahaja... tiada yang special sangat pun.. .macam restoren biasa je... pilihan makanan pon taklah banyak  sangat... 


Ada 3 jenis makanan..macam biasalah... ada starter... main dish n dessert... sebab teruja nk bergambar dah lupa nak ambik gambar side dish lain... hehehe...

oklah tu je... rasa tahap malas nak mengarang tinggi sangat ni... bila rajin nak datang pon tak tahu.. 

hehehehehehe



Friday 16 January 2015

JAWI vs Kpop : ANAK MUDA TAK BOLEH DITEGUR!!

Assalamualaikum...

Semakin tua dunia... teknologi semakin canggih...pemikiran makhluk yang digelar manusia pun semakin advance.. 

Menyampah betul dengan sikap SEGELINTIR  rakyat Malaysia yang terlalu pandai sehingga tahap  tak boleh nak di ajar atau di tegur langsung... mengarut...!!! 

1) Penyanyi berpeluk di atas pentas, kononnya fefeling dalam nyanyian
 - bila ditegur, melenting... marah orang yang tegur tu balik.. kononya dalam drama atau filem banyak lagi adegan seperti itu...

2) Wanita (selebriti/ orang awam) berpakaian tak senonoh 
- bila di tegur di katanya golongan ustaz & ustazah segera... tegur orang macam diri tu dah confirm masuk syurga... ohoiii....

3) yang terbaru isu Kpop vs JAWI.. hihi.... memang tengah viral sekarang... so ulasannya panjang sikit... ini sekadar pendapat kita je.. kalo tak setuju tak apa..senyum2 je eh... 

Berhubung dengan kes perlakuan tidak sopan yang berlaku di konsert KPOP tu, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes tersebut.... bila keluar je statement itu dari JAWI, maka berduyun2 lah keyboard warrior masuk di laman sosial mengeluarkan idea yang "bernas" tentang hal itu... 

Wednesday 7 January 2015

OH TEKSI!!

TEKSI!!!


Kita   : Pak cik.. pergi Sogo tak?? 

Teksi : hah tak tak... 

Kita   : Uncle.. pergi Sogo tak?? 

Teksi : geleng kepala

Pak cik..Uncle..Pak Cik...Uncle..Pakcik..Uncle... pergi sogo tak??

Hampir 6 ke 7 buah teksi yang di tanya..semuanya kata tak... apa ke payahnye teksi di KLCC ni  ni nak hantar kami ke Sogo..bukan jauh pon.. 15 minit je.. tu pon dah dikira sekali dengan sedikit jalan jem... hihi... kami bayar lah pak cik pak cik uncle uncle semua.... bkn nak naik free..haiyooo... 

Ok last try..kalau tak ada juga teksi yang nak hantar kita... kita naik LRT je..cadang kawan... 

Kawan Kita : Uncle boleh pergi sogo tak??

Teksi           : Haa boleh..boleh..kenapa tak boleh pula... 

Yes finally.... 

Dalam perjalanan tu, kita buat2 borak dengan uncle teksi ni... 

Tuesday 6 January 2015

PENUTUP 2014 KAMI!!

Assalamualaikum....

Last entry pada 4/12/2014... dah kenapa Naniey...lupa eh diri tu ada blog..ke dah lupa ingatan.?? EH!!!!haha...

Hari ni 6/1/2015... selepas sebulan baru muncul.. tahun baru pulak tu... sebelum terlambat..walaupun dah memang lambat.. kita nak wish juga Selamat Tahun Baru kepada semua Blogger... followers...silent reader..kaki skodeng...kaki stalker dll... hiiii

Tahun 2014 berakhir dengan penuh dugaan dan cubaan terutama seluruh penduduk Pantai Timur... Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi setiap dugaan yang menimpa...!!

Bagi mereka yang tidak berada di tempat kejadian ataupun berhadapan sendiri dengan bencana itu, mungkin menganggap itu adalah banjir biasa... sudah lumrah banjir akan melanda Pantai Timur setiap hujung tahun... tak perlu nak kecoh sangatkan... gambar2/ cerita yang tersebar/ menjadi viral di FB pula dianggap sengaja diada-adakan..Takde lah pulak kita nak cakap yang cerita kat FB tu betul 100%... banyak jugaklah muncul pengarang yang tak bertauliah...mengada-adakan cerita... tapi kebanyakkan gambar atau status yang di update di laman sosial itu adalah dari individu yang mengalaminya sendiri..yang berada di tempat kejadian... mangsa2 bencana banjir tu... Bagi yang duk ngadap berita di TV semata2 tak perlu nak buat kesimpulan apa2.. tak perlu jatuhkan hukuman apa2.. jangan nak menghentam.. jangan nak menuding jari cari salah pihak itu..salah pihak ini... yang deritanya adalah mangsa banjir....