Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 27 May 2013

5 stars for Fast Furious 6


Assalamualaikum....!!!!

Finally aku berjaya jugak tarik En. Somi masuk panggung... planning dah lama...tapi xpernah nak jadi... 

Tapi kali ini....ohhh yessss jadik jugak...

Malam2 aku dh online booking ticket.. bukan excited tapi takot org ramai..maklumlah cuti sekolah baru start kan..tambah2 lagi org goment br dapat gaji... 

Berbalik pada cerita fast furious 6 yang diklasifikasikan sbg 18 above nie... 


Thriller !!!

Aku bukan pandai sgt nk komen2 filem neh..bukan kerja aku.. tapi apa yang boleh aku komen ialah.. 

Cerita ni best sangat.. xde langsung part2 boring... semua penuh dengan aksi.. diselit pula dengan aksi2 kelakar dan tutur kata yang bersahaja daripada pelakon2... so aku bagi 5/5 bintang... bagi yang xtgk F&F 5.. pasti rasa xfaham sikit pada awal cerita neh..macam aku jugak..blur2 je mula2 cite start..tapi bila dah lama tu.. br faham,hahaha...lembab!!!

Tapi jangan ingat movie omputeh perfect 100%... kdg2 ada juga aksi yang dilakukan tak nampak real... jelas sgt guna teknik komputer... tapi xdelah sampai macam filem kita.. nampak tali bila hantu terbang..wahaha~~~

ok..sape yang xtgk lagi..haaa pegi tgk skg.. xrugi pon bayar 12 hengget untuk cerita aksi macam nie..hekhek!!

Berdasarkan endingnya..aku rasa akan ada sambungan Fast and Furious 7.. kenapa aku ckp camtu...

haaaa pergi tgk sdiri yaaa... babai...!!!!!!!!


Fast & Furious 6 - 2013 Official Trailer

Wednesday 22 May 2013

Somebody....make my dream come true...



Assalamualaikum....




haiyooo teringin sgt nk jejak kaki ke sini.... ada sape2 tak nak penuhkan keinginan aku neh... tempat ni diakui memang xde pape sangat tapi dari gambar2 yang aku google nie.. view kat sini memang cantik... memang sesuai sgt dengan jiwa aku yang cintakan alam sekitar neh.. "green peace" org kata....haha



Tiap kali balik kg, mesti lalu sini..and tiap kali tu jugak lah lam hati aku neh duk kata bilalah nak naik atas bukit neh...hurmmmmm!!!! 



















Cantikkkan.... berdoa jelah hope my dream come true....huhu

Tuesday 21 May 2013

Couples..so sweet bila merajuk...!!


Assalamualaikum.....


hello..hello...ok mood ceria sikit hari nie... dh 2 3 hari mood sedih sayu tension stress kan.. so hari nie malas nak pk pape... fokus on work..mau siapkan report and program sekolah yang aku pandang sipi2 je..dh lama tertangguh di sebabkan kecelaruan emosi sejak dua menjak neh...

Ok apa kaitan text kat atas nun dgn entry aku nie???

hurmmmm xdak kaitan apo eh..sajo jah la... just as a warning to myself... yourself and ourselves...

Maksudnya apa... hargailah orang yang sayang kita selagi dia bersama kita..kalau sikit lagi dia dah xde.. jangan time tu baru nak melalak..meraung..yaa dak...

xsalah pon korbankan sikit ego tu... tau lah sayang kan..tapi xsalah pun kalau tunjukkan sikit kasih sayang tu... 

kalau dah gulpren or wife tu merajuk.. try lah pujuk elok2.. jangan sekali tanya dah bila xdak respon dibiarkan saja pasangan kita tu mrajuk sorang2, dh namanya merajuk..mestilah xkan layannya kalau stakat skali dua pujuk, sekurang2nya tunjukkan lah yang kita nie care kat dia.. sifat penyanyang mana???... biasalah hidup berpasangan neh kalau xbanyak pon..sikit2 mesti ada tercuit hati..terasa hati... jangan ingat diri kita nie perfect sgt.. semua yang kita buat tu betul...  ni tak..bila orang merajuk..dia sebut nak merajuk jugak... orang xmau ckp dgn dia.... last2 dia tarik muka ngan kita..haiyooo lagi lah makan hati org tu... dah tu mcm2 lah y di pk nya.. dah xsayang la.. langsung xfaham perasaan la... nasib baik xterfikir nk cr pengganti... huuuuuhu... naya tau...



Tak kira lelaki ataupun wanita... semuanya inginkan perhatian dari pasangan masing2... so kalau orang merajuk ke..terasa hati ke.. bukannya dia mintak barang kemas or Iphone untuk pujuk.. jz tunjukkan kasih sayang n cakap elok2.. jangan main hempas2 barang pulak ya... hekhek!!!



ok..ok...kat bawah nie aku ada google tips untuk jaga hati pasangan masing2... dah banyak kali dah aku post dalam blog neh.. tapi kali nie aku terlebih rajin pulak... so aku post kan lagi..hekhek!!


1. Bincangcuba ambil tahu punca masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya kekasih tak akan merajuk jika hatinya tidak disakiti.


2. Tempoh BertenangBerilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua-duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.


3. AdilBila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.

4. HadiahWalaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.


5. MengalahKadang-kala bila bertengkar si dia merajuk. Tak salah kita mengalah mengaku yang kita salah walau jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah. Nanti bila keadaan sudah pulih perbetulkan kesilapan dia dan tegurlah dengan berhemah dan lembut.


6. Telefon Bila kekasih merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila kekasih merajuk mereka berdiam diri konon nak bagi si dia bertenang. Tapi cara itu buat si dia rasa tak dihargai sebenarnya.

7. Ajak Makankadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. Apa kata kita ajak si dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.


8. Peluk EratBila suami atau isteri merajuk peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat meyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. Tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.(HARAM)


9. Yakinkan Perlakuan dan tindakan yang tidak meyakinkan kadang-kala buat si dia merajuk hati. Dalam tiap tindakan, lakukan dengan yakin dan betul barulah dia pun yakin dirinya disayangi.


10. Tulis SuratUsahakan menulis surat, mesej atau hantar e-mel kepadanya memujuk dan minta maaf jika bersalah. Mungkin dia tak mahu berkomunikasi dengan telefon atau bertemu muka, jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.

Waaa..terlebih rajin pulaks aku neh..main warna-warni bagai... ok gud luck semua...



Haaaaa.. text kat atas ni pulak ditujukan kepada my lovely hubby... harap faham yaa.. isteri abag nie manja2 kucing... so pandai2lah pujuk yaa kalu wife abg ni merajuk... bukan wife merajuk..tapi wife yang kena pujuk you yaa..hubby... huhuhu

ok lastly....


babaiiiiiiiii.......




Monday 20 May 2013

Totally out of mood.... stressed... tension..frustrated... !!!

Assalamualaikum wbt

Bismilahirahmannirahim.... Ar-rahman Ar -rahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang....

Tidaklah seseorang itu menjadi hambamu yang beriman sekiranya tidak diuji dengan sebarang masalah ataupun musibah... hal ini kerana, sebagai umat nabi Muhammad S.A.W, setiap bala atau musibah yang diturunkan adalah merupakan satu ujian bagi menguji sejauhmana ketaqwaan dan keimanan kita kepada Allah S.W.T...

Bagi mereka yang tabah menghadapi dengan tenang..redha akan ketentuan yang telah ditetapkan.. akan mengambil tindakan yang lebih rasional... tetapkan iman di hati dan sentiasa berada di jalan Allah..pasti kebahagiaan...ketenangan..dan kesenangan akan berpihak kepada kita.. ingatlah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya... when something had happened ..  we must came back to our Creatures.. trying to find Her pleasure... toward Him we came..and toward Him we gone.... 


Doa Ketenangan hati



“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.
bermaksud:

Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).”




Friday 17 May 2013

Tuhan Jagakan Dia

Selamat Hari Guru 2013






Pernah dengar sajak kat atas nie..??

Yesss sajak dr Usman Awang yang ditujukan kepada warga pendidik...

Okesss...i dedicate this poem to..

all teacher S.K Othman Talib 2..yang mengajar aku dari darjah 1 (1993) sehingga darjah 6 (1998)

All teacher SMK Tendong yang mengajar aku dari Tingkatan 1 (1999) sehingga tingkatan 6 atas (2005)

All lecturer UUM yang mengajar aku dari Semester 1 (2006) sehingga Semester 6 ( 2009)..

Jasa kalian amat bernilai dan tak mungkin akan dilupakan sampai akhir hayat...

Cikgu..saya tak nakal kan time sekolah...skadar xsiap kerja rumah yang cikgu bagi tu biasa jelah kan.. hehehe!!

Barisan Kabinet Malaysia 2013


Assalamualaikum...

Agak lambat sikit aku tahu pasal barisan kabinet yang telah dipilih oleh PM untuk mentadbir Malaysia neh.. tapi pape pun di harap pada menteri-menteri yang telah terpilih ni jalankan tanggungjawab dengan sewajarnya.. nasib rakyat ditangan anda..!! Pada yang tak terpilih tu..jangan kecewa ok..kalau prestasi baik, rakyat sayang pasti PM pilih anda jadi menterinya... yang penting JANGAN RACIST!!! terima kenyataan sudaaaa~~~


PERDANA MENTERI

Perdana Menteri Malaysia : Datuk Seri Najib Razak (Umno)

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)


Menteri Jabatan Perdana Menteri

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)

Datuk Seri Idris Jala (Senator)

Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)

Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)

Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)

Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)

Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)

Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)


Timbalan Menteri di Jabatan Perdaan Menteri JPM

Datuk Razali Ibrahim (Umno)

P Waythamoorthy (Senator)


Menteri Kewangan 1

Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)

Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan (Umno)


Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)

Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)

Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)


Menteri Pertahanan

Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)

Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)


Menteri Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)

Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)


Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)

Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan : Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)

Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)


Menteri Luar Negeri

Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Anifah Aman (Umno)

Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)


Menteri Kerja Raya

Menteri Kerja Raya : Datuk Fadillah Yusof (PBB)

Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)


Menteri Kesihatan

Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)

Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)


Menteri Belia dan Sukan

Menteri Belia dan Sukan : Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)

Timbalan : Datuk M Saravanan (MIC)


Menteri Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)

Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan : Datuk Hassan Malek (Umno)

Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Datuk Mustapa Mohamad (Umno)

Timbalan: Hamim Samuri (Umno)


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)

Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)

Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Datuk Seri G Palanivel

Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)


Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau : Datuk Seri Maximus Ongkili

Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)

Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)

Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)

Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)


Menteri Komunikasi dan multimedia

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)

Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)


Menteri Wilayah Persekutuan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)

Timbalan : Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)

Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno


Waaaa...KJ dah jadi Menteri.... untong la muda2 dah jadi menteri... KJ ni sama dengan Dato' Salehudin Nasution.. bekas ahli Parlimen Machang, sama2 hebat dalam berbahas..ada isu yang selalu dibangkitkan.. tapi bagi aku Dato' Salehudin lagi hebat la..walaupun dia kalah pada PRU 13 baru2 nie..ehehehe~~~

Saturday 4 May 2013

MY PERSONAL DETAILs.... kenangan zaman sekolah!!!

Assalamualaikum.....

ooooopppppsssss....pasti anda pernah buat...pernah tgk...pernah nampak perkataan seperti tajuk kat atas nie... selain my personal detail..ada juga guna biodata... my corner..peribadiku.. dll..

haaa yessss... zaman2 sekolah dulu2 kan... bila tiba akhir tahun je..mesti ada kawan2 bagi buku blink2..warna warni.. saiz pon comel2 je utk kita tulis ucapan dan sedikit butir2 peribadi.. untuk kenangan kononnya..kot2 dah terpisah, xdpt jumpa..bila tgk balik buku autograf tu..terus ingat pada kawan2 yaaa...

haaaa inilah yang dinamakan buku AUTOGRAF

yalah dulu2 mana ada fesbuk.. tweeter.. wassap.. instagram semua kan.. kalu tahu teknologi akan jadi secanggih nie..xde nya duk ambik autograf bagai... bukak je FB kawan tu..dah tersembul perkembangan terkini... dah xkan lost contac nyer..hekhek..!!

Aku pon ada juga buku blink2 comey neh.. sampai sekarang masih lagi tersimpan rapi..hekhek!! tulisan tayah cakap lah..macam2 pesen..kreatif jugaklah kawan2 aku dulu neh... pen pulak macam2 kaler.. memang meriah..menarik sgt2... tentu budak2 sekarang dah xbuat benda nie kan... skg semua dah canggih... sekolah rendah pon dh pakai henset..so save jelah no fon lam henset tu... xpayah nak kalut tulis my personal details bagai..hekhek..

tapi tulah bezanya budak sekolah sekarang...semua canggih2..sampaikan pengalaman yang terindah pon xde untuk dijadikan kenangan... zaman dulu2 macam2 kenangan... buku autograf la.. name kad yang ada gambar artis.. kartun bunga2.. yang harga RM 2 utk 12 keping... pergi sekolah bawak anak patung kertas... time rehat main berebut tiang.. hekhek.. bawak duit ke sekolah 50 sen tapi boleh beli macam2... best sgt zaman dulu2 kalu dikenangkan... budak2 skg?? 24 jam ngadap teknologi.. kalu x FB..mesti PS2,3.. xpun layan kartun kat ASTRO.. hadoi....

Meh intai perkara yang wajib ada dalam buku aotograf selain biodata yang biasa !!

No telefon: secret... ramai yang buat camni..bajet takot org ngorat letew..hekhek!!
Hobi: ramai kawan2 yang tulis suka membaca buku.. mengumpul setem dan menonton TV>>> kalo skg mesti tulis suka berfesbuk..bertweeter..youtube..haha...
Cita - Cita: ramai yang nak jadi guru..doktor..peguam..wow kerlas kawan2 aku neh...besar cita2.. tetapi kebanyakkan sekarang kerja xsama dengan cita2 mereka..ihiksss...
Makanan /Minuman kesukaan: yang paling popular **yang mak masak*** 
Penyanyi/pelakon yang diminati: kalau yang perempuan selalu bergaduh pasal siti n ziana zain..hekhek..!!
Pemain bola sepak y diminati : time tu ramai kawan2 yang berebut no & iaitu David Beckham.. perempuan n lelaki sama naik je..huhu
Ucapan: ucapan paling glemer... GOOD LUCK dan DONT FORGET ME!!haha.. skg acaner.. hari2 nampak duk online FB..tapi xpernah pon bertegur... dont forget me lah sgt kan.. 

Meh bandingkan dengan biodata sekarang:

Nama : SITI NOORFARINI MOHD NOOR
No. Telefon: STILL SECRET LAH...bukan takot orang ngorat yaa sebab dah ada suami... 
Email: azniey_2606@yahoo.com
Facebook: nanieyazmiey
Instagram: nanieyazmiey
Hobi: FACEBOOKING, BLOGGING, COOKING... layan suami..hekhek!! @_@
Cita-cita: ada cita2 lagi ke..hekhek..
Pekerjaan: EXECUTIVE at NGO's of Company...
Makanan/minuman kegemaran: COOK BY OWNSELF, blh g2???
Penyanyi/pelakon yang diminati: MYSELF.. diri kita adalah pelakon terhebat di pentas muka bumi dan pengarahnya adalah DIA yang satu!!
Pemain bola sepak yang diminati: dah xminat sape2 dah..sebab dah ada suami... duk minat oorang tu bukan boleh buat laki pon..hekhek!!!
ucapan: semoga menjadi muslimah yang sejati yang mampu menjaga maruah diri..suami dan keluarga serta menjadi hamba Allah yang bertakwa dan taat kepadaNYa.. In Sha Allah...

PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC

Assalamualaikum.....

ohoiiiiiiii...lama bebanor xhapdate blog neh... tarikh last post entry pada 13/04/2013... skg dh masuk bulan 5 dah.. aduiii... nk kata bz sgt tu xdelah..aku xde kaitan dgn PRU pun.. xberkempen pon..so xdak lah sibuk sgt.. tapi dalam bulan 4 nie diakui aku langsung xdak masa utk ngadap blog neh... hekhek...

emmm ok... last week aku ada pergi ke Pesta buku PWTC... walawehhh...ramai giler org... bayangkan satu PWTC dipenuhi gerai buku... pengunjungnya juga tayah nak cakaplah... masuk entrance org dah bersesak2... hadoiii memang xlah aku nk memilih buku dgn org yang bersesak2 cam tu... boleh dikatakan setiap gerai penuh dengan pengunjung yang gila membaca.. aku??? xdak lah giler membaca pon.. tapi bila dapat voucher buku RM200.. jejaklah kaki kat sana..dari voucher tu expired cam tu kan..baik aku guna... hekhek..


Yaeyyy..beli buku guna voucher... tQ en Suami for this voucher.. belanja buku RM200 tapi xkeluar duit sesen pon...manyak syokkk!!!

Ini adalah Dewan yang memuatkan semua buku-buku dari Kumpulan Karangkraf.. memang best lepak kat sini..sebab tempatnya luas..even orang ramai tapi kami boleh lagi lepak2 kat lantai sambil baca majalah n sinopsis buku yang hendak dibeli..baca sinopsis harus ya agar buku yang dibeli tu sesuai dengan selera kita..kalau main beli je..kalu xbest xke membazir..dah sah2 dah x baca kan..hekhek.




 haaa boleh siap landing g kat sini..ehek2.. boleh hilangkan lenguh2 kaki setelah pusing2 cari buku seleuruh PWTC..hehe...




lama xlama adalah lam 3 jam aku duk berpusing dalam PWTC tu... macam2 jenis buku ada,.. memang teruja..bayangkan voucher aku yang RM 200 tu rasanya xmencukupi..hekhek..kalu ada RM 500..kau rasa akan licin..dah xberbaki dah..haha... 




Apa yang best adalah bila pihak penganjur menyusun atur booth mengikut syarikat penerbitan... so kalu sape2 yang dah aim buku keluaran syarikat mana yang diorang nak..just pergi jelah kar booth tu... dan yang penting ada board yang memaparkan kedudukan booth di dalam pwtc tu.. almaklumlah..pwtc lan luas..org nya pulak ramai.. kalau main terjah je..alamatnya kaki kematu pun belum tentu jumpa..ehekehek.. so kira berguna sgt lah board tu n yang penting siap ada petugas yang jaga kat situ..kalu mata malas nak mencari...just tanya je petugas mana booth yang kita nak.. dia bgtau terus..haa senang kan... 




 Buku2 yang aku pilih semuanya buku ilmiah... spt buku2 motivasi... doa amalan muslim dan terjemahan Al-Quran... NOVEL?? haaa...dah bukan musim aku tuk baca novel skg neh..kehkeh..musim yaa..hihi... dulu2 memang x dinafikan..aku mmg suka baca novel...  novel yang 1000 page aku boleh habiskan dalam masa 24 jam jer.. haha..time tu mmg aku baca novel jelah..dah xhadap menda lain..makan pun pegang novel g..hekhek!! skg ni minat utk baca novel dah kureng..maybe sebab dah kawen kot... dah xde feel sgt..kalo time bujang dulu boleh lah jugak berangan utk dapat boypren spt hero lam novel tu..  haha..btl lah kan.. imiginasi hero lam novel mmg xleh blah.... semua nak yang hensem tahap shah Rukh Khan... anak Dato'.. menjadi kegilaan wanita... yang penting keje mmg xnak kalah kan... paling lekeh manager... xpun jadi CEO  company bapak.. haaa... b4 kawen suka lah baca novel... boleh feeling2 dapat bf camtu..  skg xde maknanya nak feeling2... hadap je suami yang dah ada depan mata neh... kehkeh..~~~



Pesta buku nie tamat pada 5/05/2013.. haaa kepada sape2 yang belum pergi lagi..ada masa lagi kot kalu nak terjah ke sana... org pon dah xramai sebab 5 hb kan mengundi..kehkeh..~~~ rugi sgt kalo xpergi...


Ok dahhh... ini lah buku-buku yang di tangkap.. In sha Allah, semoga setiap buku2 yang aku beli ni akan memberikan ilmu yang berguna kepada aku untuk melangsungkan hidup di muka bumi Allah s.w.t...

Kalo rajin aku akan ceritakan sikit2 isi kandungan yang terdapat dalam buku2 yang aku beli tu yaa... xsalah kalu ilmu dikongsi bersama..kan.. sama dapat sama rasa...xgtu..hekhek..


BYE..BYE>>>