Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 4 December 2014

HIDUP LAH UNTUK HARI INI... (copy paste)

Assalamualaikum.....

COPY PASTE dari : facebook KISAH RUMAH TANGGA ( www.facebook.com/kisahrumahtangga )
( copy paste semata-mata.. penggunaan ayat...penggunaan short form...bahasa dan lain2 langsung tak edit) akeke

Selamat membaca...

Tugasan pagi td saya interview seorg datin. Di tgh pbualan, Datuk menyertai kami. Tanpa sedar air mata sy menakung, turun sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin lebat. Mengapa?

Kata-kata "HIDUPLAH UNTUK H
ARI INI" sgt menusuk jauh ke dalam hati sy. APa yg diperkatakan jelas terkena pd btg hidung sy (yg x berbatang pun sebenarnya).

Nasihat Datuk tsebut yg sy perlu share dgn kekwn FB:
- Malam adalah masa utk keluarga. Simpan handphone, jauhkan ipad.

- Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dgn isteri & anak2. Ini dpt mghalang perkara yg x sewajarnya.

- Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tsebut.

- Jangan tlalu sibuk/ gila mcari wang krn mahukn khidupan yg senang pd masa hdpn, percayalah rezeki itu di tgn Allah. Berusaha tp bukan hingga mengabaikan yg sepatutnya.

- Sentiasa peluk cium anak2, pasangan. Kita x tahu sama ada itu pelukan / ciuman terakhir buat mereka.

- Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula2 mgkn rasa mcm rimas, isteri queen control dll...Pedulikan jika kwn mnyindir. Kemudian kita akn sedar inilah cara mengikat kasih syg. Wlpn meeting, at least ckp 'sy meeting'. Jgn biarkan panggilan x berjawab. Sekali lg... mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita.

Monday 24 November 2014

JANGAN BODOH SOMBONG!!!

Assalamualaikum...

Ermmm Naniey tipu..janji dah jadi pengguna Note 3 akan selalu update blog..akan selalu rajin blog walk ke rumah kawan2 tapi tak ada pun... entry pon 3 4 hari sekali baru update... kadang2 seminggu pon belum tentu ada story baru... Naniey tipuuu....akeke....

Kalau dah malas tu, banyak pulak alasan kan..hihi...

Hari ini nak bercerita tentang perangai manusia yang bodoh sombong... eh eh kenapa Naniey cakap orang bodoh... tak baik tau....

bukan nak cakap orang tu bodoh tapi sikap orang tu sendiri menjadikan dia seperti itu...

::definisi bodoh sombong::
Tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dsb orang lain; - Kamus Dewan Edisi Keempat

Ramai manusia dimuka bumi ini pantang di dikritik mulalah tidak tentu arah, melenting...tak mahu terima kritikan dan cuba cari kesalahan orang balik... teguran/kritikan kita bukan untuk menjatuhkannya tetapi untuk menjadikkannya lebih berdisiplin..lebih fokus dengan apa yang dilakukan... 

Namun tindakan kita itu di salah erti..malah di canang seluruh alam maya bahawa kita mempunyai sifat hasad dengki. 

TERLALU EGO

Imam Syafie pernah berkata "aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu". 

Maksudnya, kita berhujah, berbicara, berbincang dengan memberi fakta, bukti, hadith yakni penjelasan dengan dalil aqli dan naqli terhadap orang jahil (bodoh), mereka tetap TIDAK FAHAM ataupun TIDAK MAHU FAHAM. 

Kerana apa?

 Bodoh sombong? ego? berhati batu? berhati keras? hidayah tak sampai?

<<<copypaste dari : http://muslimdoktor.blogspot.com/ >>>>>

Keimpulannya, biarkan mereka yang mempunyai sikap negatif ini dengan dunianya sendiri... 

Wednesday 19 November 2014

LEARN FROM MISTAKES!!!


Rileks Naniey....jangan nak gelabah sangat... tak kiamat pun setakat buat silap macam tu....

arghhhhh... alahai kenapa bulan ni careless sangat..  macam2 rasa sekarang.. rasa down.. rasa tak reti buat kerja..rasa bersalah..rasa nak menjerit..rasa nak nangis..... rasa rasa rasa...ermmmm rasa nak keluar ofis..balik rumah ..then tidurrrr... ok itu terapi yang terbaik,hahaha!!!! Tabiat zaman sekolah tak hilang lagi...dulu2 kalau ada masalah di sekolah... balik rumah.. terus tidur... jam 6 petang baru bangun.... tak makan pun takpe... yang penting tidur.... kononnya kalau tidur tak perlu fikir apa2....hihihi...

Wednesday 12 November 2014

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM

Assalamualaikum...





Dengan ini bermula lah giveaway hujung tahun dari dianarashid.com dan sudi2 kan lah untuk sertainya kerana ada banyak hadiah menarik yang boleh kawan-kawan menangi.Berikut adalah senarai hadiah :-

Dish Wash Concentrate x 1 pemenang
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream x 2 pemenang
telekung lycra x 1 pemenang
topup RM10 X 3 pemenang
Fridge magnet London + keychain (1 pemenang) 
Fridge magnet Malaysia + keychain (1 pemenang)
Topup RM10 x 1pemenang
Fridge magnet cameron highland x 4 pemenang
Shawl x 1 pemenang
Topup Rm10 x2
1 paket Mykoko rm39/500g x 1 pemenang
2 voucher KFC x 1 pemenang
baju muslimah x 2 pemenang
wang tunai rm50 x 1 pemenang
Home Binder 2014 x 1 pemenang


Syarat-syaratnya...:-

1- Buat satu entry bertajuk " GIVEAWAY HUJUNG TAHUN BERSAMA DIANARASHID.COM"

2- Like semua facebook page penaja(wajib ):-
















3- Follow blog penaja( wajib) :-

Fiza , Dila , Yumida , Parihh ,Eurukaseven , CekguNorazimah ,Veesandi  , Nadiah , Ujie , YatiAdam , Fizah@susunatursioca

4- Follow Instagram penaja (jika  ada)

@cikgunorazimah , @syidah_eda93

5- Add google + :-

Junainah   ,  Yumida

6- Tinggalkan link entry anda di entry ini 

jangan lupa letak kan link blog www.dianarashid.cm di bloglist anda supaya tak terlepas pandang apa2 update terkini.Tarikh tutup giveaway ini ialah pada 10-12-2014 .Pemenang dipilih melalui random.org .Keputusan akan diumukan sebelum 15-12-2014


Sekian..




JUST FOLLOW THE RULES!!!!

Assalamualaikum...

Isu hangat sekarang ini adalah tentang abg JPJ yang sedang giat melancarkan operasi menyerang pemilik kereta yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pada mulanya isu tentang cermin gelap... bersepahkan kat atas jalan kereta2 yang cermin gelap... memang kecoh satu Malaysia.. Pemilik2 kereta yang bercermin gelap mula meroyan di media sosial.. marah..maki..hamun JPJ... 

Dah tu ingatkan operasi membanteras cermin gelap je yang dijalankan..rupa2nya operasi ni datang dengan pakej... 

Bermula hari ini, tindakan tegas akan dikenakan kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan dan spesifikasi kenderaan seperti mengubahsuai nombor plat dan memasang lampu tambahan (lampu strob) dan lampu HID 'head lamp' yang tidak mematuhi standard, lapor Mstar Online. - Sumber Malaysia Insider (1 Nov 2014)

Kalau bab guna lampu yang tidak mematuhi spesifikasi takpelah, memang patut diambil tindakan sebab penggunaan lampu HID yang terlalu kuat boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya yang lain dan berdepan risiko keselamatan.

Tapi kalau nombor plat tu aku tak pasti lah pulak apa kesan dia kepada keselamatan pengguna jalan raya..menurut apa yang aku baca.. untuk mmengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan??aihhh?? apa kaitannya?? no plat bunuh orang ke apa??hihihi....  sebab alasan yang kononnya tak logik lah pemilik kenderaan semakin berang dan hangin.. macam2 yang keluar di media sosial mengutuk dan menghentam pihak tersebut... 

Namun begitu, apa jua yang dilakukan mesti mempunyai sebab2 yang tertentu kepada rakyat dan negara... tapi pihak yang terbabit tu perlulah memberikan alasan yang kukuh mengapa sesuatu peraturan itu perlu dikuatkuasakan... jangan bagi alasan tangkap muat je... rakyat sekarang ni semakin bijak pandai..kebijaksanaan mereka mengalahkan menteri2 kita ni tau... haaa jangan main2... 

bagi aku pulak..kalau malas nak berperang dengan saman2 JPJ ni..ikut je peraturan..bukan susah sangat pun... tak payah lah nak modify itu ini... asalkan boleh bergerak sudehh... tak payahlah nak pening2 fikir kelogikkan tindakan yang dibuat oleh JPJ, kalau mereka senyap..kamu cakap mereka tak buat kerja, makan gaji buta... tapi kalau mereka betul2 buat kerja..kamu bising pulak.. semua tak kena kan..... hahahaha

Saturday 8 November 2014

En. Suami Super Power Rangers


Assalamualaikum... 

Selamat berhujung minggu yaa kawan2 di alam maya semua.....

mesti macam2 aktiviti yang di lakukan bersama keluarga pada hujung minggu ini... 

aku macam biasalah terperap je kat rumah..tambah2 lagi en.suami ke Terengganu hari ini... memang aktiviti makan..tidur tgk tv jelah aku hari ni...akeke

Balik kepada tajuk entri kat atas tu.. suamiku super power rangers..haha.. gelaran yang aku bagi pada en.suami pada minggu ni.... 

kenapa???

Sebab....

minggu ni dia terlampau aktif...

Friday 7 November 2014

TAK MAMPU NAK IKUT TREND..!!

Assalamualaikum..

Kalau bercerita pasal gajet..memang takkan habis..akan ada je y keluaran yang terbaru di pasaran.. kepada yang terlalu fanatik dengan gajet2 ni.. asalkan ada je keluaran yang baru...mesti tak sabar nak milikinya..sampaikan ada yang sanggup beratur berjam2 lamanya di depan kedai semata2 untuk dapatkan gajet idaman.. cehhh!!! memang terasa macam erkkkk sangat.... macamlah gajet tu ada 2 biji je setiap kedai hingga kamu sanggup menunggu depan kedai sampai macam tu sekali... 

Bagi kita ni yang tak updated sangat tentang gajet2 ni.. tunggulah harganya jatuh merudum baru terkedek2 pergi kedai untuk beli... boleh dapat separuh harga dari awal2 gajet tersebut diperkenalkan.. terasa jimat berganda2kan.. tapi kena terima hakikatlah yang kita dah ketinggalan..hihi...

Sama jelah dengan aku... 2 3 minggu lepas.orang tengah eksited untuk dapatkan Note 4 ataupun Iphone 6 yang baru je jengah ke pasaran Malaysia.. tapi aku dengan langkah confidennya pergi kedai... 

Aku : "Tokey, Note 3 ada lagi tak?? berapa harga sekarang??" 

Tokey : ooo Note 3 eh.. ada... tengok sini.. harga RM 1499.00... '" mau ke??... 

Aku : harga ni dah termasuk semua ke??ke kalau nak install apa2 software kena tambah duit lagi??... 

Tokey : Oooo tak..harga ni dah termasuk semua dah... 

Aku : ok, tokey, apa beza Note 3 dengan Note 4?? 

Tokey : haiyaaa bezanya cuma harga lorr..semuanya sama saja, bazir duit je... pakai note 3 dah ok, macam i ni... (sambil keluarkan note 3 dalam poketnya) 

Aku : haaa ehhh... u takpe dah tokey....sat aku u boleh pakai ipong 6... 

Tokey : haiya mana ada tokey... i tak minat ipong.. 

Aku : haaa oklah.. i ambik yang note 3 lah... 

Tengok, tokey kedai pun kata membazir je kalau ikut teknologi... aku ni jenis sayang duit..dahlah duit tak banyak..nak dapat pun bukan main susah lagi... so tak payahlah nak ikut tren sangat.. beli je apa yang mampu..hihihi..*ayat orang tak cukup bajet nak ikut trend memang macam ini*haha

Sekarang ni Note 3 menjadi peneman setia aku..orang lain terlompat2 pakai Note 4..tapi ada aku kisah..aku tetap senyum2 kambing sambil buat muka kembang semangkuk dapat guna note 3...

Suka sangat sekarang ni bila2 masa dimana jua boleh update blog..baca story kawan2... dan jugak blogwalking... 

Disamping tu boleh belajar melukis... 

Tapi sakit hati sikit sebab bateri note 3 cepat habis..dalam sehari 2 or 3 kali kena caj..walhal aku tak main game pun, takdelah hardcore online..lagi satu, ianya cepat panas..tengok satu video pun dah mula rasa panas.. uhhh!!!!

Monday 3 November 2014

CPUV NUFFNANG : TRANSITIONS OPTICAL, BRITISH COUNCIL - EDUCATION, JIMAT2 McDONALD'S DAN DIGI DEVICSE CAMPAIGN

Assalamualaikum...

Pengakhiran bulan oktober yang baik.. alhamdulilah... sekaramg dalam sebulan, 2 or 3 kali akan update entry CPUV Nuffnang ni... kalau dulu bukan main payah lagi ia nak melekat... 


Terima Kasih kepada En. Nuffnang yang baik hati lagi pemurah.... 

Sunday 2 November 2014

AF SERAP????

Assalamualaikum.....

Siapa tengok AF jap tadi.. konsert kali ini telah memilih 5 orang pelajar untuk bertanding di peringkat akhir pada minggu hadapan.. tahniah kepada Ewal..Nuha..Firman..dan Aman..

Pada malam ini juga telah membuat kejutan apabila telah mengadakan AFSERAP..hahhhh AFSERAP???? yaaaa... iaitu seorang pelajar yang telah tersingkir akan di serap masuk untuk sama2 bertanding di peringkat akhir..dan pelajar yang bertuah itu adalah ADEL.. tahniah Adel...

Haiya...untunglah tersingkir awal..tak payah buat tugasan mingguan...dah tak payah buat konsert tiap2 minggu.. tup2 boleh masuk final secara automatik...best kan...tapi tak apalah..inilah yang di katakan rezeki...

Ermmm pape jelah...bukan aku kisah sangat pun siapa masuk final...siapa tersingkir dan siapa yang di serap masuk..bukan aku undi pon..keh2.... 

terlupa exam online PTD

Assalamualaikum....

Salam hujung minggu ya semua penduduk bumi.. rasanya masih belum terlambat lagi kan untuk ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Pahang kerana berjaya mengekalkan takhta juara Piala Malaysia 2014 setelah menumpaskan pasukan dari selatan tanah air dengan sepakan penalti...

Disebabkan eksited tengok bola jugalah aku terlupa yang semalam aku ada exam online untuk Pegawai Tadbir Diplomatik..ujian bermula jam 8.00 malam tapi jam 8.45 baru teringat.. aduhaiiiii.... nak pergi ke cc tapi rasa dah terlambat.. wifi kat rumah tak sambung pun sejak pindah hari tu..

Aku pun usaha lah juga online kat handfon.. kalut duk cari angka giliran yang SPA hantar kat email.. aku memang tak buat persediaan apa2 pun sbb memang dah tau yang jawatan ni susah nak dapat.. tu yang buat endah tak endah sampai terlupa terus..hahaha....

Bila dah masuk angka giliran.. terus soalan matematik keluar.. memang pening2 lalat aku dengan soalan matematik nie.. satu soalan pun aku tak paham..so apa lagi..main tembak2 jelah...hehe..

Bila masa tamat.. kena tunggu pulak untuk jawab soalan seksyen berikutnya.. aku pun tunggulah.. dalam duk tunggu tu aku baru perasan yang soalan berikutnya dari seksyen C.. , soalan matematik tadi dari seksyen B lah kan... so maknanya aku dah terlepas untuk jawab soalan seksyen A..kihkih.. tu lah nyanyuk lagi kan... dah setel jawan seksyen C, aku ingat.. soalan seksyen A akan keluar.. rupanya yang keluar..PEPERIKSAAN SUDAH TAMAT!!

Adehhhhh... maka tamat lah peperiksaan aku tanpa menjawab soalan seksyen A..ermmmmm tak apalah.. tak ada rezeki.. tulah sape suruh awal2 lagi niat tak mau jawab exam kan.. skg betul2 dah terlepas..hihihi....

#pertama kali update entry guna smartphone.
.hooooyeeee...kalau banyak typo harap maaf yaaa... lepas ni duk kat mana2 pun boleh update entry..even dalam LRT sekalipun..hehe...suke suke suke

Friday 31 October 2014

XPERIA NEO KU DAH NAZAK... jom tukar!!!!


Assalamualaikum..

Ofis yang sunyi...lunch time..daku keseorangan ... keletak keletuk bunyi keyboard di tekan2, satu ofis boleh dengar... sayup2 juga kedengaran lagu Salena Gomez.. oh lupa dari pagi tadi lagi duk layan lagu2 dia.... dia comelkan..hehe... 

Then baru terlintas nak cek akaun CIMB CLICK...nak skodeng gaji..dah ada ke belum..hehe.... dengan hati yang penuh berharap..tadaaaa... dah siap log in..mata terus fokus pada angka yang tercatat di situ..kalau ada 13 hengget tu maknanya tak masuk lagi ler.. hehehe,,,, 

Bila dah tengok angka yang tercatat di situ..senyum2 kambing... hoiiiii ko dah kenapa Naniey... macam 1st time dapat gaji kan... hahaha... tanpa berfikir panjang terus klik transfer... perkara pertama adalah transfer duit kat mak ayah di kampung dulu.. selebihnya baru fikir untuk bayar hutang lain.... 

Dah siap transfer duit kat mak.. terus wasapps en suami... "abg, teman B beli hp petang ni" tapi dia tak balas... tak on internet lah tu... cehhh kita punyalah eksited...hehe

Nilah sebabnya kenapa gelojoh sangat bulan ni duk tunggu gaji masuk... nak angkut Hp... Hp sekarang dah sedikit nazak... asyik kena "force close" je... lepas tu nak buka mesej ke..wassapp ke apatah lagi FB dan instagram, tak sah kalau tak kena tunggu loading sampai 5 minit... slow giler!!

Dari bulan bulan lepas lagi duk servey hp nie... sekarang baru terasa gaji bulan ni free..maknanya tak digunakan untuk komitmen lain.. setakat bayar kereta, bagi kat mak dan bayar loan asb je... sebelum2 ni banyak komitmen..bercuti la..balik kampung la... bulan lepas buat korban..tu yang tertangguh2 nak beli hp... tapi tak adalah sampai nak tangkap iphone 6 or Note 4... fikir panjang lagi kalau nak beli... aku ni bukan ikut trend sangat pun..hehehe...

Smartphone apa yang agak sesuai dengan aku yang tak berapa nak ikut perkembangan teknologi neh?? 


Agak2 Samsung Galaxy s5 dah turun harga ke belum??? akekeke.....




Thursday 30 October 2014

MEK & AWE KLATE GAK EH...!!!



Assalamualaikum...

Salam Khamis semua... 

Siapa kata orang Kelantan tak cuba untuk cakap bahasa baku... kalau tak caya cuba baca laporan dari wartawan di bawah...akekeke....



Dan bawah ni adalah 3 watak animasi kegemaran Haikal..anak buah kita..hehehe


p/s : Entry ini adalah suka2 sahaja..tiada kaitan dengan sesiapa pun..hehe


Tuesday 28 October 2014

CERITA TENTANG KAWAN, SAHABAT, RAKAN, FRIEND!!!

Assalamualaikum.....

5 Perkara Tentang BFF

1) Perahsia - Jangan harap nak korek sesuatu perkara yang peribadi daripada dia..even dengan kawan baik dia sendiri pun, dia jarang share apa2... termasuk hal kerja ataupun hal berkaitan dengan kawan2 lain... so aku pun selesa nak bercerita apa jua perkara dengan dia sebab memang terasa selamat..sebab dia akan simpan apa yang kita cerita tu..dan takkan jadi macam radio rosak..hahahaha

2) Pendiam - Seorang yang susah sangat buka mulut.. kalau berkumpul ramai2, dia dengar je apa          yang kami sedang gosip... Ya pun tak..Tidak pun tak..... kedang2 dia banyak buat hal sendiri disaat dan ketika kami sedang hangat bergosip tentang pelbagai isu..hehe

3) Kuat Makan - Aku tak tahu nak bagi contoh macam mana.. tapi yang aku perasan dia memang kuat makan walaupun badan cekeding... kamu letaklah seberapa banyak makanan depan dia.. dia boleh habiskan..

4) Baik Hati - Yesss..antara kawan aku yang baik hati dan jenis tak berkira... mudah dibawa berbincang...

5) Rendah Diri/Humble - Walaupun dah berjaya dalam bidang yang diminati, dia memang tak pernah bercerita tentang kejayaan yang di kecapi... kalau orang lain sibuk duk bercerita tentang keistimewaan diri masing2... dia buat muka blur je.. kekadang aku pulak yang sakit hati dengan sikap selamba dia nie..hahaha

BAD TRIAL BUT GOOD EFFORT!!!

Assalamualaikum....


Weekend lepas ada kawan datang rumah... awal2 lagi dah pening tak tahu masak apa... tapi memang berkeinginan sangat nak try resepi baru... ok fikir nak masak apa..

fikir..


>

>

>

>

fikir lagi

>

>

>

>

TEKAK & PERUT YANG MENGADA

Assalamualaikum....

Selamat Pagi..

Alkisahnya sekarang ni tak tahu angin barat apa yang melanda.. tekak tetiba tak izinkan nasi melaluinya dan perut pula seolah2 tak boleh nak terima kehadiran nasi...walaupun masuk sedikit.. perut terasa penuh.. jadi tak selesa.. mungkin kesan daripada amalan makan Qaseh Gold yang menjadikan perut cepat kenyang... kalau betullah..wowww best boleh cepat kurus neh..akeke.. Next time kita buat entry tentang Qaseh Gold ya... sekarang ni bukan nak cerita berkenaan Qaseh Gold.. hehe...

Memang bagus kan kalau selera nak makan nasi berkurang.. ada peluang untuk kurus tapi kan..tapi kan..tekak ni dia demand..tak ada selera nak telan nasi tapi asyik nak telan western food memanjang... melampaukan... kalau teringatkan chicken chop, mushroom sup, spaghetti... mulut berair je... nafsu kuat untuk dapatkan benda tu..kalau tak dapat beli..kita akan masak sendiri..eh eh.. 





Haaa ini adalah sarapan pagi kita sekarang ni.... salad..brokoli..sosej..ayam/daging.. biasanya ayam kita akan grill... sebelah malam pun kita akan makan makanan seperti ini...

Nasi??tipu kalau cakap tak makan langsung..hari2 masak untuk suami..secara tak langsung akan sentuh jugak nasi tapi dalam kuantiti yang sedikit dan bukan setiap hari... bukan tak makan langsung yaaa...

Nampak macam nak diet tapi kita tak diet pun... keinginan nak diet ada tapi imam tak kuat...hahahaha

Monday 27 October 2014

CPUV NUFFNANG : ZURICH INSURANCE, MONDELEZ (Chipsmore) dan juga WIN 3 Days 2 Night Trip MACAU

Assalamualaikum..

Ada banyak perkara yang hendak di ceritakan dan dijadikan story dalam blog cikai nie... tapi tak tahu nak mula dari mana... last2 ianya dibiarkan tanpa ada entry diterbitkan sehingga petang ini..

Untuk tidak menghampakan hati yang memang bergelodak nak sangat buat entry pada hari ini... so kita update-kan rezeki yang diberikan oleh Mr. nuffnang...


Nampak banyakkan tapi walhalnya setiap iklan ada dua sekali masuk... kita tak tahu apa statusnya... sah ke tak sah taraf iklan yang masuk double macam ni.. apa2 pun kita terima je.. rezeki kan..alhamdulilah.... 

oklah, kalau jumpa mana2 iklan yang sedang berjoget tu, jangan segan silu untuk klik laju2 eh.. jasa baik anda semua amat dialukan..akeke..

Terima Kasih

Thursday 23 October 2014

JAGA DIRI KETIKA BERINTERAKSI DI "GROUP CHATTING" DI LAMAN SOSIAL

Assalamualaikum....

Selamat menyambut hari deepavali kepada yang beragama hindu...

Tahun ni Deepavali dapat cuti 1 hari je.. kalau tahun2 lepas seminggu..hehe... tapi tak kisahlah cuti lama ke kejap ke..Naniey duk umah je, tak balik kg pun... baru je raya haji balik kg kan..takkan ni nak balik kg lagi... bukan ada bajet sangat..kalau kg tu dekat tak apa..ni kena belah bukit bukau dekat 7 8 jam kan.. memang taklah..hehe

Naniey yakin pasti ramai yang mempunyai group chatting di laman sosial.. facebook, whatsapp, wechat, LINE semuanya memudahkan kita untuk berkumpul dan berkomunikasi dengan kawan2 di alam maya dengan lebih mudah. Kiranya aplikasi ni memberi ruang untuk kita buat reunion dengan kawan2 lama di alam maya.. haaa gitu... 




Tuesday 21 October 2014

Cara Mengatasi Masalah Pening Kepala Tanpa Menggunakan Panadol


Assalamualaikum...

Sekarang ni memang kerap sakit kepala, so google lah cara2 nak hilangkan atau kurangkan kesakitan ketika sakit kepala melanda. Alhamdulilah terjumpa petuanya di blog http://www.umibaba.com/ , memandangkan petuanya agak menarik so naniey share di sini, moga manfaat untuk kita semua..akekeke

MINUM ISOTONIK

Sakit kepala adalah disebabkan keadaan tidak seimbang elektron dan ion di dalam sel otak. Rawatan alternatif untuk menghilangkan kesakitan adalah dengan meminum minuman isotonic. Minum campuran air Isotonic dan air biasa dengan kadar 1:1 atau 1:2 ketika anda mengalami masalah sakit kepala.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Assalamualaikum....

Pembuka pagi selasa hari ini dengan mengetahui rahsia bulan kelahiran anda... let check it out!!!hehe


Thursday 16 October 2014

Bila En. Suami Membebel...

Assalamualaikum...

Suatu petang, isteri balik rumah dengan muka masam mencuka....badan pun penat setelah seharian mengadap komputer di pejabat...tiba2 en suami bersuara....

Suami : dah2 lah tu baik baik dengan orang, orang bukan ingat pun..

Isteri : kita tolong sebab ikhlas bukan nak apa2 balasan pun, insyaAllah murah rezeki kita kalau ikhlas

Suami : kalau kita susah boleh ke orang tu tolong kita??

Isteri : satu hari nantilah mereka akan tolong kita. 

Suami : dari 3 4 tahun lepas lagi duk satu hari nanti... saya nampak sekarang bukan nak bantu, tapi makin nak pijak2 kepala awak.. macam tak pernah kenang apa yang awak buat untuk dia selama ini.. saya rasa kalau awak ada masalah bukan dia nak tolong malah akan gelakkan kan awak... 

Isteri : eh eh.. jangan negatif sangat boleh tak?? 

Suami : bukan negatif, saya tak kisah pun sebenarnya awak nak tolong kawan2 tapi perpada-padalah.. apa yang saya tengok sekarang ni kawan2 yang awak tolong tu memang tunggu masa je tengok awak jatuh... kalau susah datang cari awak..masa dia berseronok2 ada dia ajak awak berseronok sekali?? tak ada kan... dia berseronok dengan kawan dia lain...

Isteri : Emmm biarlah.. pape jelah...kita dah ikhlas kan...

Suami : Dah tu kalau ikhlas tak payah balik rumah nak ngadu bagai...tak payah lagi nak cerita pasal sikap dan perangai kawan2 awak... kalau banyak cerita pun dah jadi tak ikhlas dah.. dah macam mengungkit dah..

Isteri : Bukan mengungkit tapi nak release apa yang terbuku di hati..

Suami : Sama jelah tu...dah lah tu..mulai hari ini tak payah nak fikir pasal hal kawan2 neh..fokus pada kerja awak je... banyak lagi perkara yang perlu difikir, jangan buang masa... banyak fikir bertambah sedih tu... 

Isteri : (dalam hati) Eh macam dia tau apa yang kita tengah fikir... yalah abang..membebel je... (ambil tuala terus menuju ke bilik mandi) 




Wednesday 15 October 2014

WORDLESS WEDNESDAY




TERIMA KASIH LADY KRAFTS

Assalamualaikum....

Selamat pagi, mulakan pagi anda dengan senyuman yaa.. Biar apa yang jadi semalam kita jadikan pengajaran, semoga hari ini berlangsung dengan penuh gemilang..haaa gitu... 

Semalam ada abang posmen hantar courier kita... macam dah boleh agak dah apa yang sampai, hehe

Tada ini dia....


Hadiah menang GIVE AWAY  dah sampai..alhamdulilah... kali ini kita dapat beg kait mini... sample produk shaklee dan terselit juga business card... Terima kasih ya sis Nurizan. Kalau sesiapa yang nak buat tempahan barangan kait (kraft) untuk dijadikan cenderahati boleh hubungi sis Nurizan ya,,, semua maklumat details ada di business card yang kita dah tayang paling depan sekali.. ataupun terus ke fanpage facebook sis iaitu https://www.facebook.com/ladykrafts 

# tetiba entry ini terbahasakan diri "kita".. macam comel je kan... boleh try ni guna kita.. kalau "aku" tu terasa kasar sedikit...akekeke...

Ok Babai.... 



Tuesday 14 October 2014

JANGAN BUAT MACAM INI KALAU NAK KERJA

Assalamualaikum

Sebenarnya dari minggu lepas lagi aku nak buat entry ni tapi tidak kesampaian

Macam2 karenah orang dan juga latar belakang yang dijumpai sepanjang menguruskan pengambilan staff nie... ni baru peringkat awal (iklan di akhabar).. belum lagi peringkat panggil interview... Macam2 perasaan timbul, nak marah pun ada, kelakar pun ada, annoying pun ada, sakit hati memang banyaklah... 

Antara perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh calon-calon yang sedang mencari kerja adalah; 

1 MEMBIARKAN IBU BAPA YANG MENGHUBUNGI SYARIKAT BERKENAAN.

 Hello..boleh cakap dengan Puan Siti..." MAKCIK BUAT PANGGILAN UNTUK ANAK MAKCIK, nak tanya pasal iklan jawatan kosong.. dengar je macam tu terus mood nak melayan jadi hilang... masa belajar bolehlah nak harapkan mak ayah, tapi takkan dah nak kerja pun nak harapkan mak ayah lagi, tolong belajar berdikari ya adik2... kalau mak ayah awak yang nak kerja tak apalah jugak... Banyak kali aku terima panggilan macam nie. 

Monday 13 October 2014

IKHLAS tapi JAUH

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin...

Pernah suatu ketika kita lakukan sesuatu dengan niat yang betul2 ikhlas... langsung tidak terlintas di fikiran untuk merasa terbeban dengan setiap pengorbanan ataupun meminta sebarang balasan, cukup sekadar mampu mengecapi nikmat hidup bersama yang aman dan bahagia di atas muka bumi Allah s.w.t yang dipinjam sementara ini... **adehhh ayat bermadah pulak... 


Tapi apabila pengorbanan yang dilakukan tidak dihargai, malah di kira ambil kesempatan ke atas diri kita... hati mula rasa sakit, tetiba hati kecil berkata " sia2 je apa yang dilakukan sebelum ini, tak pernah nak sedar diri yang orang dah buat macam2 kat dia..menyesal lah pulak buat itu..buat ini..."  

Bila senang bersama, bila ada masalah boleh kita dibiarkan selesai masalah sendiri... sedangkan kalau masalah dia dari A sampai Z kita tolong... 

So kalau hati dah kata macam tu, masih dianggap ikhlas lagi tak pertolongan kita itu...??

Malas nak fikir... memang sedih... tapi kena banyak sabar... bukan minta untuk disanjung pun tapi sekurang2nya jadilah penyejuk hati ini... 

Sekian coretan pagi

Okbai... 

Friday 10 October 2014

Teliti kelemahan diri bukan canang kelemahan orang

Assalamualaikum...

Kalau ada apa perselisihan faham..atau tak puas hati dengan seseorang atau sesuatu perkara kita mesti akan salahkan orang.. eh kenapa dia macam tu? eh kenapa buat macam tu? eh kenapa perangai orang tu macam tu.. eh teruknye perangai dia... eh dia kenapa dengki dengan aku... bla..bla..bla... kan... 

Tapi tak pernah sikit pun terdetik di dalam hati kita.. eh aku ada buat salah ke?? eh kenapa aku bertekak dengan dia.. eh dia marah aku kenapa..??en kenapa dia tak tegur aku??eh patut ke aku tegur dia dulu... ohhh dia macam ni mesti aku ada buat salah ni.. nak tanyalah... 

Nampak sangat yang kita ni manusia tak pernah nak muhasabah diri.. semuanya anggap apa yang kita buat adalah betul.. pung pang pung pang duk bercerita orang itu buat ini....orang tu buat itu... kekadang kalau kerap sangat bercakap/meluahkan pun akan muncul juga kelemahan sendiri tu... memang susah kalau dah terasa diri itu sempurna.. macam tak pernah buat silap sikit pun...



Sebelum nak komplen orang tu macam tu, orang tu macam ni, muhasabah diri dulu, kenali diri sendiri dulu, apa yang kita lakukan tidak semuanya betul. 

Aku memang tak tujukan kepada sesiapa, sebab aku pun macam ni... selalu nak salahkan orang kalau ada terjadi apa2 yang tidak menyenangkan..yang selalu jadi mangsa tentulah en.suami.. hehe... en.suami pun kadang2 dah malas nak bertekak dengan aku..sebab aku selalu salahkan dia..hehehe... 

Anggap semua peristiwa, sama ada yang baik atau yang buruk sebagai pelajaran kehidupan. Reset Minda dan refleksi diri. Sibukkanlah diri kita untuk meneliti dan mencari kelemahan diri sendiri, hingga tidak sempat untuk melihat dan mencanang kelemahan orang. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak". -  PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD

Thursday 9 October 2014

CPUV NUFFNANG : SIME DARBY LPGA 2014, PROTON PCC & SME MICRO FINANCE

Assalamualaikum...Selamat pagi Jumaat...

Bertuah sesiapa yang dapat tengok gerhana bulan semalam kan... 

Alhamdulilah hari ini baru berkesempatan untuk update iklan nuffnang yang melekat di blog cikai ini... 


Hingga kini ada 5 iklan yang tengah on-going..kalau kat atas tu nampak macam 7 kan tapi sebenarnya ada iklan yang sama..so tak tahulah dikira macam mana.. hehe...

Yang dalam petak merah tu yang terkini...


Sime Darby LPGA Malaysia

Merupakan Pertandingan Golf Wanita yang akan berlangsung pada 9 - 12 Oktober 2014. Ini merupakan kejohanan kali ke-5 yang disertai oleh pemanin golf wanita seluruh dunia.


Proton PCC

Semua telah sedia maklum kan yang proton telah melancarkan kereta model kompak iaitu Proton Iriz pada 25 september 2014 yang lalu. Proton Iriz direka untuk pasaran global dan dilancarkan dengan empat varian untuk dipilih, dengan dua pilihan enjin; 1.3-liter dan 1.6-liter, yang digabungkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.


Cool weh warna hijau neh.. kalau tak kerana sekarang dah bela kereta, mau juga aku milikinya..hehe....Dengar kata kereta Iriz ni akan mencabar kereta myvi?betul ke?? tak kisahlah kan..itu semua atas pilihan pengguna..setiap keluaran mesti ada kelebihan dan kelemahan... so pengguna sila buat pilihan yang bijak...

SME Micro Finance

SME Micro Finance adalah Pakej pembiayaan yang memanfaatkan Dana BNM (Dana Pembiayaan Mikro) untuk membantu pelbagai keperluan perusahaan mikro.


Untuk keterangan lanjut tentang syarat pembiayaan ini, boleh terus ke laman web SME Micro Financing

Ok kawan2..tunggu apalagi..kalau ada nampak mana2 iklan ni keluar berjoget kat wall saya..tolong klik banyak2 ya...

Babaiii.....

Thursday 2 October 2014

MINYAK OH MINYAK...

Assalamualaikum

Sejak tak boleh nak online facebook kat telefon nie.. aku agak sedikit ketinggalan dalam isu terkini yang berlaku..haaa begitu..nampak bertapa pentingnya pengaruh media sosial... Semalam orang duk kecoh2 pasal minyak naik..aku pulak boleh tak tahu... (sori, tak sempat tgk berita semalam)...pagi ni baru tahu..tu pun sebab online FB.. ramai yang up status tak puas hati pasal ni... 

walaupun sekadar 20 sen je naik tapi kita bukan isi minyak 1 liter je.. tapi berliter-liter... Dah lah malam ni nak balik kampung... kat Kelantan oiii kg aku..bukan kat Kampung Baru... memang telan air liur jugaklah... 

Nasib baik aku naik LRT je ke tempat kerja..jimat sangat... pergi dan balik kerja baru RM 3.80... tak perlu pk pasal minyak dan toll... kalau rasa malas nak bersesak2.. merempit je dengan en. Suami.. hahaha..tapi itu jarang2 berlakulah sebab aku nie penakut sikit nak bonceng motor kat KL neh... seram weh..hahaha...

Yang jadi masalahnya sekarang adalah kena berjimat - cermat dalam urusan membeli barang runcit.. dah tak boleh kot nak ke pasaraya tiap kali hujung minggu.. kena keluar sebulan sekali je... beli apa yang patut... anak2 pun tak ada lagi..just berdua dengan suami..banyak boleh jimat...sebelum ini main campak je barang dalam troli..tak pk pun barang tu perlu ke tak... walhal tinggal berdua je dengan suami..tapi barang dalam troli dah macam ada anak 3 4 orang..hehehehe

Oklah, harap semua rakyat Malaysia sabarlah yaaa.. tabah hadapi dugaan hidup... mesti kerajaan ada sebab tertentu kenapa harga minyak perlu dinaikkan... cuma alasan yang diberikan kepada rakyat aku rasa tak cukup kukuh yang membuatkan ramai yang tak puas hati... kurangkan subsidi minyak sebab nak kukuhkan ekonomi negara... bagi aku tak salah pun nak kekalkan subsidi tu, cuma kerajaan perlu hentikan buat perbelanjaan yang merugikan... aku sokong kalau BRIM tak perlu diteruskan asalkan harga minyak tak naik..harga barang2 lain pun tak naik.. sebab BRIM adalah keuntungan sementara kepada rakyat..tapi kalau minyak naik..harga barang pun akan turut naik..rakyat akan merasa kesannya berpanjangan.


Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join...

Hadiah2 pun boleh tahan..

tak rugi pun ambik masa sikit untuk join segmen ni...

Selain berpeluang menangi hadiah, kita juga boleh bertukar2 link blog,.... 

Menarik kan.... 

Semoga Berjaya ..... 

Wednesday 1 October 2014

Sim Card Problem atau ???

Assalamualaikum...

Adehhh dah hampir seminggu dah tak boleh layan instagram..facebook..wassapp..instagram dan lain2 di telefon.. ini semua gara-gara sim card yang tetiba tak ada line... No network Connection... Mymaxis  is unavailable... adoiii haa...sesak nafas tau tak di buatnya...

Kamu semua pernah alami tak perkara yang sama seperti ini?? kalau pernah apa penyelesaian kamu semua..minta bantuan yaa...

Pada hari pertama kejadian tu, aku biarkan je..mana tau kot2 sejam dua lagi line ada balik.. sebab memang selalu pun no network connection..tapi kejap je... kejap ada kejap tak ada..haa gitu... tapi minggu lepas sehari suntuk tak ada line.. keesokkan harinya itu aku call maxis centre.. bila aku ceritakan masalah yang dihadapi, dia pun suruh aku tunggu kejap.. dalam 2 minit macam tu dia bersuara balik, katanya lokasi yang aku berada sekarang tiada mengalami sebarang gangguan rangkaian... aku pun balas haaa ok.. 

Monday 29 September 2014

EWAL JUARA AF 2014??

haaaa jangan terkejut..itu ramalan aku je....

eh eh..sejak bila pulak Naniey ambil kisah pasal AF nie..sebelum2 nie tak pernah layan pun.. 

alkisahnya semalam terasa boring sangat2.. semua channel Astro (ok tipu,bukan semua) aku tekan.. semua rancangan tak best... so aku layan lah budak2 AF nie menyanyi..menjerit..menari..melompat atas stage... 

Ramai yang cakap AF sekarang dah tak best... tapi aku tak peduli pun best ke tak, sebab tak layan sangat AF sekarang nie..betul2 last layan AF masa zaman Vince - Mawi yang jadi juara dulu... lepas dari tu perlahan2 jadi tak minat..mungkin peningkatan usia kot.. bila usia bertambah.. soal hiburan pun dah tolak tepi... hahaha.... 


Secara jujur dan ikhlas aku cakap hanya Ewal sahaja yang menyanyi best..nyanyiannya betul2 bersemangat... masa dia nyanyi je aku duk diam, fokus pada persembahannya...memang terasa kesungguhan beliau semasa menyanyi...kalau nak dibandingkan dengan yang lain nyanyi, ada je benda yang aku buat... pergi dapur la..pergi toilet la..paling kurang pun layan facebook di henfon... memang sedikit boring, langsung tak ada semangat..macam layan karaoke di redbox je..hehe... ... 

Sebab tu aku jangkakan yang Ewal akan jadi juara AF pada tahun nie.  kalau yang lain tak setuju tak apa..pendapat masing2 kan... tapi aku yakinlah, semua peserta sudah tunjukkan persembahan terbaik.. sebab tiada siapa pun yang mahu tersingkir kan... 

Okbai... 

THE MAZE RUNNER

Assalamualaikum...

Siapa dah tengok filem lakonan Dylan O'Brien iaitu The Maze Runner yang sedang ligat ditayangkan di pawagam2 di negara ini?? best tak?? cuba bagi pendpaat sikit....

Cuti hujung minggu semalam aku manfaatkan sepenuhnya dengan mengunjungi ke GSC Alamanda di Putrajaya untuk menonton filem ini. En. suami buat tempahan tiket melalui online, so tak adalah nak kena beratur untuk beli tiket...just aku je kena beratur sebab mulut gatal nak mengunyah pop corn kan.. adalah dalam 10 minit beratur..hehe...

Meh aku buat sinopsis sendiri...

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan remaja terperangkap di suatu tempat yang terasing yang dikelilingi oleh dinding batu. Kehidupan mereka bergantung kepada bekalan makanan yang di hantar melalui lift rahsia...mereka telah terperangkap bertahun-tahun lamanya... setiap bulan akan ada orang baru di hantar ke tempat tersebut, sehinggalah kehadiran Thomas yang telah mengubah segala-galanya. Sifat ingin tahu Thomas telah berjaya membebaskan mereka dari dinding batu yang di gelar THE MAZE... sebelum bebas tu tentulah ada pelbagai halangan dan aksi yang mendebarkan..so  kalau nak tahu apa dan bagaimana aksi tu..silalah berkunjung ke pawagam berhampiran yaa.. akeke... 

Rating aku bagi : 2/5 (kejam tak??)

The Maze Runner adalah buku pertama dalam trilogi fiksi ilmiah dystopian dengan nama yang sama karangan James Dashner. Novel ini diterbitkan pada Oktober 2009 oleh Delacorte Press,Random House dan akan dibuat menjadi sebuah film di tahun 2014 ini oleh 20th Century Fox. The Maze Runner adalah jenis film Science Fiction, drama trailer misteri yang disutradarai oleh Wes Ball dan script oleh Noah Oppenheim dengan Desainer Creature Ken Barthelmey (telah menciptakan konsep desain untuk film ini).

****ak membantu langsung kan sinopsis aku nie..hahaha... malas weh nak menaip... xde idea nak mengulas...lagipun aku bukan mahir sangat nak mengulas filem neh..haha

Thursday 25 September 2014

LANGKAWI 2014!!!!!

Assalamualaikum...

Agak2 dah basi tak kalau nak buat entry pasal bercuti ke Langkawi bersama keluarga suami di Langkawi masa cuti Hari Malaysia 16 September 2014 yang lepas.??? Biarlah kalau dah basi pun...nak bercerita jugak..hehe ..tapi jalan ceritanya ringkas jelah, malas nak hurai panjang2.....gambar pun tak banyak...(tak banyak sangat)) .....

Ini adalah kali ke-2 aku ke Langkawi... kali pertama pada tahun lepas bersama dengan suami dan kawan suami..dan kali ni bersama keluarga suami pulak. Klik sini untuk PERCUTIAN KE LANGKAWI 2013

HARI PERTAMA

Bertolak dari KL jam 3.00 petang... sampai rumah kakak ipar di Kangar lebih kurang jam 9.30 malam...

HARI KEDUA

Bertolak dari rumah ke jeti Kuala Perlis jam 9.00 pagi..sebab tiket feri jam 10.50 pagi....



Ini di Jeti Kuala Perlis....Cuti sekolah oittt..orang memang ramai..next time tak rela dah aku pergi masa cuti sekolah... 

Monday 22 September 2014

IKUT AMARAH MEMBAWA PADAH


di copy paste dari Facebook Nama Nama Islam


Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam stor simpanan kayu. Secara tidak sengaja, ular itu menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Bukanlah orang yang gagah perkasa itu orang yang boleh menumbangkan orang lain, tetapi orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah." 
(HR Bukhari & Muslim)

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri.. ikutkan amarah memang membawa padah.. Masa marah memang tak sedar apa yang kita cakap..laju je setiap patah meluncur keluar... InsyaAllah akan lebih berhati2 dengan setiap pertuturan agar ada yang tidak terluka yang nanti turut memberi kesan buruk pada diri sendiri. 


Giveaway 2014 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana
Aynora
SewaKeretaSabah
ProvideNetwork
TengkuButang
IeyzartdSyahieyr
FuzaMusa
YatiAdam
ZafirahZarrae
Cekelatmanih
DayangDeno
EngkuMuzahadin
PetakBunga
AinimRashihah
KaryaMahirah
Azhafizah
Zaidalifah
FatihahFazlin
FatinFarhanah
NiaEmkay
SyiraLokman



2. Wajib Like Fanpage Sponsor






















3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....