Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday 31 October 2012

DEFINISI CANTIK UNTUK WANITA


Aku copy dari blog lain neh~~~malas nak ulas sendiri~~~

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.Kenapa? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.
.
3) TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.
Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.
.
4) TABAH DI SAAT TERHINA
Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.
Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.
.
5) MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.
Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.
.
6) MENGASIHI TANPA BALASAN
Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.
Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
.
7) BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
Dia hanya berharap kepada YANG ESA dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.
Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

ANUGERAH BOLA SEPAK : Teluskah Keputusan FAM???


Pagi tadi ada terdengar berita di radio Hot Fm.. tetiba aku tertarik dengan berita pasal Anugerah Bola Sepak Malaysia.. seperti yang telah sedia maklum pemain terbaik telah dapat anugerah masing-masing.. tahniah diucapkan kepada penerima anugerah..


inilah barisan hero yang dapat anugerah... congrates once again yaa brooo...

bila sampai ofis aku bukaklah FB..memang sah..ramai jugak kaki-kaki bola yang menghapdates status diorang pasal anugerah neh.. mcm2 komen yang diterima... yang paling banyak adalah *FAM xreti nak adili pemain yaang layak terima anugerah***ayoyoyo...


OK2..komen yang kt bawah sekali nie yang boleh buat aku hangin.. rasa nak lempang je..

Nie aku printscreen komen dari harian metro online..memang ramai yang xpuas..terutama dari penyokong negeri ambe lah... malas nak prinscreen dari Page Kelantan FA..mesti lagi maha dasat komentarr yang dilontar oleh fan kelantan..ehehe~~~

Tapikan biasalah..adat manusia nie ada je yang xpuas hati dengan apa yang telah berlaku.. termasuklah aku..aku jugak xberapa setuju dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh FAM..bukan nak berpihak kepada mana-mana pasukan atau mana-mana negeri.. even aku orang kelantan pon, aku taklah kata Kelantan patut dapat semuanya.. tapi entahlah..aku pon xreti nak cakap..yang aku boleh kata: FAM memang anaktirikan Kelantan: tu je~~~


Macam diolog kat atas nie yang aku tahu mesti rekaan semata2 dari Fan Kelantan..tapi ada betul jugak kan.. masa Kelantan lawan selangor aritu aku rasa sekali dua je nama Syafiq rahim disebut2..tu pun time dia ambik free kick..dah tu sepakan dia melayang entah ke mana..haiyaaa macamana boleh jadi pemain terbaik... Ok Ok..aku xikut sangat flow perlawanan masa dalam kumpulan.. aku tgk pon yang semifinal dah..so tayah nak komen sgt pasal kredibiliti orang naniey wei..hihi... :-P

Semalam aku ada terbaca yang Kelab Penyokong Terbaik dimenangi oleh Penyokong ATM.. ok fine.. ATM ada penyokong sejati - lah sgt kan... aku xfaham n xfaham...

Habis tu takkan kau nak semua kelantan yang bolot anugerah tu naniey weii...eh why not if Kelantan deserved to get it...hihi...

Papepun..tahniah kepada semua player..next year do more better..!!! xdapat anugerah pun tidak mengapa yang penting semua orang tahu kebolehan anda yang sebenarnya.. keep it out!!!!

Monday 29 October 2012

The Making Of "Rendang Rajuk Dihati"


Assalamualaikum...

Hari nie aku nak kongsi cara-cara untuk masak rendang... actually ini adalah kali ke-3 aku try masak rendang... alhamdulilah betul2 jadi rendang lah..tak jadi ayam paprik or kari ayam lah..hehe.. aku namakan masakan rendang aku nie : RENDANG RAJUK DIHATI:

kenapa bagi nama nie... ohhh sebabnya aku tak balik raya haji kt kg tahun nie.. so sambil kacau rendang..hati mendodoiii je... sedih n sebak sbb xdapat raya dgn mak dgn ayah...maka tercetuslah idea utk aku letak nama masakan yang aku tgh masak nie... hihi... sayu je kan dgr nama rendang aku...xpelah,nama semata2..yang penting sodappp..

*********************************

Bahan-bahan yang aku gunakan ialah

Bahan A:-
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)***cukup untuk aku n suami..kitaorang berdua je....
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit (disiat)
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

*bawang merah
*ulas bawang putih
*batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
*halia
*lengkuas
*serbuk kunyit
*cili kering
*cili api
*Daun limau purut

Inilah bahan-bahan yang aku gunakan dalam rupa gambar..yang kat atas tu mention nama je..wehehe...~~~

Bahan-bahan A tadi dikisar.if rajin bolehlah tumbuk or giling..aku neh memang dah tinggal dah cara-cara tradisional tu..eh xkuasa aku nak menumbuk lengkuas yang agak keras tu..entah bila boleh lumat pun tatau if aku menumbuk..


Kemudian, masa untuk menumis.. panaskan minyak masaklah wei... aku xsukat pon brapa banyak minyak masak yang aku guna..aku main agak-agak je..sebab tulah kdg2 masakan aku kurang minyak n kdg terlebih minyak pulak...


Ini adalah kerisik yang aku telah tumbuk hingga lumat..


Bila bahan tumis tadi dah naik bau sikit..aku pun masukkan ayam.. biarkan sehingga air ayam kering..


Apabila air ayam sudah kering..aku masukkan santan dan aku balingkan sekeping asam keping.


Lepas tu masukkan sedikit garam, gula, kerisik, daun kunyit, daun limau purut.. Biarkan sehingga kering..


And finally this is My Rendang Rajuk Dihati looks like...haaaa menyelerakan x???


OKK puas hati sgt masak rendang nie..even dah 2 hari raya haji berlalu aku tetap masak jugak rendang nie sebab en somi aku memang suka makan rendang..

nak resepi bolelah hubungi yaaa... hahahahaha....

Sunday 28 October 2012

Salam Aidiladha : 2nd time ceLebrate at KL...

Assalamualaikum...

Apa perasaan anda-anda semua apabila terpaksa sambut raya tanpa keluarga... maknanya anda xbalik kg lah.. bagi yang memang stay with family.. doesn't matter lah kan.. tapi aku??? family semua kat kelantan tau..aku je yang merantau di KL.. tapi xdapat balik utk beraya di kg sebab suami ada hal..yang memustahilkan untuk kami ho ho ho balik kg... sob..sob..sooob..

Dah lah xdapat balik kg..pagi raya pulak..stay sorang kt rumah..kenapa???

yezzz en somi kerja di pagi raya sampailah malam... hadoiii.

tapi kalau ditanya apa perasaan aku yang sebenarnya apabila terpaksa sambut raya yang xseprti raya nie..aku cuma boleh ckp..

***biasa je..xdelah sedih sgt..xdelah terkilan..xdelah aku nak menangis sampai habis sekotak tisu..stay kat umah sorang2 pagi raya pun..aku takde hal.. langsung tak sebak ***mcmana nak sebak kan..dah mu tdo jam 12 baru bgn kan..*** ok2.. bukan xhormati raya tapi aku boring je..dari duk pk..***uh uh bestnya if ada kat kg skg nie** dari duk fikir mengarut macam tu, lebih baik aku membuta..yaa dakk..

Takpe takpe..dh nama raya korban kan..so aku korbankan raya aku demi suami yang kerja.. haaa mulia nye aku..haktuiii....

Walaupun xdpt balik raya di kampung, aku plan nak lah jugak merasa suasanan raya.. means ada rendang n ketupat bagailah kan... tapi apalah nasib.. last minit nak pergi beli barang2 untuk memasak masakan demikian.. daun limau purut n serai pulak xde..3 tempat aku g carik..semua dah habis..

Sooo apa nak buat?? memang tak buat papelah kan...

Pagi raya makan apa??? yesss makan roti bakar yang di sapu kaya jelah...

Takpe takpe..rezki jugak... tapi rendang tu akan tetap ku masak..even dah sampai hari ketiga raya pon..aku tetap akan masak rendang tu...wat n see...

asyik tape takpe je mu dari tadi lagi kan..

And last sekali.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA diucapkan kepada mak n ayah.. adik beradik..keluarga mertua..kakak n abg2 ipar (uhhh dah der mertua n ipar dah**) wahaha...kawan-kawan baik..kawan xberapa baik...kawan-kawan baru..kawan-kawan lama.. kekasih2 gelap..dan all muslim over the world: hope raya tahun ini memberi erti pengorbanan yang bermakna dalam diri kalian semua... n untuk suami tersayang..TQ banyak2 kerna dikau betul2 telah mengajarku erti pengorbanan yang sebenarnya pada raya korban thn ini..TQ bebanyak yaaaa en.somi.. luv u lah sayang...muaxxxxx.... :-P

kbai..~~~~

Wednesday 24 October 2012

SPAGHETTI...for the 1st time making it...Yezzzaaa~~~


Wahhhh bangganya mu naniey kan dapat buat spageti...

Ofkos bangga wei..1st time kot buat benda neh..sebelum2 neh memang langsung xpandang pun kat spageti..tekak memang xboleh nak telan..

Semalam tercipta sejarah bila aku berjaya masak spageti untuk pertama kalinya n masakan tu betul2 jadi spegeti.. xdelah pulak jagi mee sup or mee kari kan..wenghengheng~~~

Balik dari kerja semalam terus pergi sogo untuk beli barang2.. peneman n jurupandu untuk beli bahan2 nie adalah WANI..akeke..TQ Wani..aku memang perlukan jurupandu utk beli bahan-bahan sebab aku xreti nak memilih barang2 yang diperlukan. dah kata nama 1st time..semua benda pon tarak tahu..huhu...

Sampai je rumah terus bukak plastik n bersiap sedia untuk berperang di dapur bersenjatakan senduk dan kuali~~~

Haaa ni lah bahan2 asas yang diperlukan..


1. Pasta
2. Daging kisar
3. Tomato puri
4. Cendawan butang..

Eh eh ni je ke??? yappp memang tu je~~~ senang je kan..aku je yang fikir payah sebelum2 neh..hikhik~~~ jakun giler weii~~

5. Bawang putih dan bawang besar untuk menumis...

Ok jommm.. lets start....

1st sekali rebus batang2 pasta biar lembut..aku lupa pulak berapa lama aku rebus..hadoii xset masa lah pulak kan.. tapi yang pastinya aku biarkan air mendidih dulu, then baru masukkan pasta..

ini macam yee...

Sambil tunggu pasta tu empuk...meh kita menumis kuahnya pulak.. Bawang putih dan bawang besar ditumis sehingga naik bau dan warna jadi kuning...

Lepas dah naik bau..masukkan pula daging kisar...goreng sampai air daging tadi kering yaaa..


Sambil tunggu air daging kering..aku potong cendawan butang jap...kredit to my En.Somi atas gambar ini.. ohh lupa pulak jurukamera aku pada malam ini ialah.. En. Somi kesayanganlah~~hehe..


Bila air daging sudah kering..terus masukkan tomato puree.... ohh jgn lupa spageti yang direbus tadi aku dah toskan dah...

Dah tu masuk pula cendawan butang n kacau lagik...

Tunggu sehingga ianya jadi pekat sedikit yaa~~~ jangan lupa letak secubit dua cubit..garam..n perasa lain untuk rasa yang lebih nikmat~~~aku tambah blackpaper utk rasa yang sedikit pedas~~wakaka


Bila semua dah nampak ok...kuah dah pekat dan dah cun..bolehlah hidang untuk di ngap...yummyyyy...

Inilah ghupa spageti aku yang baru pertama kali cuba untuk memasaknya.. cantikkan!!haha..sedap ke xsedap ke..ada aku kesahlah kan..dah aku yang nak makan..

Tapi apa yang bestnya..semua benda yang aku nak masak untuk pertama kalu mesti En . Somi kata **ermm sedap**..oklah tu..atleast jawapannya positif..ehehe...


Wahhh pinggan kosong..betul2 sedap neh.. ok..next time aku nak cuba buat spageti carbonara pulak..ehehehe..~~~

Boleh tido dengan lena sebab berjaya masak spageti untuk pertama kali dengan rasa yang uhhh not bad lah... komen dari suami yang penting..dia kata sedap..so kembang kempis lubang hidung aku..wahahaha~~~

babababai~~~~~~~~~

Monday 22 October 2012

burger bakar..finally i got taste u..


Ok..finally sesudah lama menanti dapat jugak merasa berger bakar neh.. rasanya urmmm yummy...juicy sangat2...




TQ kepada abg sayang yang belanja berger nie...

Apa yang membuatkan berger neh jadi sedap adalah dagingnya yang homemade punya.. memang tebal dan bau aroma bakarnya..fuhhh memang tak boleh tahan lah...

tak sempat sampai rumah.. sudah habis aku baham berger dalam kereta.. Pic yang aku ambik nie adalah berger kepunyaan en somi.. ofkoslah dia xdapat nak gigit kan..tgh drive kan...

hope aku x addicted lah sebab reganya boleh tahan.. yang biasa aku makan nie pon dh harga RM6.. kalau yang bertingkat2 dan siap ada sosej lagi tuh..xtau lah berapa pulak harganya..

Satu lagi..hope aku tak addicted sebab tak mau tambah lemak kat badan neh.. dah cukup gemsss dah sekarang neh... xmau bertambah gemmmss lagik..hehe

OK..lepas nie kalau ada orang tanya..eh dah rasa ke berger bakar?... dengan bangganya aku akan jawab.. *** YES..im oredy tasted it***wahahaa~~~~~~~

Spaghetti.. ofkos new one for me!!!

ehehehe~~~~ macam jakun je tajuk entry aku kali neh..haha~~~

Assalamualaikum wbt...

Aku orang melayu sejati, tekak melayu macam aku neh memang susah nak adapt dengan masakan dari negara lain... yang aku boleh trima hanyalah western...italian..chinese.. Japan... etc im say sorrylah yaa.. masakan siam boleh lagi diterima sebab masakan kelantan sendiri pon banyak yang berasal dari siam..ohh biasalah, kelantan n siam kan dah sempadan....

Tapi tak tahulah kenapa yaa..sejak dua tiga menjak neh kan kepala hotak aku neh asyik teringat kt spagheti je..uissshhh..makanan yang paling aku tak boleh nak telan sebelum2 neh... ada sebablah kenapa aku tak suka spageti neh... sebabnya aku pernah makan spageti yang lansung xsedap..nak termuntah bila makan..dah lah spageti dia sejuk..then kuah dia pulak masam sangat2..macam makan tomato sebijik... memang meremang bulu roma aku.. dan start pada hari tu lah aku memang tak makan spegeti.. kejadian nie berlaku time aku belajar di UUM bertahun tahun yang lepas..akeke..

nak tahu x macam mana aku boleh kembali ketagih nak makan spegeti neh?? ermmm ini gara2 dua orang budak ofis aku yang suka sangat makan spageti.. mana2 je pergi makan..memang xsah kalau tak order spageti.. dah bila diorang order tu, aku pun rasa lah sikit2 spageti diorang tu.. eh..eh tetiba pula sedap...

pada satu hari tu ada member serumah ajak g makan kat Fish Mohannthan kt Sogo.. kat sini makanan tak banyak pilihan.. dah kwawan serumah aku tu order spageti, aku pun macam nak try..aku pon order lah..dalam hati neh risau jugak kalau akau tak dapat habiskan spageti tu... yalah tekak aku neh kan memang xboleh nak terima spageti dari dulu lagi.. skag pulak baru terbuka selera.

Bila aku makan spageti yang kat fish mohantthan neh.. waHHHHHH sedapnya lahai....
sesuai dengan hargannya.. total semua adalah dalam anggaran 25 hengget...mahal jugaklah tapi xpe, sebab makan x boleh nak berkira sangat kan..

Bila tengok harga spageti yang agal mahal..aku berangan nak buat spageti sendiri dirumah.. so aku pon google lah bahan-bahan dan cara-cara membuatnya..alahai senangnya.. bahan-bahan pun murah2 dah senang didapati.

So buat masa sekarang aku ambik je resepi dulu.. insyaAllah dalam masa terdekat nie aku akan cuba masak spageti untuk pertama kalinya.. hope success~~~ tunggulah kemunculan spageti versi NANIEY soon..oyeaaahhhh~~~~~~~~~

Sunday 21 October 2012

TRW : MISSION ACCOMPLISHED !!!


Assalamualaikum...

Kelantan melangkah masuk ke Stadium Shah Alam dengan membawa 1 misi.. apa misinya???.. tgk gambar bawah neh...


Tercapai Sudaa misi TREBLE Kelantan...

Inilah yang dikatakan misi treble... 3 kejuaraan berturut2~~~

Demam bola..demam bola... haiyaaaa aku yang suam2 kuku minat bola pun nak update pasal bola jugak di blog neh... if kelantan kalah ada aku nak post entry pasal bola??memang takde lah kan..haha...

1st sekali aku panjatkan syukur alhamdulilah kerana dengan izinNya my Negeri Kelahiran telah menjuarai Piala Malaysia untuk tahun 2012, alhamdulilah...

hah negeri mana yang menang Piala Malaysia 2012??? ooooo NEGERI yang dianaktiri oleh Malaysia lah.. oppppssss!!!.... negeri yang termiskin bak kata TV3...negeri yang dinafikan hak Royalti minyak..negeri yang mampu bagi lot tanah kepada player yang membawa kejuaraan kepada pasukan.. hah..negeri mana lagi??? xfaham2....???

NEGERI KELANTAN DARUL NAIM...

wahhhh bangganya...

hahahaa...apelah yang aku merepek neh..over excited pulakkan.. huh biarlah... rasa puas hati sgt kelantan menang..

Barisan pemain Kelantan...


Khairul Fahmi Che Mat, Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohamed Aslam Haja Najumudden), Nik Mohd Shahrul Azim, S. Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), Muhammad Afiq Azmi (Mafry Balang), Norshahrul Idlan Talaha.


mcm2 dugaan untuk mencapai juara neh antaranya:

2 orang player kelantan xdapat beraksi kerana mendapat 2 kad kuning pada perlawanan yang lepas iaitu Nor Farhan dan pemain import Gadhar.. rasa tempang jugaklah if mereka berdua nie xde.. dop lah tempang sgt sebenarnya..Mat yo je yang tempang bila last2 perlawanan tuh..wakaka~~

Dugaan datang lagi apabila FAM mengenakan denda sebanyak 40k kepada Kelantan FA atas sikap penyokong yang dikatakan membaling botol ke tengah padang semasa lawan selangor***ermmm aku rasa dua2 pihak ada yang membaling..tapi asyik salah kelantan je yang FAM nampak*** ini mungkin usaha FAM nak meng'down'kan semangat team kelantan.

Dugaan apa lagi??? Sebenarnya Kelantan bukan lawan ATM tapi lawan 1Malaysia~~~ kenapa??? sebabnya 1 Malaysia sokong ATM.. negeri2 yang anti Kelantan dah sah2 lah sokong ATM... orang2 atasan politik???ofkos lah sokong ATM... tiket2 penyokong ATM semua disponser.. sebab nak bagi ATM ada penyokong..ingat mereka nie akan sokong ke pasukan kelab kalau xdapat tiket free...kelantan yang guna duit sendiri **ada jugak dapat tiket free dr YB Be End*** penuh 3/4 stadium~~~ jelaskan support rakyat utk team kelantan memang superb.. sanggup keluarkan duit sendiri utk tiket.. minyak..tol...makan.. penginapan semata2 utk bola~~ proud of u lah ore klate kito.. haha~~

Agak2 berapa FAM untong dengan jualan tiket dari penyokong kelantan nie yaaa... cer kira...beribu2???berjuta??... tapi masih ada double standart layanan FAM terhadap Kelantan kan.xpatut...uhuh...
*** kredit to my bro atas gambar ini***


Menurut khabar angin barat daya..pengadil semalam bekas askar wataniah (see ATM punya kroni**n pengadil ini jugalah yang bagi kelantan 10 kad kuning dan 3 kad merah semasa final piala FA kelantan lawan terngganu tahun 2011**so nilai sendirilah cara perlawanan semalam diadili..... ohhhh patutlah senget sebelah je cara adili perlawanan semalam.. senang2 je kau layang kad kuning pada player kelantan... yang player ATM asyik duk lanyak Mat Yo sampai lebam kau xbagi kad pulak yaaa.. uhhh cilakak!!!


INi gambar my bro yang berusaha dari Kemaman balik kelantan ambik kawan2 dari kg and terus ke Shah Alam..semata2 utk tgk bola.. dia memag hantu bola~~~~

Kredit n congrates to all the player... thanks God... kekalkanlah puncak kegemilangan pasukan kami.. n hanya melalui bola sahajalah kelantan mampu menundukkan ego sesetengah pihak yang sentiasa inginkan kejatuhan negeri ini kerana berlainan fahaman politik..



Finally... Gomo Klate Gomo~~~ peace!!! congrates once again THE RED WORRIORS~~~ u're Done very well.. big hug :-)

Saturday 13 October 2012

Wednesday 10 October 2012

Petua Elak Bibir Kering

Aisehhh..boring pulak bila xde kerja neh...***teeetttt..bkn xde kerja tapi malas nak buat.. bila dah mls buat kerja tu, tgn mulalah duk google mcm2kan.. sampai terjumpalah tips cara-cara nak elak bibir daripada kering..

Isu neh biasa je tapi aku nak masukkan jugak dalam blog aku neh sebab aku selalu mengalami masalah bibir kering terutama apabila berada terlalu lama dalam bilik yang berhawa dingin.

Meh intai petua-petua cara merawat bibir kering/pecah yang aku curik kt blog lain dan diulas mengikut citarasa aku..hehe..

1. Cuba sapu atau oleskan sedikit mentega pada bibir. Cara ini boleh menjaga kelembutan bibir dan membantu menyembuhkan bibir yang merekah.

2. Ambil beberapa kelopak bunga mawar dan rendamkan dalam susu segar selama 1-2 jam. Selepas tu ambil air rendaman tu dan sapukan pada bibir yang kering. Kaedah ini dikatakan bukan sahaja membantu melembapkan bibir yang kering malah boleh mencegah agar warna bibir yang merah bugar tu tidak hilang serinya.

3.Oles susu pekat pada bibir. Selalunya petua ini diamalkan waktu petang lebih kurang pukul 5 atau 6 petang dan biarkan ia sehingga pukul 7 atau 8 sebelum mandi. Amalan ini membantu membuang kulit kering yang mati dan melembutkan bibir.

4. Kalau tak suka pakai susu (takut kena gigit semut..hehe..) boleh guna cara nie pula. Gosok bibir tu dengan timun. Potong timun nipis-nipis dan tempek atau gosokkan pada bibir yang kering untuk merawatnya.

5. Satu cara yang dikatakan bagus ialah dengan menggosok gel lidah buaya. che petua tak pernah cuba cara nie tapi ia dikatakan boleh membantu menyembuhkan bibir yang kering dan pecah-pecah dalam masa yang singkat.

tu jelah petua yang sempat aku copy..if ada lagi aku akan updatekan.. hehehe.

Nie bkn petua yaa..tapi cara saya untuk elak dari bibir mengering. caranya ialah


OK..pic kat atas tu ofkos lah bkn aku kan...sila Abaikan model bidan terjun aku tuh... sila fokuskan apa yang aku nak tulis neh..akeke
haaaa...aku guna lips balm dari nivea untuk elak bibir dari mengering,,murah je harganya..xsmapai 10 hengget pon.... aku dah lama dah guna benda alah neh..


Babai.......

Tuesday 9 October 2012

Jumpa artis: Tengok..Senyum..then buat Bodoh..

Salam

Sebelum terlupa lagi aku nak cerita pasal terjumpa artis secara xsengaja.. 3 minggu lepas aku ada temujanji dgn editor majalah wanita kt Karangkraf..memandangkan kami sampai awal, so kenalah tunggu kat ruangan menunggu.. dalam duk tunggu tu aku dgr satu suara..eh mcm familiar lah suara nie..bila aku toleh..eh eh Pak Nil lah.. agak2 apa ek aznil nawawi dtg kt karangkraf?? ehhh ada keje dialah tu..sebokk je kau..aku mmg minat dgn pak nil sebelum neh..tapi bila dh terserempak depan2..aku rasa aku dh tak pangkah kot nama dia utk anugerah bintang fofular..nape yaa??adalaaa..mls nak gosip..nanti kena terjah kat nas ahmad lak...

Then xsampai 5 minit pastu, ada sorang laki cam aku familiar muka dia muncul kt situ..yang nie best sikit sebab dia btl2 duduk di hadapan aku.. sebelum duduk tu dia senyum kat aku..waduh..ketaq lutut jugak lah... oitt mek, mmg r dia senyum kat mu..dh mu duk tgk dia xberkelip dr mula dia smpai lagi..hehe..biasalah..retis kan..slalu tgk dlm tv je, dah ada depan mata neh, tgk jelah kan.. ok, person yang aku maksudkan neh ialah Fezrol Khan..alah hero bini-biniku perkasa yang sedang tayang kt TV3 tu..hihi..y ni aku akan undi dia untuk anugerah bintang fofuler k..hehe..teetttt~~~

Nape xhambik gambar mek????

Sori..aku xminat terhegeh2 nak bergambar dgn artis..if Siti Nurhaliza lain lah.. xkan lepas peluang punya..artis lain tu aku tgk..senyum..n wat bodoh jee..hihi...

kejadian 1 lagi neh..aku terjumpa dgn pelakon jugak..perempuan..salina saibi..korang kenal x??pelakon gerak khas.. dia tgh tgk pelamin kat butik bawah ofis aku neh..tapi siyes aku xcam pun dia pada awalnya..time tu aku tgk ada budak pempuan duduk2 atas kerusi pelamin.. krusi tu mmg dilarang duduk pon.. aku siap ckp kat hazwani**eh budak nie, suka hati dia je duk atas kerusi neh..lempangkan haa..** then bila dah melepasi budak tu..aku dgr suara perempuan panggil..**puteri, jom masuk dalam**aisey siap puteri-puteri lagi**ngomel aku pada hazwani~~ then Hazwani pun toleh kt aperempuan tu..then dia pon gtau aku...Kak Ct, tu bkn pelakon ke?? aku pon toleh..yalah..y berlakon gerak khas tu.. kitorang pandang sesama sdiri..then gelak kuat2.. **hazwani kata...brani akak yaa nak lempang anak retis..kena sue baru tau..**wahaha..manalah aku nak prasan itu pelakon..tapi kulit dia mmg puteh gebu..tgi lampai lak tu.. ihehe...

Saturday 6 October 2012

oh Budak Tadika...


Salam

As per usually... on weekend i will stay at en Somi's house at Sepang.. but ofkosly **ada ke perkataan neh**lantaklah aku nak sedapkan ayat aku je**bdk2 sekolah jgn bc yaa..rosak bahasa nanti**akeke.... im stay alone n alone!!

Aiyakk... since en somi aku dh start kelas PJJ dia.. setiap ujung minggu aku skg cam boring sikit..oh iyalah dia ada kelas pada hari sabtu n ahad.. takkan aku nk ikot dia lak kan.. keje aku apa??? kemas umah...basuh baju..sidai baju.. masak..penattt *** oiiii ngok.. tu dh mmg tanggungjawab mu kan..buat jelah.. merungut pe nya****

aku bukan merungut oke..jgn salah paham...aku ckp je..xpelah..aku dh potong dh tu..xnampak aku merungut kan...

Ok2 selain dari kebosannan di hujung minggu... aku jugak kena tempias budak baru nak blaja neh.. tempias ape wei... haaa cer baca note neh.. ayu je kt atas meja komputer..



Abaikan tulisan dia y xbrapa nak cantik tuh... aku bkn nak cite sal tulisan dia k..

Baca isi kandungannya

OK..sguh bertuah dpt en .somi cmnie kan..!!!


meh aku balas pulak kt sini

~~~~~~abang
Sayang dah lama tinggal dunia esemen..otak dh berkarat abg..dh lupa cara2
nak buat esemen.. tapi if kena buat jugak..xpe abg..syg buat..tapi pas
esemen nie siap bole x bonus sebulan setengah yang abg Najib bagi tu kita share. separuh2..kalau abg baik hati sgt..bg semua pon xpe abg..sayang ok je.. kecil tapak tgn..kasut saiz tujuh sayang tadahkan.. ok abg..

TQ.. abg..muaaahhh jugakk...~~~


Thursday 4 October 2012

IC dulu-dulu...



Cer tgk IC skg..canggih x??siap ada cip lagi kan..dh macam2 kegunaan pulakkan... dah tu aku bkn nak cite sal ic baru..aku nak tunjukkan ic lama-lama yang aku jumpa di blog lain..rasa cam menarik je..so aku masukkan lah lam entry blog aku..huhu..

Kad Pengenalan Zaman Dahulu

Di bawah nie adalah gambar kad pengenalan lama, kalau Anda lihat mesti kenal wajah siapa dalam IC Lama nie.

1. Kad pengenalan lama Tunku Abdul Rahman


2. Kad Pengenalan Lama Tun Abdul Razak


3. Kad Pengenalan Lama Tun Hussein Onn


4. Kad Pengenalan Lama Tun Dr Mahathir Mohamad


5. Kad Pengenalan Lama Tun Abdullah Ahmad Badawi


Amacam? Hensem-hensem tak Perdana Menteri Malaysia masa muda-muda dulu? Haha, teknologi pembuatan IC nie berubah dengan lebih baik mengikut peredaran zaman. Mungkin yang dikekalkan bentuk dan size kad pengenalan, bezanya IC zaman sekarang serbaguna dan lebih canggih.

Semoga artikel tentang Kad Pengenalan Zaman Dahulu serta koleksi Gambar IC Lama di atas dapat mengamit ingatan silam (khas untuk nenek dan atuk Anda la..) Sekian.

Wednesday 3 October 2012

Bajet 2013... Kita atau Mereka...

Salam 1Malaysia Janji Ditepati....wek!!!!!

Dah seminggu kan bajet berlansung tapi sehingga skg aromanya masa terasa.. aku sj tgu menda nie berlalu baru nak komen.. penting ke komentar aku neh?? rasanye xterjejas pape kot...ahhh tu xpenting..yang penting aku ada pendapat sendiri... sebelum kemukan pendapat aku..aku tunjuk lu pendapat org ramai..ihihihi.... :-)

Ini pendapat dari org awam yang disiarkan oleh Sinar Harian

Ini pulak komen2 bebas..aku main ambik je...

Ini komen dari artis..bijak-bijak cara ikram jawab~~~

Pendapat aku???

ada baik n ada yang xberapa elok...

1) Peruntukkan utk pengecualian cukai..kemudahan pinjaman..dana peruntukan n lain2 yang berkaitan dengan pembangunan modal insan or yang sewaktu dengannya aku malas nak komen..bkn malas tapi aku xpaham.. kena tipu pon aku hangguk je bab neh..huhu...

2) pemberian rebet 200 hengget tu belia 21 - 30 tahun??????- Perlu ker??? pendapat aku lah kan, xperlu lah membazirkan wang kerajaan dgn menda2 camnie..tanpa peruntukan ni pon mmg belia skg dh pakai telefon pintar pon..semua tefon touch skrin.. ada 3g 4g dah... lam tren time nak g n balik keje..hampir semua org pakai smartfon... for what peruntukan tu.. baik salur je kt rumah anak-anak yatim ke..umah org2 tua ke **ok, aku mmg asyik pk nk wat kebajikan je, sbb mmg aku berangan nak bukak Rumah Penyanyang*** .. xpun cover tuk subsidi gula.. ada jugak manfaat tuk rakyat~~~ yaaa dok???

3) BRIM 2.0??? oke2 kerajaan mmg nak ambik hati warga belia lah tu.. yang dpt tu trima jelah kang.. tapi untuk apa kerajaan bagi duit tu?? even gaji 2k, ingat warga belia nie xcukup mkn ke??lebih dr cukup lah.. y xcukup tu sbb berbelanja tanpa fikir.. ikut sedap je belanja..tambah2 lagi kalau bujang..mmg cukup sgt lah... bagi aku peruntukan nie mmg membazir..diadakan demi meraih perhatian belia untuk memangkah parti tertentu utk PRU 13 nanti... tapi bdk muda skg nie pandai fikir lah.. bagi 250 hengget tu mmg lah mereka ambik tapi belum tentu meraka tanda pangkah pada bendera yang bewarna biru..huhu...

4) Di Malaysia ni hanya ada PDRM dgn ATM je ke... asyik kumpulan nie je yang dpt habuan..how about kastam, nurse,bomba n lain2 tu???nan hado.. ke kerajaan hanya membantu golongan yang boleh memberi undian free time PRU je.. tak adil lah kan.. walhal aku tgk askar skg bkn ssh sgt kejenya if nak dbandingkan askar zaman perang dulu yang berbulan2 xjumpa anak bini, fine lah lau nk bagi macam2...tapi askar skg g masuk keluar hutan je..berperang dgn nyamuk je ***matik aku lau askar bc neh**ok fine aku xtahu sgt keje askar skg..asal xde perang aku anggap askar xde keja ..
ampun!!!hihi*** tapi sekurang2nya bagi lah kemudahan sama rata utk semua badan uniform..kastam n bomba pun penting gak dalam menjaga keselamatan warnanegara.. lau coba umah terbakar..xder bomba..sape nak padam api??? tanah runtuh, bkn ke bomba yang g korek tanah tuk cari mangsa tertimbus.. lau ada ecxident..bkn ke bomba yang selamatkan mangsa2 yang tersepit..n lau umah masuk ulaQ..xke korang pagil bomba utk tangkap.. banyak sgt tanggungjawab yang dipikul oleh anggota bomba..tapi kenapa kepentingannya tidak dijaga malah dah dianaktirikan~~~fikir0fikirkan lah yaa...

5) Yehaaaa dapat bonus sebulan setengah gaji... melompat org y kerja goment..aku ada??mmg xdelah kan... tapi xkisah..rezki masing2... tapi boleh jugak dikatakan tidak adil..apa yang tidak adilnya???ofkos lah jurang antara staf bawahan dengan yang berpangkat jauh bezanya.. if n17 gaji pokok 1200..bonus sebulan setengah gaji dapatlah bonus dalam RM1800..ok cuba fikir lau yang bergred 50 dan ke atas..brapa yang mereka dpt..ntah2 cecah 10k kan.. lau dpt 10k br wow..yehaaaa...hoooreeyyy... lau stakat dpt xsmapai 2k tu..tayah lah duk yeeehaaaa sgt..jz ucap je alhamdulilah.. xpayah nak canang cam korang dpt 10k..wahaha...utk pekerja swasta????tayah bermimpik..mmg xkan dpt lah...kau nak bankrapkan kerajaan ke wei... jz tadah je dari bos korang lah..cam aku neh..ehehe..apo nak dikato....

6) dah mls dah nk tulis pendapat..kesimpulannya***

7)peruntukkan yang berbilion2 tuk pelbagai sektor tu agak2 banyak mana yang btl2 digunakan untuk rakyat???or byk masuk poket menteri2 n kroni2 jer y lebih... pikir dan renung2kan lah yaaa...

Peace No War!!!!



My Hurt Feeling...

Assalamualaikum

when feeling not normal as before.. the mind thinking..n thinking...looking what n where mistaken that i've done...

hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar seorang manusia yg sempurna..banyak yg perlu dikorbankan,banyak juga yang terpaksa dilepaskan...sekali langkah tersadung,rebah menyembah n terasa sakitnya..sekali langkah gagah,tersenyum.. bersyukur, bahagia n ceria...

tetapi semua itu memerlukan pengorbanan..menuntut kesabaran dan airmata..

Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah gusar pada "anugerah Ilahi"..anggaplah bila sesekali di duga n di uji,itu hanya sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita bangun untuk menjadi sesempurna insan....

Bangkit Naniey.. this decision comes from u..not from around..juz accept your destiny..

Yessss my destiny.... bad destiny since i was small....

"Cukuplah Allah bagiku.."

Hanya padaMU yang mengerti..

Hanya padaMU yang memahami..

Hanya padaMU tempat ku memohon..

Hanya padaMU tempat ku mengharap..

Hanya padaMU yang membantuku..

Hanya padaMU yang menyayangiku..

Hanya padaMU yang mengasihiku..

Hanya padaMU ku serahkan segala..

Semoga kesakitan yang ku rasa menjadi penawar segala dosa-dosaku didunia..

Ampunkan dan maafkan segala dosa-dosaku padaMU.....Ya RabbulIzzati..



Oh My Tears



Alahai kenapa lah sedih sgt hari nie neh.. bkn pasal spek patah..bkn pasal duit lam touch n go kena telan..n bkn jugak pasal mesin atm songlap duit aku... ini sume bkn penyebabnya...semua ni bkn buat aku sedih tapi buat aku hangin je.. tak tahu lah kenapa hati nie sendu sgt2..sedih..fikir sikit je dh nak keluar air mata.. ish ayir mata neh..laju je hang keluar sejak dua tiga menjak yaa.. alahai kenapa nie... dah dah lah tu...

Rasa cm dh xlarat dah nak nangis..kesudahannya sama jugak...

oh God... if this is way U test my Imam.. i'm surrender..i'm not strong enough...

Give me strength ya Allah..i beg U...


Dengan namaMu YA ALLAH..
hamba memohon maghfirah dan petunjuk dariMu Yang Maha Penyayang...

Ya Rabbul Izzati...
Tiada yang lebih mengerti perasaanku melainkan Mu
Tiada kekuatan untukku tanpa Kudrat dari Mu

Lidahku kelu memula bicara
Hanya padaMu hamba meminta
permudahkanlah urusan dunia dan akhiratku

Ya Rahman...
Tiada secuit sekalipun untukku menyakitinya
Tiada niat untukku untuk tidak menghargainya
Tiada...

Ya Rabbul 'Alamiin...
Rendahkanlah suaraku baginya
Lembutkan bicara dan elokkan ucapanku dihadapan dan belakangnya
Indahkanlah watakku terhadapnya
Lembutkan hatiku untuknya
Lembutkanlah jiwanya untukku

Ya Rabbi...
Berilah Rahmat dan HidayahMu untuk mereka
Peliharalah, sayangilah dan kasihilah mereka
Sepertimana mereka memelihara dan menyayangiku dari ku kecil

Berilah mardhiyyah dan maghfirahMu untuk mereka
Sesungguhnya tiada ku mampu membalas segala jasa mereka

Maka Ya Allah...
Berilah mereka sebaik-baik balasan dan kebahagiaan
untuk segala didikan mereka padaku
Berilah mereka ganjaran pahala yang besar
untuk segala kasih sayang yang mereka limpahkan padaku

Ya Muhaimin...
Segala kesusahan yang mereka lalui
Penderitaan yang mereka alami
hilangnya sesuatu hak mereka kerana diriku
berilah keampunanmu untukku..

Ya Allah..
Jadikanlah itu semua penyebab berkurangnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala buat mereka
Sesungguhnya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan dengan berlipat ganda

Ya Rabbul 'Izzati...
Apabila magfirah-Mu mencapai mereka sebelumku
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku
Tetapi jika sebaliknya
maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka
sehingga kami semua berkumpul bersama
Dibawah kemulian, keampunan, rahmat dan hidayahmu

Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Agung
dan hanya Engkaulah
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang....

Amin Ya Rabbal'Alamin...


Oh My Heart....


Aku Takkan Bersuara - BY Nike Ardilla

Izinkan Cintaku
Berbunga Dihatimu
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman
Telah Lama Ku Dahaga
Belaian Seorang Insan
Semoga Bersamamu
Ceria Hidupku

c/o
Ku Tak Akan Bersuara
Walau Dirimu Kekurangan
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan
Ku Tak Akan Menduakan
Walau Kilauan Menggoda
Kasih Dan Sayangku
Tetap Utuh Untukmu
Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya
Sehingga Abadi...
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan

Tak Mungkin Kan Terjadi
Kehancuran Cinta Kita
Andainya Hatimu
Seperti Hatiku

i don't know why this song very close to me since years ago.. i like this song and always sang when my emotion was not stable... maybe its lyric give me strength to still love him whatever could happen between us... Ku xkan bersuara walau dirimu kekurangan... Oh yesss...love is blind..other people said~~~but its happen to me.. then what for looking his weakness.. while ourselves also not good enough... accept what him had...

i love him more than that but ................................................ lets my heart describe its by own...

for sure.. every single life must had multiple background story..happy..sad..frust.. especially, when we face with something that never come satisfaction to us..but we must strong to face it.. use mind b4 taken any action.. God bless us.. InsyaAllah...


Serius kan muka aku time tulis menda nie..akeke

adoiyaaaa sebak lah pulak.... be patient NANIEY... u strong enoungh... !!!

Tuesday 2 October 2012

Kuasa Tuhan..hanya Dia yang tahu....


Fenomena tengahari tadi....









apa nak di kata... Subhanallah...Walhamdullilah..Walailahailallah....

TQ...

Nk tunjuk muka tembam je..wek!!!


xde keje..jakun dgn application photo editing...puiiiii!!!!!



no word

no says

no speach

juz......

**************S.M.I.L.E********************


Sekian terima kasih~~~~~~~~~~~~~

Nurul & Haikal punya kisah...

ehhhh..besar bapak gambar2 neh...tp xpelah, br nmpak kan..aku kan ra alif bun.. kasik besar br jelas... eh sbnrnya dr fon aku trus transfer ke blogg..tu y saiznye besar** agaknya lah**hahaha...

upppssss Assalamualaikum...

Kali ni nk post pasal keletah anak2 buah aku neh... beria2 nk dtg KL kan..so aku bawaklah..xnk dia jd cm aku..bila dh keje br kenal KL.. kt skolah bila org ckp pasal KL, aku xtahu pape..yalah xpenah jejak kaki KL pon..jakun KL time tuh.. bila aku bawak diorg at least nanti lau org duk cite sal kL..dorang leh ckp..**aku dah g KL daa*** akekeke...aku xpenah merasa cm tu, so biar aku bg anak buah aku rasa...

bkn main hepi lagi bdk2 nie nk naik KL..pe lah y ada kt KL neh.. tp bdk kan, apa dia tahu..janji dpt jalan..

3 hari dorang duk tapi xleh nk bawak p jalan2 pon..sbb nya en Somi aku keje..



jom..jom...cik teh bawak g jalan tepi tasik putrajaya....


Ini budak namanya dik yuyu...dia y beria2 nk dtg umah cik teh kt KL.. selamat dtg ye adik...


Cik teh pon nk posing jugak..ehehehe...



Ni dua beradik y kecohkan umah aku..bila dorang dh balik sunyi lah pulak...



Lain kali dtg lagik yaaa adik n abg...