Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday 10 October 2017

BERCUTI DI SABAH : DAY 1 : TANJUNG ARU, PASAR FILIPINA & DATARAN TODAK

Assalamualaikum..

Entry Berkaitan : BERCUTI DI SABAH : SENARAI AKTIVITI & BAJET.


Entry kali kita nak review segala aktiviti yang dilakukan sepanjang bercuti di Sabah. Hokey kita susun mengikut hari eh.. 1 entry 1 hari..baru tak pening.. then hari saya akan buat link pada setiap entry supaya pembaca senang nak cari sambungan cerita.. tak perlu nak klik klik banyak sangat.. haa (ayat berbelit-belit sikit..haha.)

Hari pertama, turun je dari flight di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami jumpa tuan punya sewa kereta. Kereta ini kami sewa selama 4 Hari 3 Malam. Siap buat bayaran kami terus mencari tempat makan untuk lunch. Tuan Kereta sewa bagi cadangan kepada kami, kalau nak masakan Kelantan, boleh ke kedai di hadapan Kuaters Polis Kota Kinabalu. Nama kedai ni Lengkuas..

Gambar Kedai makan x snap..perut lapor.. tak fokus sangat pada gambar..haha...

Lepas makan kami terus gerak ke bandar Kota Kinabalu, mencari hotel yang sudah siap ditempah melalui booking.com.. hotel yang dinamakan D'Borneo Hotel ni tersangatlah strategik kedudukannya.. dekat dengan Pasar Filipina, Jelselton Point, Dataran Todak, Pasar Malam Kg Air dan macam2 lagi.

*gambar sudah hilang dari radar.. adehhh!!

Sampai hotel tak boleh nak check in lagi sebab belum jam 2 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk ke Jeselton point untuk booking tiket Island Hoping. Jarak Jeselton point dengan hotel yang kami menginap hanya 5 minit sahaja.

 Dah selesai booking tiket kami terus gerak ke Pasar Filipina untuk memborong kuih cincin, amplang dan mutiara sebagai cenderamata.

* sama jugak..gambar sudah hilang dari radar.. kekdahnya kalau kejadian sudah berbulan2 berlalu dan kau baru nak update dalam blog..semua gambar dah hilang.. booo pada didi sendiri...