Assalamualaikum….
Hari ini nak bercerita apa isi kandungan blog... Blog anda boleh dikategorikan sebagai blog berkenaan dengan apa?? Isu apa yang menjadi kandungan utama blog anda??kesihatan??isu semasa?? hiburan?? kehidupan peribadi?? keagamaan??sukan?? tidak kira kategori apapun blog anda itu..yang pasti setiap “entry” yang di muatkan mesti mempunyai maksud yang tersendiri yang hendak di sampaikan kepada pembaca.
Blog Naniey memang tidak hadkan entry yang spesifik.. asalkan perkara itu menarik aku akan share… boleh juga dikategorikan sebagai Blog Caca Merba..namun hampir 90% entry yang aku share adalah berkenaan dengan kehidupan aku. Kehidupan seharian yang dimaksudkan tidak semestinya kejadian yang berlaku seharian..contohnya…hari ini aku kena marah kat bos sebab salah buat proposal… hari ini hantar mak ke klinik.. hari ini aku luangkan masa dengan kawan-kawan di Mid Valley… dan lain2 lagi situasi.. buat masa sekarang aku dah tak berapa gemar untuk menceritakan itu semua..kerana masih lagi dianggap privasi.. kalau di awal pembabitan dalam dunia blogging memang suka bercerita hal2 peribadi dalam blog..biasalah masa tu belum kahwin lagi.. fikiran pun tak berapa nak matang lagi walaupun umur dah cecah “jubli perak” akekeke…
Sekarang aku lebih suka kongsikan informasi-informasi yang boleh aku jadikan sebagai panduan hidup dan melalui maklumat itu aku boleh memperbaiki kelemahan diri untuk menjalani hidup yang lebih sempurna. Contohnya, sekiranya aku menghadapi masalah untuk menguruskan kewangan dengan baik – aku akan cari maklumat dalam internet berkenaan dengan kaedah atau tip menguruskan kewangan dari pakar.. bila aku dah dapat maklumat yang mampu di manfaatkan untuk diri sendiri, aku akan “share” dalam blog untuk dikongsikan bersama kawan2 lain yang mempunyai masalah seperti aku..
Kadang-kadang hidup berumah tangga memang banyak dugaan dan cabaran. Tambahan lagi di awal usia perkahwinan, bergaduh dan perselisihan faham adalah perkara biasa..orang kata dalam proses untuk mengenali hati budi.. jangan ingat dah bercinta 10 tahun, kita dah boleh kenal hati budi pasangan kita secara luar dan dalam.. aku dan suami pun tidak terkecuali.. memang selalu ada perselisihan faham.. jadi, untuk membaiki hubungan itu..aku banyakkan pembacaan melalui buku dan internet berkenaan dengan cara-cara untuk menguruskan rumah tangga.. cara-cara mengenali dan mengambil hati suami.. cara-cara menyelasaikan konflik kekeluargaan dan lain2.. bila aku dah baca.. aku jadi tenang dan mula memahami punca berlaku perselisihan faham itu.. setelah itu aku akan kongsikan segala maklumat itu dalam blog..secara tak langsung ianya boleh dimanfaatkan oleh rakan blogger lain yang telah berumahtangga.. takkan nak cerita masalah rumah tangga kepada umum pulak kan...
Seperti yang aku cakapkan di awal tadi.. kebanyakkan “entry “ yang aku muatkan dalam blog berkenaan dengan kehidupan aku… contohnya isu berkenaan dengan kesihatan.. sekarang aku dalam proses untuk menurunkan berat badan.. aku dah kurangkan pengambilan nasi.. makan tetap makan tapi kuantiti dikurangkan.. aku cari maklumat cara diet dengan betul..dan akan dikongsikan dalam blog sekiranya aku mendapat tip atau teknik diet dengan betul. Kadang2 aku ada masalah kesihatan lain seperti pening kepala.. sakit gigi.. dan juga masalah2 lain yang di hadapi oleh seorang wanita.. Dengan masalah yang aku hadapi ini..aku akan dapatkan maklumat dan petua untuk diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah tersebut.. selain untuk panduan diri sendiri..aku juga boleh kongsikan dengan pembaca lain
Dalam kehidupan ni pelbagai cabaran yang kita hadapi… masalah yang selalu dihadapi adalah orang sekeliling…aku memang tidak gemar menulis tentang siapa salah.. menuduh orang itu salah.. orang itu mempunyai sikap buruk… tapi aku lebih suka berkongsi cerita cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut.. kalau aku tak sukakan seseorang samada kerana perangai dan tingkahlakunya, ataupun seseorang yang membuatkan aku menyampah.. aku memang akan tulis kat blog.. tapi aku tak tulis tentang perangai seseorang yang aku tak suka tu..aku akan cari maklumat cara-cara untuk mengatasi untuk mengelak dari berhadapan dengan orang yang aku tak suka itu… takkan nak cerita pasal kawan ni perangai ntah pape... nampak sangatkan yang kita sebenar yang tak baik sebab ceritakan keburukan orang..
Dalam erti kata lain..apa sahaja masalah yang aku hadapi dalam kehidupan seharian aku akan tulis dalam blog tapi bukan secara langsung.. aku tak cerita masalah tersebut tapi aku akan kongsikan cara-cara/maklumat/teknik untuk mengatasi masalah untuk panduan diri. Tidak guna bercerita masalah peribadi kepada umum..selain menampakkan kelemahan diri..kadang2 penceritaan kita turut melibatkan individu lain, yang secara tidak langsung kita akan burukkan dia… so tak bestlah kan..
Namun tidak semua yang aku kongsikan ini berkenaan dengan kehidupan sendiri.. ada juga berkenaan dengan isu semasa… sedikit diselitkan dengan hiburan.. keagamaan..sukan.. dan lain2.. sebab itulah juga blog aku neh boleh dikategorikan sebagai blog caca merba…hehehe
Assalamualaikum dan salam singgah petang Naniey...Blog Diana adalah buku cerita Diana..hehe..
ReplyDeleteentry macam nie bagus..i believe ur reader akan lebih paham mengenai apa yang bakal mereka baca...so, berbalik kepada topik, blog saya lebih kurang macam nie jugak cuma kurang citer pasal personal..tapi lately sy lebih suka beri pendapat sy tentang current news yang happening around us..di samping tu ade gak selit2 entry berbentuk tips or motivation atau sports..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
blog ros pun tak ada spesifik sangat.. ros campur je.. ada cerita ros, ada sukan, ada isu semasa, ada macam-macamlah.. ikut mood je.. hihihi
ReplyDeleteblog akak rojak.. akak suka berkongsi apa yang akak tahu dan apa yang akak suka.. kalau bab politik dan gosip artis tu memang akak tak minat.. soal entri peribadi tu akak akan tapis dulu sebelum share sebab tak semua perkara kita boleh ceritakan pada orang lain.. kalau ianya boleh dijadikan sebagai teladan mungkin boleh share sebab pengalaman setiap orang tak sama..
ReplyDeleteblog akak macam macam..takda spesifik. ada kisah kehidupan, kisah motivasi, kisah macam macam, apa yang akak suka nak berkongsi. kalau kisah peribadi, ditapis dan diperhalusi sebaiknya agar tak singgung mana mana pihak.
ReplyDeleteSaya pula lebih lebih suka share perkara2 yang berlaku di sekeliling saya dan saya olah untuk nampakkan pengajarannya.. :)
ReplyDeleteTo me its ok to be carca merba naniey coz minat pembaca lain-lain..ada yang suka hiburan, ada yang suka news, ada yang favor cerita-cerita misteri..kita baca semua, cuma kurang sikit kalau too much on personal..
ReplyDeleteSaya suka santai kat blog cik Naniey sebab isi kandungan yg bervariasi.
ReplyDeleteYou know exactly what your reader want to read.
Blog saya pulak merapu je lebih cik Naniey.. hehe..
Apa pendapat cik Naniey tentang blog saya?
blog gee xsama dgn blog lain...penuh dengan kesusasteraan..kena baca 2 3 kali baru boleh paham..tapi best...hihi
ReplyDeleteblog saya campur2... tak semua kehidupan saya...
ReplyDelete