Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 30 September 2012

PENEMAN SETIA KULIT MUKA AKU..

Salam...

hari nie aku nak cite sal cantik...


Dato' Siti Nurhaliza...cantik x??bagi aku beliau xcantik tapi comey... nape aku masukkan gambar dia???

sebab aku minat dia... yesss aku minat dia..tepat skali jawapannya...

Apa kaitan Tok tie ngan tajuk cantik ko neh naniey oiiittt....

mestilah ada kaitan... Tok tie kan cantik... so memang ngam lah ngan tajuk entry aku neh..x dinafikan lah ramai lagi y cantik2 tp aku xmau org lain..nak tok tie gak..akekeke..gadik wehhh******

hahahahahaha

yang melalut kat atas tu mukadimah je..aku sebenarnya nak cite sal produk yang aku guna selama 26thn (dari hari ditulis) aku idup neh... produk2 tu sume xdelah y rega ratus hengget..mana mampu mak nk pakai y rega cm gitu..bkn tok tie neh... rega bkn ukuran y penting dpt lidungi kulit muka dari pancaran matahari... xmau kasi kulit gelap maaa..tu je motipnya...bkn nk mlawa pon..akeke..

Saturday 29 September 2012

Bajet Oh Bajet 2013

Assalamualaikum

Pengisytiharan Bajet 2013 telah berlangsung dengan jayanya semalam... yang dpt manfaat tu tersenyum kera lah..yang xdpt tu..senyum jugak..tapi senyum kambing..ihiks.....tapi lau nak ikutkan, sebenarnya semua rakyat mendapat manfaat tetapi tidak secara langsung..cthnya peruntukan pengecualian cukai itu dan ini.. peruntukan itu dan ini... semua disumbangkan melalui agensi yang diamanahkan.. yang dpt secara langsung tu seperti kenaikan gaji staf kerajaan... BRIM 2.0.. voucher buku n lain2...tahniah utk Rakyat Malaysia..**oh ikhlas tak neh***huhu...

hensem abg najib neh, akekeke....

ANTARA INTIPATI BAJET 2013...

Tema Bajet 2013 : “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati”
Jumlah Bajet 2013 : RM251.6 bilion
Perbelanjaan Operasi Bajet 2013: RM201.9 bilion
Perbelanjaan Pembangunan Bajet 2013 : RM49.7 bilion
Maklumat Umum Pembentangan Bajet 2012 Malaysia

Pendapatan per kapita negara : RM31,000
Rizab antarabangsa : RM432.2 bilion.
Hasil kerajaan 2013 dijangka : RM208.6 bilion
Hasil kerajaan 2012 : RM207 bilion
Defisit kerajaan 2013 dijangka : 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012
Defisit kerajaan 2012 : 4.5%
Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

-Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.

RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal
SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil
Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G. (Semak butiran lengkap di sini : Rebat RM200 Telefon Pintar)

Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000. (Semak butiran lengkap : Bantuan BR1M 2.0)

Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan. (Semak butiran lengkap : Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah)

Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan. (Semak butiran lengkap di sini : Baucer Buku RM250)

Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten

Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam (Semak butiran lengkap : Bonus Sebulan Setengah)

Friday 21 September 2012

NYAWAKU DULU HINGGA KINI.. henset oh henset


Salam....

Hanset??penting sgt ke??skg nie mmg penting..lau sape2 xde henset mmg tgl lam gua batu lah.. sedangkan bdk2 darjah 1 pon dh kenal ipad ipong.. advance betoi bdk2 skg...tapi bagi org y bajet low neh..pakai fon y besa2 pon dah ok dah,,xpayah nk ipong ipad bagai kan..

JOm intai tepon y penah aku guna y aku anggap nyawa aku neh..

NOKIA 3310: aku xlah guna sgt..zaman sekolah, xperlu pon sebenarnya..kedit pon asik xde je kan..mahal wei topup zaman dulu2..mana nak ada y rega 5 hengget skg..dulu plng murah pon 30 hengget.. mana nk dpt duit..hari2 g sekolah mak bagi 2 hengget je.. dh masuk U, aku bg fon neh kt adik aku..dia pon xnak guna..dia guna fon lagi canggih dr aku..haha...

Nokia 3310..nyawaku di zaman sekolah..akeke...


NOKIA 1600: bila dh masuk U henset mmg dh jd teramat penting.. 1. sbb dh jauh ngan family..senang nak call mak ayah dikala rindu..dikala lam akaun tgl 0.001 sen..hehe.. juga senang nk bergayut dgn cinta hati..wek!!!.. stahun setengah guna fon neh..pastu dh start roask.. 2 3 kali hantar kedai tp tetap rosak..naik sem 4 beli fon baru...fon ni reject kt kg..

NOKIA 1600..1st time beli..guna duit org bagi time nak masuk U..wahaha

NOKIA 5210: fon nie aku rembat y akak aku..saja jelah nk semakkan beg ngan hp.. kedit bkn ada pon..haha..guna jap je fon neh..rosak je!!

NOKIA 5210..peneman NOKIA 1600..pakai 2 pon time neh..ceh!!!

NOKIA 3310 : henset y paling lama jangka hayatnya. Aku beli fon neh masa aku sem 4 tahun 2008 kot..hingga kini 2012 (cer kira bape thn)still bole guna g...tapi bkn aku lah y guna..aku dh pass kt en.somi..aku beli fon neh pakai duit PTPTN, akeke..pas aku kawen aku bagi kt en somi guna fon neh sbb aku nak beli fon lain...y upgrade sikit laa...aku syg nk trade in neh brg2 aku neh..so kalu aku nak beli y baru..aku beli je..y lama pon aku simpan..sayang wehhh..

NOKIA 3310..aku bepi guna duit PTPTN masa sem 4..

XPERIA NEO V: henset dari keluarga sony neh aku beli time pas kawen... besalah pas kawen wit lebih sikit..hihi..tapi sori yaa..aku beli pakai duit gaji neh... org lain duk gila samsung (Tab, SII, SIII) tapi aku xmau.. aku xsuka patternnya..besor n lebor.. nk beli ipong kan mahal sgt..bkn xmampu..tp rasa membazir je..fungsinya sama je jz advance sikit lah.. dah pegi servey kt kedai byk lak fon2 y cantek2 (sume dari keluarga sumsung) hingga xtau nk pilih y mana.. dah tu balik tgn 0 jep...sib baik both of Wani y jd peneman setia ku xbising akeke... dah tu bila balik ofis servey je kt tenet.. bila servey hampir sume fon y terkini mempunyi fungsi yang sama..so aku tekad tuk beli Xperia Neo V..aku suka sbb bentuknye y xbesar sgt, xnipis sgt n xlebar sgt... y function kt dalam tu aku xambik kira sgt cz aku bkn kesah sgt.. asalkan bole msj, calling, ada kamera n dpt surf FB..akeke..tu je y penting... hihi

SONY ERICSSON- XPERIA neo V...aku beli pakai duit gaji sdirik..ehehe...

NOKIA C1-A1: ini asalnya fon my younger bro.. dia pakai 2 minggu je sementara tgu fon dia kluar dr wad..pastu dia bagi jual kt aku dengan rega 100 hengget.. aku ambik je sbb aku mmg ada sim kad maxis y x d guna sbb xde fon lah kan... dr no maxis aku terbaik baik aku aktifkan..
NOKIA C1-01...peneman xperia d kala ini...

Jika dilihat semua jenis fon neh..dh leh agak kan y aku nie jauh ketinggalan dalam dunia gajet..haha..fon pon pakai y cikai2 je..xpelah..janji leh sent n trima mesej n panggilan..yaa dokk??haha...

THE END...

KENANGAN ZAMAN SILAM... utk sape y lahir thn 90an below..!!!


Salam....

Masih ingat lagi tak makanan dan yang pernah korang main n makan zaman kanak-kanak riang dulu??? mesti ramai yang masih ingat kan.. mainan & makanan zaman skg mmg totally xsama dgn zaman dulu.. dulu2 mana ada ipong, blakberi,ps 2..3..4... xde laptop..notebook..ipad... dulu2 makanan spt Piza..kepc..mcD..A&W.. sthn skali jer leh merasa.. pastu skg mcm2 lagi y kuar...DOMINO..Ayam Penyek.. mcm2 lagi lah...

Mainan n makanan dulu2 murah2 je... gula2 beli sposen dah leh dpt 5 bijik kan.. skg??ada cmtu???hihi

meh view apakah makanan n mainan kita dulu2 y anak-anak kita or anak sedara or adik2 kita yang lahir pada alaf baru nie xdpt merasa.








haaaaa ingat lagi x??? mesti terimbau kenangan silam kita kan..akekeke... awesome betol zaman kanank-kanak kita kan..tu br sikit..lau banyak...sah2 meroyan semue..teringat keindahan zaman kanak-kanak rebina kan.. keep in as our great memories yaaa... peace!!!!



Rahsia aku!!hehe

ok ok...

b4 bz neh baik aku hapdet blog neh...dh berselaput sarang labah2 dh neh.. lama sgt xhapdet..
tp lau kt ofis neh mcm xde idea lak nk cite..hihi..dakpe2..kita wat aktiviti santai je eh...pe kata aku dedahkan rahsia aku..akeke..mcm zaman sekolah2 dulu lah.. ada atograf bagai kan.. my personal detail lah katakan..tapi zaman tu bdk2 g..nk klentong pon xpandai... skg dh besar neh mcm2 lak idea y nk d karutkan sal personal neh..

OK..nie rahsia kelahiran mengikut bulan by DR. FADZILAH KAMSAH...

absolutely FEBRUARY oh FEBRUARY...

Jom kita intai..betol x ngan sikap aku..akeke....

Berfikiran abstrak. ***xtau cmne nie***

Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

Bijak dan pintar

Berpewatakan yang mudah berubah ***aku mmg mudah terikottt***

Mudah menawan orang lain. **eh..eh..melampau kau..xtahu aku***

Agak pendiam.****agak diam jugaklah****

Pemalu dan rendah diri***sometimes***

Jujur dan setia pada segalanya.***opkos..saya jujur n setia***

Keras hati untuk mencapai matlamat.**xjugak lah..aku jenis y cepat menyerah...***

Tidak suka dikongkong.***nie mmg aku lah...***

Mudah memberontak apabila dikongkong.***xpenah rasa dikongkong so xmemberontak lagi lah..haha*****

Suka kegiatan yang lasak.***dulu2..skg cm xde pluang dh nk lasak****

Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.*** i'm admit this***

Mudah mempamerkan marahnya.***saya cepat marah***

Tidak suka benda yang remeh-temeh.***mmg lah..jgn ngada2 ngan saya...***

Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.***ramai y kata saya sombong***

Sangat berani dan suka memberontak.**asik memberontak je kau bagi aku kan***

Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan
impiannya.***semua org nak berjaya..usaha tangga kejayaan***

Pemerhatian yang tajam. ***i rabonn..haha***

Suka hiburan dan sukan.***yapp..suka tp xde pluang nk berhibur n bersukan**hahaha bole g2???

Suka benda yang bersifat seni.**dulu2 saya suka tulis sajak n pantun..***

Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.**jap nak tanya suami**akeke

Berkecenderungan pada benda yang tahyul.**saya takot hantu n xkan tengok cite hantu lau duk sore2 kat umah***

Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.***ini memang kelemahan saya****
Belajar untuk mempamerkan emosi***saya xpaham***hahaha.........

Yang berbintang2 tu jawapan yang paling tepat untuk describe diri aku y sebenarya..pengakuan iKhlas...okeh...hihi

aku tambah pe yang xde kt atas nie yaa..

1. aku mudah kesiankan org...tgk org tua jual kat kaki lima aku sebak... tgk gerai
budak y jual nasi lemak kt tepi jalan kena angkut dgn DBKL pon aku leh nak
nangis... byk lagi lah..

2. aku xsuka buat kerja rumah..paling malas jemur kain n lipat kain...

3. aku suka masak..kalau aku masak satu dapur bersepah..cm tongkang pecah...

4. aku xsuka duk lama-lama lam toilet or bathroom... aku xpaham apa y org buat sampai
sejam lebih duk dlm bilik mandi... mandi ke berenag weeii..

5. aku balas msj org ikott mood..tp aku mmg xsuka chatting..stakat berbalas chating 2
3 baris ok g lah... tp lau pjg berjela2 harap maaf..aku x suka..

6. gkhjdhfjhfkjdhlf****

7. No.6 tiada kaitan dengan diri aku...

8. pe lagi aku nak karut neh..

9. no 8 pon xde kaitan ngan aku jugak..aku nak cukupkan smpai no 10 sebenarnya
neh..hahaha..bongok..!!!!

10. Inilah aku y sebenarnya...sila scroll ke bawah>>>>>

ini aku

ini pon aku..

ini aku lagi...

dan lagi...

<
weiii aku lagi lah.....

AKU OBSESS PADA MUKA AKU SDIRI..hahahahahah


babaiiiiiiiiiiii......

ARTIS BERTUDUNG.... fesyen or tuntutan???


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

topik yang nak dikarut pada hari nie adalah berkenaan PENGHIJRAHAN ARTIS dari free hair ke bertudung.. apalah mu neh NANIEY..sal retis pon nak sibuk..eh biarlah.. dah aku suka..asik cite sal diri sdiri je..nk gak cite sal retis y glemers lagi femes kan...

dah..dah..jom start...

Aku sebenarnya bangga melihat ramai artis skg y dh terbuka hati nak bertudung. mungkin dorang dah sedar tentang kewajipan sebagai MUSLIM untuk menutup auratnya yang haram dipandang oleh lelaki bukan Muhrim... syukur alhamdulilah...


Ini antara artis-artis yang dah berhijab..alhamdulilah sekali lagiiii....

tapi aku kesian lah kt diorang nie.. ada je bualan hangat yang diperkatakan setelah mabik keputusan utk berubah neh...

antaranya....

1) dorang nie pakai tudung ikhlas or saja nak ikut trend..nk berpesyen..almaklumlah skg nie fesyen tudung mcm2... aku sdiri pon xpenah nak ikut perkembangan pesyen tudung.. aku kan old skol..mu tahu gapo..haha...
************pada aku lah kan, ikhlas atau x dorang nie pakai tudung, itu antara hak dia dengan Tuhan..tayah kita nak judge pe yang dorang buat..kita ptt sokong mereka..lau xbtl tegur dengan berhemah..bkn terus hentam bom baang bom bang kan..

2) Dorang ni lau nk pakai tudung mesti kena pakej tros..maknanya baju dh kena besor2 ala2 jubah dan tudung tu kena labuh ala-ala ustazah... memanglah aurat kena tutup..whether u like or not...aurat haram di pertontontakn...lau pakai tudung singkat tros kena boom....tapi bagi aku biarlah dorang nie berubah perlahan-lahan.. bkn senang nak ubah apa yang dh biasa dilakukan.. sekurang2nya dorang dah ada niat untuk berubah.. xpaham aku pada manusia yang suka down kan sesama ummat Nabi Muhammad S.A.W...

3)jatuhlah saham kau wahai retis lau ko dah tutup litup.... hello, rezki Tuhan yang bagi.. ramai je retis yang bertudung dapat jobs..rezki berlakon mlimpah ruah... rezki model iklan bersusun..rezki jd hos pon byk..yang penting kena berusaha... if dorang xterlibat dlm dunia seni pon.. rezki pat lain pun ada lagi..

Selain itu, artis bertudung dengan identiti terbaru mereka ini kadang-kalanya menjadi rungutan sebilangan peminat yang mengkritik fesyen tudung yang dikenakan mereka yang antaranya menampakkan leher, rambut dan pakaian yang tidak sesuai dengan imej berkenaan.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ramai yang masih memuji artis-artis ini yang sanggup berhijrah dan masih sedar bahawa mereka beragama Islam dan agama suci tersebut menuntut penganutnya untuk menutup aurat sewajarnya.

nie jelah hujah aku tentang artis bertudung neh..kpd retis2 yang dh berhijrah neh..tahniah dan syabas..hope makin ramai bkn shj retis..org ramai kt luar y belum berhijab tu, berhijab..selain tuntutan agama..betudung neh boleh lindungi rambut kita dari terdedah tros kepada pancaran sinar UV yang boleh menyebabkab kerosakan pd Rambut..hihi


Ini kata-kata retis yang kononnya belum bersedia utk berhijab... wallauhalam....

setiap kali mengenakan hijab, saya tidak pernah merungut atau mengeluh kerana tidak selesa atau berasa panas. Saya boleh melakukannya. Cuma, belum sampai masanya untuk saya kekal dengan imej muslimah. Saya perlukan masa kerana tidak mahu berubah semata-mata terikut dengan perubahan orang lain atau didesak oleh sesiapa. Biarlah perubahan itu benar-benar ikhlas



AYU RAUDHAH BERTUDUNG??? mls nk komen pasal dia..sbb aku xsuka dia..haha bole cmtu..?? pape pon tahniah jugak utk beliau atas penghijrahan yang mulia ini.. peace!!!

TAMAT

Monday 3 September 2012

1st RAYA AS A WIFEY...


RAYA PERTAMA KAMI....

Assalamualaikum....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

kalu benda y pertama kali neh mesti wajib d ceritakan..kan???kenapa??? xcited lah tu.. bila dh kali ke-2 ke-3 n seterusnya, hlglah xcited tu makanya xdelah di ceritakan..
Warna tema utk raya pertama kami..aku pilih warna gold..ntah lah..bkn suka sgt tp baju raya aku beli last minit n ada warna tu je y sesuai ngan aku..maklumlah beli yang dah siap.. 3 hari nak raya br g beli..mmg xdelah y lawa nye.. ada y nie pon dh nasib baik, lau x pakailah bj kurung y wat g keje ari2 tuk wat raya... dh beli bj aku br lah aku cr bju utk En.Somi..

tema kami KILAUAN EmAS YA...

Persiapan raya kami mmg simple sgt.. xde beria2 spt pasangan lain sbb ingat kitaorg xbalik beraya d kg sbb thn nie giliran En. Somi keje pd hari raya pertama..tapi bila dh last2 puasa tu br kwn dia confirm nk tukar tempat.. alhamdulliah bole gak kami balik raya kt kg... dr Kl nie aku beli sikit2 dh biskut raya...tempah ngan kawan n beli kt Jalan TAR..( istimewanya bila keje area Jalan TAR, hari2 leh g cuci mata tgk kelengkapan raya y terjual kt sana).. bj mak m mak mertua beli kt kedai dalam pasaraya CITY ONE PLAZA ( bgunan aku keja letew) ... tuk dua2 mak aku neh beli jubah.. jz baju ayah je beli kt KG.. xjumpa kt sini... untuk son fruit, aku beli kt NILAI.. tiap2 thn mmg aku xterlepas beli baju raya untuk 2 bradik neh sbb meke anak yatim.. aku suka tgk meke suka... tuk y lain-lain aku beli tudung je.. if ada y aku xterbeli tu ampun dan maaf lah.. sbb bajet limited okesh...

Siapa kata kawen satu negeri xde masalah time nak balik beraya...???byk lah ko xde masalah kan... y jauh masalah nk balik kg masing2..y dekat n senegeri or sedaerah neh pula masalahnya nak balik rumah masing2.. kitaorg pon xterlepas lah..ada jugak slisih faham time neh..tapi malaslah nak cite kt sini..ahehe..

Ini kami pada hari raya ke-2

oh kt atas tu persiapan baju lah kan..nie pulak persiapan duit raya....ehem2 1st time neh raya aku sediakan duit raya tuk anak2 sedara n bdk2 tecik... walaupun berhabis duit tapi seronok sgt.. alah bkn bankrap pon bagi duit raya neh..sthn skali jer pong.. jgn kdekut sgt..rezki tu pinjaman je sume... if Dia nak tarik, bila2 pon bole Dia tarik Ok!!..jgn berkira..anggap je sedekah... :-)

hari raya ketiga: beraya bersama kwn2 sekoalah..uhhh MY BFF neh.....

Last skali...apa perasaan raya sbg ISTELI???

cam biasa je... beza cuma dulu sore2 skg berdua..dulu2 duk beraya umah mak je..skg kena duk beraya umah mertua...akeke...

BABABAI....