Assalamualaikum...
Selamat pagi....
Selamat pagi....
Mengatur satu langkah ke hadapan untuk keluar dari zon selesa amatlah sesuatu yang positif . Namun jika langkah ke depan kita itu , memberi kesan yang tidak elok atas apa yang kita lakukan sekarang ini, so kita perlu nilai balik sejauhmana kemampuan diri kita..betul tak?? Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Keadaan ekonomi yang seakan membunuh rakyat sekarang ini memang mendorong rakyat tak kira usia, bangsa dan negara mencari inisiatif kedua dan ketiga untuk menambah pendapatan keluarga. Ditambah lagi kalau anak bersekolah, langsung tak boleh bersenang lenang, goyang kaki di rumah.. mesti ada side income... kalau yang dah memang keluarga kaya raya..tak perlu fikir kot... hiiiii...
Kita amat kagum dengan wanita bergelar isteri...yang mempunyai anak....yang berkerja dan pada masa yang sama turut menjalankan perniagaan online ataupun apajua perniagaan yang boleh menambah pendapatan. Begitu kuat dan tabah wanita yang seperti ini. Kalau kita tak tahu lah macam mana nak bahagi masa... !!!
ihsan en.google
Memang tidak mudah untuk menjalankan semua kerja dalam satu masa, sekiranya kita boleh buat tanpa mendatangkan kesan yang tak elok pada sisi lain, teruskan.... tapi jika ianya menyebabkan prestasi kerja merosot, selalu datang kerja lambat, selalu tidur di tempat kerja... atas alasan penat kerana tidur lambat untuk menyiapkan tempahan, awak rasa betul ke cara awak tu? Kalau sekali dua rasanya boleh bertolak ansur, tapi kalau dah hampir hari-hari berlaku perkara sama.. kita simpulkan awak tak mampu untuk buat 2 kerja dalam satu masa... cuba fokuskan pada perkara yang menjadi keutamaan... ataupun bijaklah dalam bahagi masa.. contohnya mengambil tempahan pada hujung minggu sahaja... pada hari kerja..kerja macam biasa di siang hari, malam fokuskan kepada anak... Ini tak, semuanya awak langgar nak buat dalam satu masa... mana boleh begitu sayang....!!!
Oklah, itu sahajalah cetusan rasa untuk hari ini... entry ini tidak ditujukan kepada sesiapa.. hanya sekadar pendapat kita...tak salah kalau kita nak menyahut seruan menteri untuk buat 2 kerja dalam suatu masa...tapi biarlah mengikut kemampuan diri.... jangan sebab nak cari income lebih.. anak-anak terabai dan pekerjaan tetap merosot... hiiii....
okbaiiiii.....
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi tinggalkan komen..doakan saya dan suami bahagia hingga akhir hayat!!!