Negara kini sedang dilanda jerebu akibat daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia.
Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari ofis kita..hehe
Laporan daripada Astro Awani pada hari ini,Empat kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100 setakat 8 pagi ini. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terlibat ialah Muar, Johor (109), Bandaraya Melaka (106), Bukit Rambai (105) serta Nilai, Negeri Sembilan (104). Bacaan IPU sederhana direkodkan di 26 kawasan manakala 20 kawasan lagi mencatat bacaan IPU baik. Antara kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana ialah Seremban (92), Port Dickson (80), Samarahan (85), Kuching (78) dan Sri Aman (64). Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).
sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/empat-kawasan-catat-ipu-tidak-sihat-setakat-8-pagi-72451
Minggu lepas, sempenan cuti kemerdekaan yang ke-58, kita & suami telah ke Pulau Pinang... saja singgah sana sebelum menuju ke rumah kakak ipar di Perlis. Kita bukan main teruja lagi... ini adalah kali ke-2 kita sampai Pulau Pinang, yang pertama adalah pada tahun 2010..itupun atas urusan kerja.. kalau kerja mana nak sempat jalan-jalan pusing-pusing sangat kan...
Dalam perjalanan itu macam2 duk rancang dengan suami tentang aktiviti ataupun tempat yang hendak dilawati bila sampai Penang... yang berada di tempat teratas dalam list sudah tentulah Bukit Bendera. Memang dah lama teringin nak naik atas bukit ni... apa yang special pon tak tahu..haha
Namun begitu keterujaan tetiba mati di pertengahan jalan apabila disaat melintasi Jambatan Kedua dari jauh kami nampak kabus yang agak tebal sehingga penglihatan jadi terhad... jarak penglihatan yang jelas dalam 1KM je... tu pon jelas tak jelas sangat... Lepas tu baru teringat sebelum ni ada keluar kat Berita bahawa Penang sedang dilanda jerebu..hek ehh... kalau tahu jerebu, kami terus ke Perlis je... haha... salah sendiri lah tu..padahal dalam berita dah umumkan..yang gedik nak ke sana jugak dah kenapa... ??
Alang-alang dah masuk Penang,..kita teruskan jugak perjalanan.. nak jugak naik Bukit Bendera kan... setelah berpusing-pusing bandar Pinang, maklumalah dua2 tak tahu jalan Penang..berpeluh jugak nak cari Bukit Bendera ni...
Setelah pusing2 kat atas bukit tu, en suami pon ajak balik.. tak lama sangat pun kami berada di atas sana.. dalam sejam macam tu.. sama lama dengan kami beratur masa nak beli tiket keretapi... hehe... Turun je dari Bukit Bendera, terus ke Padang Kota untuk isi perut.. niat di hati nak cari Pasembor..tapi malas nak jalan... panas kemain.. siap makan terus bertolak ke Perlis...
Sebelum ni eksited kemain nak pergi Penang, bila tiba masanya..satu tempat ni je boleh terjah... ingat boleh pusing2 satu hari suntuk... tapi nak buat macam mana.. dah keadaan cuaca tak menginzinkan.. tak apelah.. lain kali kita datang lagi ya..
Pemandangan dari puncak Bukit Bendera. Memang teruk jerebu hinggakan pemandangan bandaraya Penang langsung tak nampak.. sedikit kecewa, kalau pemandangan jelas, mesti cantik kan.. yalah boleh nampak seluruh penang kot.. tapi dah jerebu apapun tak nampak... memutih je!!!
oklah Babai Penang...
melaka sgt teruk jerebu !!!
ReplyDeletehu hu hu sgt x sihat :(
19hb ni aida ke penang, holiday bwk anak2 :)
minta2 la jerebu da ok...
kat tempat akak pun kena jerebu teruk.. alhamdulillah hari ini semakin pulih..
ReplyDelete