Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 1 April 2013

Gathering with Buddies

Assalamualaikum.....

Plan nak buat gathering dengan buddies sejak dari sekolah lagi terlaksana juga.. alhamdulilah.. TQ ya kawan2 yang sudi luangkan masa berkunjung ke rumah ai yang jauh beribu batu neh..even xramai..its ok..faham sgt sebab masing2 ada hal sendiri.. tambah2 lagi kalu buat di sini..**SEPANG... ada yang nak join tapi xde transport..kalo 1 laluan boleh je tumpang2 kan.. ada jugak yang xdpt datang sebab kerja... n macam2 lagilah komitmen nya... tapi xkisah lah.. yang penting my best buddies masa sekolah dulu semua ada... syokk jumpa korang!!!!

Gathering skg xsama dengan gathering 2 3 thn lepas...kalu dulu datang nya sorang2 je..skg masing2 dah bawak suami..akekeke... cepat weh masa berjalan.. ramai dah kawen n dah ada anak... hope kalu buat gathering lagi dalam masa 2 3 tahun lagi..semua yang datang bawak suami n anak2... meriah sgt!!!

Syok sgt borak2 sampai lupa nak snap-snap gambar... so memang xbyk lah gambar yang boleh dimasukkan lam blog neh...haiyaa... 



Makan semua ai masak... tapi masak yang senang2 je..xde sampai berpeluh2 nk masak... masa yang diambil utk prepare semua benda nie 2 jam je..hek eleh.. stakat goreng nugget, sosej, kentang pon ambik masa 2 jam je ke???... eh biarlah...wahaha











Skema btl ambik gambar..ingat nk masuk majalah sekolah ke pe..haha






Last sekali ai mohon maaf ye pada buddies kalo ada kekurungan dari pihak ai sbg tuan rumah.. makanan xsedap ke tapi korang paksa rela tuk telan sebab nak jaga hati tuan ramah....rumah sempit hingga nak benapas pun xbarapa nak lepas... hope jgn serik2 lagi tau dtg umah ai pas nie,muaxxxxxx syg korang semua.....hehe..~~~




Wednesday, 27 March 2013

STRESS!!!!

assalamualikum... 

Semakin hari rasa semakin malas nak kerja ya... mood memang di paras minima..tapi tetap profesional..still datang kerja macam biasa..n xpernah ponteng monteng..paling kurang pon mintak EL... xpun MC..tapi aku sendiri never do it.. in case kalo btl2 xlarat n penat baru ambik MC..hehe..

Banyaklah sebab nape mood nak kerja dah low!..antaranya stress.... 

Stress ni bukan disebabkan kerja yang menimbun n perlu di settlekan secepat mungkin..no yee... stress bukan sekadar itu...

Nak tahu apa itu stress  dan cara menguruskan stress... meh baca kat bawah nie...


Hasil olahan Datin Hamidah @ Faridah Othman

APAKAH DIA STRES?

Stres adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja.

PUNCA STRES DI TEMPAT KERJA

JENIS KERJA

- kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang

- terlalu banyak kerja dan kurang masaTanggungjawab

- tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)

- bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

- Hubungan rakan sejawat

- komunikasi tidak berkesan

- gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

- Persekitaran yang tidak selesa

- bising, panas dan sempit

- Pengurusan dan organisasi

- budaya menyalahkan pekerja

- tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap ,kenderaan, kurang   
   penghargaan dan tiada insentif

- kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan sukar untuk naik 
  pangkat

- tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

-Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga
KESAN STRES

-Stres akan menjejaskan kesihatan dan mengubah tingkahlaku anda kepada tingkahlaku yang negative.

- Ia boleh menyebabkan

a) sakit kepala, keletihan, berdebar-debar, masalah seksual

b) gelisah, cepat marah, kerisauan berlebihan, hilang tumpuan dan motivasi

c) tidak hadir kerja, merokok, mabuk, menyalahgunakan dadah
Kesan jangka panjang
a) hipertensi, penyakit jantung koronari dan ulser peptic

b)  kemurungan



CARA-CARA MENGURANGKAN STRES

1) Mengubahsuai punca stress dengan :

- penyelesaian masalah secara musyawarah

- perancangan kerja dengan baik

- pengurusan masa yang bijak

- berkomunikasi secara lebih berkesan

- mengubahsuai punca stress dalam organisasi seperti polisi, prosedur dan

masa yang tidak fleksibel

2) Mengelak stress dengan :

- elakkan beban kerja berlebihan

- mengetahui kemampuan sendiri

- menolak daripada membuat sesuatu yang melebihi kemampuan sendiri

- membuat kerja secara muafakat

3) Meningkatkan ketahanan diri dengan :

- mengamalkan cara hidup sihat (beriadah, makanan seimbang)

- merehatkan minda (lakukan amalan seperti senaman pernafasan dan

relaksasi otot secara progresif)

- meningkatkan ibadah (amalkan istighfar, selawat, zikir dan doa selalu)

- berfikir secara positif

- mampu (menerima kritikan dengan baik)



dah baca???? haaaa bagus.. pas2 nie xde stress lagi lah yaaa... 



Monday, 25 March 2013

Work: Jelajah Janji di Tepati...

Assalamualaikum....

Peluang utk join program dr government kdg2 syok juga..boleh tahu situasi sebenar yang berlaku samada benar seperti yang dilaporkan di TV or media atau byk yang menokok tambah... akeke.. 

nak cakap byk kat sini memang xboleh..sebab hal ni melibatkan poltik.. memandangkan blog ai nie bersih dari politik..so ai letak gambar je yee... next time nak sgt join program dari parti lain pulak...baru boleh nak bandingkan... so mana2 yang betul itulah y ai " X" bila PRU nanti..akekeke....

Stage 1: Gambar malam sebelum program tersebut..kami sampai di Stadium Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) pada jam 8.00 mlm... memang semua tgh kalut... masing2 br nak setup booth... sound check pon ada.. hias 2 pokok bunga pon ada... macam2 ada...  

Gambar dapat tafsirkan pelbagai cerita yaa... 






papepun balik tidur dulu..esok sambung kerja... weeeeeee~~~~~~~~~~

Thursday, 21 March 2013

Gathering...hoyeeeee

Assalamualaikum...

Kepada yang berkenaan..rajin2 lah hadirkan diri yaa.. dah lama xjumpa..xpayah nak gedik sgt bagi alasan aku x tag kat fesbuk so korang xnak datang...
Kawan2 sekolah kita ada lam 100 orang lebih..matikk mak tau nak tag sorang2...
Bila dah post kt FB tu, n rasa diri tu tergolong dalam golongan y disebut dlam note nie..just on going je..xde nye i nk halau tau...


Jumpa nanti yaaa kawan2....

Mood : Excited!!!

PEMBETULAN : x form 6/smkt/2004/05... bukan 20016...waaaa mak silap lah..akeke

TAHNIAH..KELANTAN TERBAIK STPM 2012!!

Assalamualaikum....

Tahniah di ucapkan kepada adik2 yang lulus cemerlang dalam peperiksaan STPM yang telah diumumkan pada lapan belas haribulan tiga dua ribu tiga belas yang lepas... pada yang xberjaya jgn berputus asa..banyak lagi alternatif yang boleh digunakan untuk ke menara gading...

Tahniah juga kepada pelajar-pelajar dan guru-guru tempat aku menuntut ilmu selama 7 tahun.. iaitu SMK Tendong kerana telah mencatat keputusan yang cemerlang dan berjaya mendapat rangking pertama peringkat Daerah Pasir Mas dan tempat kedua Peringkat Negeri Kelantan. Seorang dari pelajar SMK Tendong juga berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang pelajar terbaik Peringkat Kebangsaan.. Taniah adik!!


Lebih membanggakan lagi apabila negeri Kelahiran aku telah mencatat keputusan yang terbaik di Malaysia.. syabas kepada pihak yang terlibat. Walaupun negeri ini terkenal kononnya negeri miskin.. tapi ternyata dari negeri inilah yang lahirnya golongan bijak pandai...



 Kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM, berusahalah buat yang terbaik..negeri kita memang ditindas tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk menggapai kejayaan. dengan cara inilah dapat dibuktikan bahawa negeri kita tidak lemah dengan segala provokasi yang telah dilancarkan oleh pihak yang tertentu.

*notakakidantangan: NEGERI KELANTAN MENCATAT KEPUTUSAN TERBAIK STPM 2012.. kenapa xde keluar kat TV 3 pon...senyap je kan..ohhh lupa.. dorang mana nak siarkan berita yang elok2 pasal Kelantan..dorang nie tunggu nak hentam je.... pasal pendidikan pon nak politilk bagai.... xpaham daku!!!