Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 21 September 2016

ART STREET KOTA BHARU

Assalamualaikum...

Hari ini kita nak kongsikan tarikan terbaru yang terdapat di Kota Bharu.. Bukan baru sangat pun..kita je yang baru berkesempatan untuk ke sana..hehe...

Lokasi art street adalah di celah-celah bangunan di Medan Ilmu Kota Bharu.. Sesiapa anak jati Kota Bharu atau anak jati Kelantan yang memang selalu ke ibu negeri Kelantan ini, mesti tahu di mana letakkanya Medan Ilmu..


Setiap lukisan mempunyai mesej2 yang tertentu terutama gambaran suasana yang sedang menimpa rakyat Palestin sekarang. 

Friday, 9 September 2016

Drama Melayu - Tengok je!!

Assalamualaikum..

Sebelum berangkat balik kampung sekejap lagi...kita titihkan sedikit rasa jiwa bagi tatapan semua pembaca.. takdak orang baca pon tak kisah aihhh..hehehe. 

Apa lagi yang Rakyat Malaysia (terutama kaum melayu) terhadap drama melayu Malaysia??

Kalau dulu trend cerita cinta remaja - penonton kondem kononnya galakkan gejala sosial.. tak ada pengajaran...

lepas tu trend cerita seram- penonton kondem jugak..katanya tak logik..hantu malayu kelakar... mempengaruhi masyarakat percaya cerita tahayol...

beberapa tahun kemudian keluar pula cerita yang berkaitan gejala sosial/ gengster -  malas nak sebut nama... itu pon dikritik jugak sebab memberikan impak ataupun pengaruh negatif kepada masyarakat.. 

Lepas tu, berapa banyak lepas tu lah..hehe  , penerbit drama beralih arah sedikit.. terbitkan drama berunsur korporat yang memaparkan kehidupan golongan elit..Datuk Datin..Tan Sri, Puan Sri..Tengku.. umur 25 tahun dah jadi CEO.. ada kekasih model tapi ditinggalkan sebab terpikat dengan gadis kampung... haksss!!! - aku pon kekadang berbulu jugak dengan genre macam ni ..hahaha... drama macamni paling banyak menerima kritikan kononnya orang melayu kuat berangan.. cerita jauh dari norma kehidupan masyarakt melayu..hahahha..macam2.. 

Sekarang ini musim drama yang melibatkan bandan beruniform di Malaysia.. Pilot la.. Tentera la.. Misi la.. Polis la.. Jururawat la.. bomba la... dll... saya memang suka je tengok sbb nampak segak bila artis mengenakan baju uniform ni.. hahahha.... - tetapi drama abam2 uniform ni tetap tak lepas dari kritikan penonton.. kononya cerita tentera tapi lansung tak buat kerja tentera..asyik bercinta sahaja... hahaha..kelakar,, dah tajuk pon Sayangku Kapten Mukhriz.. memang pasal cinta lah wei... kalau betul2 nak tengok tentera buat kerja.. buka saluran discovery channel..ataupun majalah 3 yang sering buat liputan berkenaan bidang tugas tentera.. hikss... 

Kalau nk tengok polis buat kerja, sila buka TV1, tengok Geras Khas... ataupun kalau nak tengok abang2 bomba beraksi.. tengok drama HERO.. yang baru je mula ditayangkan minggu lepas (5/9). 

Manusia kalau boleh nak sangat ikut selera masing-masing.. terlalu bertegas dengan pendapat masing2.. jadi juri tak bertauliah, kritik sana, kritik sini..

Kita kalau bukan orang drama ataupun tak berkaitan dengan sesebuah produksi, baik diam sahaja dan tengok sahaja apa yang terhidang kat TV tu..kalau tak nak tengok, rasa berbulu sangat tukar saluran lain... 

Walaupun saya sendiri langsung tiada kaitan dengan penerbitan sesebuah drama dan juga bukan peminat drama melayu..tp saya agak faham kenapa drama2 sedemikian diterbitkan... drama2 yang diterbitkan semestinya berdasarkan permintaan penonton sendiri. Tak adanya penerbit nak keluarkan drama sesuka hati tanpa mengambilkira penerimaan penonton dan semestinya penerbit pon mahu juga keuntungan..buat drama tapi tak ada orang tengok..rugila.... dalam duk kena kritik/kena kondem pon..dari episod awal hingga akhir.. ianya trending jugak di twitter...

Jangan la nak bandingkan drama Malaysia dengan drama hollywood... Hollywood tu pasarannya luas.. teknologinya canggih.. modalnya banyak... ada studio sendiri... lepastu main redahnya.. kat Malaysia ni ada tapisan...dan ada sensitiviti yang perlu dijaga... kalau nak dibandingkan dengan sinetron dari jiran sebelah lagilah mengarut.. kan..kan... hiiii... 

okalah saya nak balik kampung dah... kalau ada yang tak setuju jangan marah dan jangan nak viral sangat..ni pendapat kita tau..hiiiii... 

Kalau ada yang sudi boleh share jenis drama yang macam yang anda semua mahu diterbitkan.. boleh komen kat bawah ya... saya pon nak tahu jugak ni.. 

okbaiii...


Friday, 2 September 2016

Friendship Goals!!

Assalamualaikum

Ada betulnya ungkapan - Sahabat Sejati Kekal Abadi...

Bertekak, tidak sependapat, merajuk, dipujuk, terkasar tutur bicara, terasa hati kadang2 mampu mengukuhkan ikatan sebuah persahabatan. Sebarang pertelingkahan tidak mampu menguburkan sebuah ikatan yang sudah terjalin sekian lamanya. Biasalah, manusia tidak pernah lari dari sebarang kesilapan.. dalam persahabatan buat silap itu biasa, tambahan pula shaiton memang benci akan keamanan..makanya ianya sedaya upaya menghasut kita semua untuk bertelingkah antara satu sama lain.. benda kecil akan diperbesarkan... itulah tugasnya.. so kita mesti kuat, mesti tahan dari segala godaannya...!!! huh!!

Panjang dan serius pulak mukadimmahnya.... 
Zaman sekolah kami - form 6