Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..
Friday, 13 October 2017
Tuesday, 10 October 2017
BERCUTI DI SABAH : DAY 1 : TANJUNG ARU, PASAR FILIPINA & DATARAN TODAK
Assalamualaikum..
Entry Berkaitan : BERCUTI DI SABAH : SENARAI AKTIVITI & BAJET.
Entry Berkaitan : BERCUTI DI SABAH : SENARAI AKTIVITI & BAJET.
Entry kali kita nak review segala aktiviti yang dilakukan sepanjang bercuti di Sabah. Hokey kita susun mengikut hari eh.. 1 entry 1 hari..baru tak pening.. then hari saya akan buat link pada setiap entry supaya pembaca senang nak cari sambungan cerita.. tak perlu nak klik klik banyak sangat.. haa (ayat berbelit-belit sikit..haha.)
Hari pertama, turun je dari flight di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami jumpa tuan punya sewa kereta. Kereta ini kami sewa selama 4 Hari 3 Malam. Siap buat bayaran kami terus mencari tempat makan untuk lunch. Tuan Kereta sewa bagi cadangan kepada kami, kalau nak masakan Kelantan, boleh ke kedai di hadapan Kuaters Polis Kota Kinabalu. Nama kedai ni Lengkuas..
Gambar Kedai makan x snap..perut lapor.. tak fokus sangat pada gambar..haha...
Lepas makan kami terus gerak ke bandar Kota Kinabalu, mencari hotel yang sudah siap ditempah melalui booking.com.. hotel yang dinamakan D'Borneo Hotel ni tersangatlah strategik kedudukannya.. dekat dengan Pasar Filipina, Jelselton Point, Dataran Todak, Pasar Malam Kg Air dan macam2 lagi.
*gambar sudah hilang dari radar.. adehhh!!
Sampai hotel tak boleh nak check in lagi sebab belum jam 2 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk ke Jeselton point untuk booking tiket Island Hoping. Jarak Jeselton point dengan hotel yang kami menginap hanya 5 minit sahaja.
Dah selesai booking tiket kami terus gerak ke Pasar Filipina untuk memborong kuih cincin, amplang dan mutiara sebagai cenderamata.
* sama jugak..gambar sudah hilang dari radar.. kekdahnya kalau kejadian sudah berbulan2 berlalu dan kau baru nak update dalam blog..semua gambar dah hilang.. booo pada didi sendiri...
Gambar Kedai makan x snap..perut lapor.. tak fokus sangat pada gambar..haha...
Lepas makan kami terus gerak ke bandar Kota Kinabalu, mencari hotel yang sudah siap ditempah melalui booking.com.. hotel yang dinamakan D'Borneo Hotel ni tersangatlah strategik kedudukannya.. dekat dengan Pasar Filipina, Jelselton Point, Dataran Todak, Pasar Malam Kg Air dan macam2 lagi.
*gambar sudah hilang dari radar.. adehhh!!
Sampai hotel tak boleh nak check in lagi sebab belum jam 2 petang, jadi kami mengambil keputusan untuk ke Jeselton point untuk booking tiket Island Hoping. Jarak Jeselton point dengan hotel yang kami menginap hanya 5 minit sahaja.
Dah selesai booking tiket kami terus gerak ke Pasar Filipina untuk memborong kuih cincin, amplang dan mutiara sebagai cenderamata.
* sama jugak..gambar sudah hilang dari radar.. kekdahnya kalau kejadian sudah berbulan2 berlalu dan kau baru nak update dalam blog..semua gambar dah hilang.. booo pada didi sendiri...
Friday, 11 August 2017
BERCUTI DI SABAH : SENARAI AKTIVITI & BAJET.
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sabah Negeri di Bawah Bayu... Sebut je Sabah perkara pertama yang terbayang di mata dan diminta kita adalah makanan laut yang segar dan murah serta pulau2 sekitar yang sangat cantik..
Entry kali ini adalah untuk berkongsi dengan pembaca semua senarai aktiviti dan bajet yang saya peruntukkan selama percutian 4 hari 3 malam di Sabah.
3/4/2017
- Pasar Filipina (shopping)✔
- Tanjung Aru (sunset)✔
4/4/2017
- Pulau Manukan✔
- Pulau Sapi✔
- Pulau Mamutik✔
- Sepanggar (Lokan Bakar)✔
- Dataran Todak (Makan Malam)✔
5/4/2017
- Pekan Nabalu✔
- Pekan Kundasang✔
- Memorial War✔
- Kinabalu Park✔
- Sabah Tea✔
- Tagal Spa fish ✔
6/4/2017
- Desa Cattle Diary Farm ✔
- Jambatan Tamparuli✔
Bajet untuk 4 hari 3 malam adalah seperti berikut;
Bajet ini untuk 2 orang ya... kalau yang pergi seorang ataupun bersama keluarga, lain pula kosnya.. akeke..
Pengangkutan;
1 - Tiket Flight (Returna- all in) - RM376.00
2 - Parking Kereta di TBS - RM28.00 (4 hari)
3 - Tiket bas dari TBS ke KLIA (return) - RM44.00 (RM22.00/pax)
4 - Sewa Viva (di Sabah) - RM 135.00 (total 4 hari = RM270 - Kongsi dengan kawan)
Total : RM583.00
Penginapan
1) D Borneo Hotel Kota Kinabalu
2) Crystall Hill, Kundasang
Total =RM 339.00
Perbelanjaan Hari Pertama
1- Breakfast di KLIA - RM18.00
2- Lunch di KK - RM16.00
3- Makanan Ringan (Roti + Air Mineral + Jajan) = RM37.30
4- Makan Petang Tanjung Aru - RM10.00
5 - Makan Malam (Dataran Todak ) - RM58.00
6 - Shoping di Pasar Filipina - RM150.00 (Amplang , kuih cincin ,Ikan Bilis dll)
7 - Gift (mutiara + Baju + brooch) = RM355.00
TOTAL : RM 644.30
Perbelanjaan Hari Kedua
1 - Tiket visit 3 Pulau - RM 80.00 (RM40/pax)
2 - Lokan Bakar - RM20.00
3 - Makan Malam - RM82.00
TOTAL : RM 182.00
Perbelanjaan Hari Ketiga
1- Breakfast - RM29.60 (5pax)
2 - Tiket Memorial War - RM4
3 - Tiket Kinabalu Park - RM6.00
4 - Tiket SPA Fish Tagal - RM11.00
5 - Makan Malam (KFC) - RM50.00
6 - Air Mineral - RM8.00
7 - Makan Tengahari (Sabah Tea) - RM38.00
TOTAL : RM 146.60
Perbelanjaan Hari Keempat
1- Desa Dairy Farm - RM10.00
2 - Aiskrim - RM9.50
3 - Makan Tengahari - RM22.00
4 - Mc D (Sementara tunggu boarding) - RM22.80
TOTAL : RM 64.00
Perbelanjaan Lain
1- Minya Kereta - RM38.00
2 - Add Baggage - RM33.90
TOTAL : RM71.90
JUMLAH KESELURUHAN : RM 2030.80
Jumlah keseluruhan sepanjang 4 Hari 3 Malam di Sabah utuk 2 orang adalah RM2030.80. Alhamdulilah tak lari dari bajet asal. Bajet yang kami tetapkan adalah RM2000.00 je tapi dah terlebih RM30.80..hihihi.. Tapi jumlah ini boleh dikurangkan lagi, pandai-pandailah awak semua bajet eh..
Ok semoga bermanfaat untuk semua ya..
Next entry saya masukkan gambar-gambar percutian pula ya.. okbaiii..
Assalamualaikum.
Friday, 14 October 2016
Friday, 7 October 2016
Pantai Senok, Bachok Kelantan.
Assalamualaikum....
Sesiapa yang dahagakan tempat yang cantik dan menarik untuk fotoshoot..silalah berkunjung ke sini.. memang cantik sangat..macam kat obersi gitu..hehe... tapi gambar ai ni takde lah nampak obersi sangat sebab sekadar menggunakan kamera Oppo & Iphone 5s sajo...akeke
Sepanjang berada di sini, kelihatan 3 atau 4 pasangan pengantin baru sedang buat outdoor photoshoot di sini.. macam2 gaya.. cantik aje..hehe...
Kalau nak berkunjung tu..tak perlu pening2 cari lokasi..waze je Pantai Kg Senok.. betul2 dia bawak sampai tepi pantai..akeke...
Ok itu sahaja..babai....
Subscribe to:
Posts (Atom)