Jadilah wanita solehah,seindah mawar berduri, akhlaknya indah bak haruman, kelembutan bak rintik, kesopanan anggun menutupi diri, memelihara dari pandangan ajnabi,tawadhuknya mengharap redha Ilahi,tak terpana pada fana dunia, ditetapkan buat lelaki yang soleh.Moga segala cinta dan rindu terpendam, hanya buat suami tercinta terletak ketaatan. Maka sempurnakanlah agamamu. Kaulah bidadari syurga cerminan Ainul Mardiyah. Benar ketetapanMu,wanita solehah permata buat lelaki soleh..

Nuffnang Ads

MY UP & DOWN LOVE STORIES

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Our Marriage Moving on...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 18 January 2016

Seram nak Mohon Cuti...

Assalamualaikum...

Perkara yang paling seram nak buat adalah nak hantar borang permohonan cuti.. betul tak?? sesetengah agensi tak kisah sangat pon nak mohon cuti, selagi cuti ada, boleh je mohon.. tapi yang swasta macam kita ni.. memang mundar mandir kiri kanan depan belakang lah sebelum borang tu sampai ke meja bos. Walaupun cuti masih lagi berbaki, ianya bukanlah tiket untuk anda dapat cuti dengan mudah...

Pernah dulu, masa kerja dengan sebuah firma guaman, nak cuti 2 hari tapi dekat dengan sejam kena sekolahkan oleh bos.. adehhh... tu pon cuti sebab nak pergi kursus kawen... boleh pulak dia persoal kenapa dah nak kawen, muda lagi, bakal suami kerja apa..bla bla bla... padahal kita bukan nak kawen pon dalam masa terdekat tu...sesaja je teman kawan... alang2 dah ada kawan, so pergi jelah sekali, nak tunggu pergi sesorang memang mati kutu lah kita selama 2 hari tu dak..hiii lagipun cepat atau lambat sijil kursus kawen tu tetap akan digunakan.. xdenye membazir... bila dia bagi ceramah dekat dengan sejam.. baru dia kata ok.."i approved your leave". Kalau nak ikutkan tak perlu kot dia nak membebel panjang2..sebab kita cuti guna annual leave.. kan...kan..

Memandangkan di tempat lama dah seram nak mohon cuti, perasaan seram tu terbawa2 ke tempat kerja sekarang, walaupun bos sekarang berganda-gandanya baik hati lagi pemurah daripada bos yang lama, gelora dijiwa tetap ada.. walhal dah tahu kalau mohon, dah sah2 lulus tanpa beribu soalan... Staff yang lain selamba je mohon cuti... tapi kita ni duk berkira-kira... mundar mandir..resah gelisah... hiiiii

Ada tak sesiapa yang mempunyai masalah nak mohon cuti macam saya ni... boleh share kat komen ya...

notakaki&tangan : buat masa sekarang tak adalah nak mohon cuti pon..saja je buat entry berkenaan dengan cuti..sebab selalu rasa seram setiap kali nak cuti..akekeke

Friday 15 January 2016

KERANA TERPAKSA..hilang 10kg

Assalamualaikum....

Kerana Terpaksa... macam tajuk drama kan..tapi cerita yang kita nak bagitahu ini bukan drama.. ianya adalah kenyataan. Sebenarnya dah lama nak bercerita...dari tahun lepas lagi..tapi tahap nak update blog tersangatlah malas sampai tahap infiniti... haha

Ceritanya bulan 4 tahun lepas (2015) kita jumpa doktor pakar sakit puan... asalnya nak cek apa masalah kita..dah bertahun khawin tapi tak ada rezeki nak dapat baby..orang lain yang khawin sama batch dengan kita dah dapat 2 3 orang anak dah.... tp kita belum nampak bayang lagi..tapi tak apalah..sentiasa positif, Allah tak bagi lagi sebab dia tahu tahap kemampuan kita... maybe Dia nak kita betul2 stabil dari semua segi... kewangan, kematangan dalam menyelesaikan masalah dan nak bagi kita honeymoon puas2 dulu..hahaha.... 

Bila dah cek semua, alhamdulilah tiada masalah yang serius, semua ok...tapi hormon tak stabil...  bila hormon tak stabil, telur susah nak matang... punca hormon tak stabil salah satu sebab terlebih berat badan..akekeke.... so gynae keluarkan arahan supaya kita turunkan berat badan dan jangan sesekali ambil makanan bergula/manis. Arahan ini adalah wajib.. bukan sunat...hahaha.... 

Nak kata terlebih berat badan sangat tu tak lah sangat..just cubby sikit je... masa timbang dekat klinik tu berat cecah 75kg dengan ketinggian 163cm... *ok tangan kat mata*... haha.... memang tak nafikan kita memang ada masalah berat badan sejak dari sekolah lagi. Terlebih makan je mesti berat naik.. bayangkan pada umur 14 tahun berat kita dah cecah 50kg... tapi nasib baik kita agak tinggi..so xnampak sangat gemuknya... mulai pada saat tu kita dah start kawal makan..sehari sekali je makan... kiranya diet kita bermula seawal umur 14.. diet bukan nak kurus tapi nak maintain..tak nak naik mendadak...biar sesuai dengan usia.. alhamdulilah hingga belajar di IPTA.. berat masih lagi di bawah 60kg... kalau tak kontrol makan..dah sah2 setahun 10kg naik..hahaha....